Monday, November 3, 2008

Tingkatkan KEMAHIRAN Anda di GIATMARA. Pengambilan untuk 2009 dibuka!

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengambilan pelatih untuk GIATMARA Sri Aman untuk sesi 2009 mula dibuka sekarang. Kami amat mengalu-alukan penyertaan belia BUMIPUTERA yang berminat untuk mengikuti kursus latihan teknikal di GIATMARA Sri Aman. Kursus yang ditawarkan adalah:
  • Teknologi Sistem Komputer (TSK 15)
Dahulunya Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
  • Solekan & Terapi Kecantikan (STK 22)
Dahulunya Jurukecantikan

Justeru, seandainya anda memiliki kriteria berikut, anda laayak untuk memohon:

Kelayakan : -
  • Bumiputera.
  • Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
  • Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis .
  • Sihat tubuh badan.
  • Berminat dalam bidang dipilih.

Kemudahan yang disediakan : -
  • Latihan Percuma.
  • Latihan sepenuh masa.
  • Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
  • Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
  • Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.
  • Kemudahan Transit (Perempuan Sahaja)

Borang permohonan boleh didapati di:

GIATMARA Sri Aman
Lot 179, Kuarters JKR
Jalan Astana, 95000
Sri Aman, Sarawak

(Waktu Pejabat Sahaja)

atau DOWNLOAD di sini.
Selamat Maju Jaya, terima kasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails