Hmmm. Sah, pasti mabuk dan macam kena racun segala manusia bila pergi Serikin. Bukan setakat perempuan yang gila kain dan langsir, tak terkecuali sang lelaki yang jumpa segala apa mahu mereka di Serikin. Ada yang bising duit tak cukup sebab over bajet, ada juga yang bising terpaksa parking jauh dan ada juga yang berulang-alik ke kereta hantar semata-mata nak hantar barang dek kerana tak cukup tangan. Kini, rakyat jelata termasuklah dari Semenanjung cukup gemar pergi ke Serikin di Sarawak. Berbondong-bondong rombongan, pakai kereta, van, trak askar, bas persiaran termasuklah bas UiTM atau UNIMAS. Popularnya Serikin, pasar mingguan yang melonjak naik sebagai destinasi pilihan di Sarawak.
Dimanakah Serikin? Hmm, Serikin sebenarnya adalah nama kampung. Kampung Serikin, terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia - Indonesia (Kalimantan). Apa yang ada di Serikin? Cakap sahaja apa yang anda mahu asalkan pandai menawar segalanya pasti jadi milik anda. Dari tikar rotan, tikar endon, jam, kacamata, jaket, jeans, telekong, sejadah, comforter, kerusi rotan, candalier, jaket kalis peluru, biker's item, jersi bola, baju team F1, busana muslim & muslimah langsir, batik, pelikat, home decoration, madu lebah, kosmetik, jamu Indon, barangan kristal, minyak lintah, oven, audio system dan banyak lagi.... sehingga tak terkira hendaknya.


"Jaket F1 kat Serikin lagi murah dari Rantau Panjang!", kata husband anak buah aku semasa pergi Serikin 4 bulan lepas. Well, kepada sesiapa yang berkunjung ke Sarawak, khususnya di Kuching, lawatilah Serikin, 45 minit dari Bandaraya Kuching."Kitorang terpaksa berpatah balik ke Bau sebab bajet yang dibawak tak cukup. Rambang mata bila pergi sini. Kalau tak beli takut menyesal nanti," kata isteri arwah sepupu aku dari Kelantan. Begitulah berbaloinya pergi ke Serikin. Mesti penuh kereta bila balik dari sana.
Kini dah bulan puasa, dekat-dekat nak raya elok jugak kalau berkunjung ke Serikin untuk membeli barangan pada harga yang anda mampu miliki. Serikin boleh dikunjungi dari pagi Sabtu hingga petang Ahad.


- Pakai sun-block lotion. Cuaca kat sana panas sebeb kat garisan Khatulistiwa
- Bawak payung
- Kalau nak parking, better parking depan rumah orang. Walaupun dia mintak bayar RM2, bayar je RM3 sebab lagi selamat.
- Better jangan bawak budak kecik sebab takut tak tahan cuaca panas atau tak tahan nak layan diorang sebab nak beli mainan
- Better bawak sling bag untuk letak wallet. Takutlah ada pick pocket ke.
- Kalau nak buat urusan-tawar menawar, tunggu hingga tinggal kita aje pelanggan yang ada dalam kedai tu. Memang diorang kasi harga rendah. Kalau tak pun, carik kedai yang lengang. Kalau orang ramai, sure diorang tak nak bagi harga rendah takut nanti semua orang nak claim harga murah.
- Bila bayar, contohnya harga RM 45, bagi je duit RM50, sebabdiorang jarang ade duit pecah. So, korang tekan jer RM40. Untung lagi RM5.
- Jangan bawak kereta masuk ke sepanjang Serikin. Percuma korang kena sumpah semua orang.
- Survey dulu sampai ke kedai hujung dan belakang. Takut korang menyesal ada kedai bagi harga lebih murah.
- Pergi ke Serikin mestilah santai dan sempoi. Pakai pakaian yang memudahkan anda bergerak tanpa sebarang gangguan.
- Masa: Jangan berebut dengan masa. Slow and steady sebab korang akan rasa lebih berbaloi kalau punyai masa yang lebih lama.
Itu sahaja dari saya. Selamat membeli-belah di Serikin.
1 comment:
kacak layout baru...dude,sik da gamba lain aku yg hensem2 kit ka pake enkah sia..haha..rambut ku kedak kenak tanpa angin 60 kmh jak..haha..sik tauk kenak tenet ku tiba2 mauk tok..haha
Post a Comment