Thursday, June 16, 2011

10 Stesen Bawah Tanah Terindah di Dunia

Stockholm Tunnelbana, Sweden
Sistem bawah tanah di Sweden ini mempunyai kira-kira 100 stesen dan hampir semuanya itu dihiasi dengan seni hasil karya dari 140 artis. Stesen ini dikenali sebagai galeri seni yang terpanjang di dunia.





Munich U-bahn, Munich, Jerman

Mulai beroperasi pada tahun 1972 dan sejak itu berkembang pesat. Stesen bawah tanah ini menghubungkan 98 destinasi di bandar Munich.






Bilbao Metro, Sepanyol
Stesen bawah tanah ini adalah ke empat yang di bina di Sepanyol dan merupakan ketiga terbesar di negara tersebut. Pada tahun 2009, stesen ini telah digunakan oleh 87 juta orang.





Shanghai Bund Sightseeing Tunnel, China

Sebenarnya ini bukanlah stetesen bawah tanah tetapi terowong sepanjang 647 meter yang menghubungkan para penumpang.






Metro Station, Dubai
Stesen Dubai ini adalah yang terbaru di dunia dan baru mula beroperasi pada bulan September 2009.





Tokyo - Iidabashi Station, Jepun

Stesen ini adalah stesen yang teramai di dunia dan juga terkenal dengan arkitekturnya yang sangat menarik. Stesen bawah tanah ini dibina pada tahun 2000.







Prague
Line A, Cekoslowakia

Rekabentuk stesen bawah tanah ini sangat menarik dengan warna warninya




Komsomolskaya Station, Moscow
Stesen Moscow ini sungguh indah dan sangat artistik, dibina pada tahun 1930 stesen ini penuh dengan karya seni yang dibuat menggunakan tangan.






Toronto - Museum Station, Kanada

Stetesen bawah tanah ini menyerupai museum yang bertemakan peradaban Mesir.





Drassanes Station,
Barcelona, Sepanyol




chrocodile.co

DIY : Cuci Kereta



Ramai di antara kita lebih rela membiarkan wang dihabiskan ke kedai cuci kereta kerana MALAS. Apapun, sebenarnya mencuci sendiri lebih baik dan bersih. Kenapa?
  1. Walaupun cucian di kedai nampak bersih, sebenarnya bahagian yang kotor tidak kelihatan apabila di lap apabila tamat cucian.
  2. Mencuci sendiri, kita akan lebih rapi ke bahagian kecil yang sering terlepas. Yelah kan, harta sendiri dengan harta orang, faham-faham je lah.

Okey, sebenarnya mencuci kereta ni bukanlah susah sepertimana yang kita fikirkan. Kalau nak lebih best, niat untuk senaman sebab cuci kereta ni boleh mengeluarkan peluh yang banyak. Dari segi kos, lebih berbaloi dari cucian kedai sebab jumlah yang dibayar untuk cucian kedai ni, bila dua kali cuci dan sama dengan sebotol cecair pencuci kereta.


Pilihan Cecair Pencuci

Lazimnya dijual di pasaraya. Ada pendapat mengatakan bahawa pencuci pinggan mangkuk pun bertindak sama seperti pencuci kereta. Saya amat menyangggal tanggapan ini kerana pinggan mangkuk tidak mempunyai cat dan direka untuk kaca dan seramik. Untuk pengguna yang sayangkan kereta, penggunaan pencuci pinggan mangkuk sebenarnya menyebabkan cat kelihatan pudar. Satu lagi yang perlu dielakkan sangat-sangat adalah penggunaan serbuk cucian pakaian untuk mencuci kereta. Cucilah kalau nak sangat cuba, anda akan lihat warna kereta anda akan semakin pudar.

Walaupun mahal tapi berbaloi

Bukan untuk mempromosi cecair pencuci kereta, tetapi pilihlah yang berjenama supaya kualiti cat kenderaan anda di tahap yang baik. Memang banyak botol berisi pencuci kenderaan dijual sekadar dengan melekat sticker kereta, tetapi apakah jaminan ianya pencuci yang sebenar? Saya sendiri dahulunya memang gemar menggunakan Sunlight untuk cucian kereta tetapi apa yang saya lihat, kesan jangka masa panjang ke atas kualiti cat amatlah berbeza. Berbalik kepada pencuci murah yang sering dijual di kedai murah, Buy at Your Own Risk.



Terdapat pelbagai jenis pencuci kenderaan, sekiranya ingin kesan yang lebih menarik, belilah yang disertakan pengilat sekali (Wash & Wax).

Span & Kain

Penggunaan span & kain memainkan peranan penting dalam memastikan cucian yang berkualiti. Pilihlah span yang mampu menyerap buih dan air untuk cucian yang lebih. Kain juga perlu untuk bahagian tertentu. Jangan gunakan span & kain ini untuk tujuan lain.

Peringkat Cucian Kereta

Mula mencuci dengan memancut air ke seluruh bahagian kereta. Ambil purata 2 minit sehingga ke bahagian dalam tayar. Pengunaan water jet lebih efektif jikalau ada. Elakkan mencuci dibawah terik mentari kerana sabun akan cepat kering dan menghasilkan kesan tidak baik pada kereta. Ini adalah kerana air yang berada di permukaan kenderaan akan bertindak sebagai kanta kepada matahari. Sabun yang kering akan melekatkan bahan kimia pada permukaan kenderaan.

Pastikan cermin dan pintu tertutup rapat dan elakkan tinggalkan kunci dalam kenderaan.
  1. Mula mencuci pada bahagian bumbung.
  2. Kemudian teruskan pada bahagian cermin dan pillar. Buat pusingan 360 darjah untuk aktiviti ini.
  3. Seterusnya ke bahagian atas pintu kiri dan kanan termasuklah bonet depan dan belakang.
  4. Teruskan dengan bumper depan dan belakang.
  5. Kemudian, bahagian bawah pintu dan skirt.
  6. Cucian tayar dan rim.
Apakah rasionalnya langkah ini? Adalah salah mencuci dari bawah ke atas kerana dikhuatiri pasir dan batu yang melekat akan mencalarkan permukaan kenderaan. Lazimnya kotoran akan lebih banyak dibahagian bawah. Jadi mencuci dari atas akan secara tidak langsung menyebabkan sabun akan turun ke bawah dan dalam masa yang sama menyingkirkan pasir walaupun telah dipancutkan dengan air pada awal cucian. Secara logiknya, air cucian akan lebih mengandungi pasir di akhir cucian.



Semasa membersih, ulangi 2-3 kali di satu-satu bahagian untuk hasilan yang lebih bersih. Gunakan hujung jari untuk menekan di lekuk-lekuk bahagian kereta.

Di bahagian tayar, gunakan berus untuk menggosok tayar yang mungkin diselaputi dengan debu dari pad brek. Ketelitian harus di berikan untuk cucian pada rim terutama rim sport ataupun VIP. Untuk yang rajin, anda boleh mencuci bahagian dalam rim sekali.



Selesai mencuci, jirus dengan air sehingga tiada lagi sabun di permukaan kenderaan anda. Elakkan menjemur di panas.

Proses mengelap.

Ramai mungkin tertawa dengan saranan ini tetapi saya menggunakan tuala yang menyerap air untuk mengelap air selepas cucian. Tuala digunakan untuk menyerap air dan diteruskan dengan mengelap menggunakan kain serapan. Kain ini akan keras sekiranya kering. Untuk bahagian cermin, amalakan mengelap menggunakan surat khabar kerana ianya pasti akan lebih berkilat. Elakkan menggunakan kain berbulu untuk proses mengelap. Sekiranya mempunyai vakum dan blower, blow kan angin untuk menyingkirkan air dari permukaan kenderaan.

Teruskan mengelap sehingga selesai. Seperti mencuci, mulakan dari bahagian atas.

Proses mengilat tayar dan bahagian plastik berwarna gelap.

Menggilap tayar amatlah penting kerana tayar yang kelihatan hitam berkilat, akan menyerlahkan lagi imej kereta kita. Penggilap tayar banyak dijual di pasaran. Pastikan tayar dikeringkan dengan mengelap menggunakan kain. Kemudian, sapu bahagian kenderaan dengan penggilap tayar. Setelah selesai 4 tayar, lepaskan handbrake dan tolak sedikit kereta ke hadapan dan sambung sapun di ke empat-empat tayar untuk bahagian yang belum disapu.

Bahagian palstik berwarna gelap juga boleh digilap terutamanya bumper. Elakkan terkena bahagian bercat kerana akan menghasilkan kesan kotor.

Menggilap Rim

Terdapat penggilap rim khas untuk rim krom dan besi. Penjagaan rim penting untuk mengelakkan ianya diselaputi debu dari brek kenderaan. Rim yang bersih, kenderaan pasti lebih menarik.




Pembersihan Dalaman


Membersih dalaman kenderaan adalah perkara yang leceh. Tetapi, seperti rumah, dalaman kenderaan mencerminkan keperibadian pemilik kenderaan tersebut. Lazimnya debu di dashboard dan meter akan dilap terlebih dahulu. Sebelum semua itu berlaku, karpet dan getah akan dikeluarkan. Hempas karpet pada dinding atau tiang untuk membuang debu. Bagi saya, setiap sebulan karpet tersebut saya akan cuci di dalam mesin cuci di rumah. Getah pelapik pula gosokkan dengan berus bersama baki sabun pencuci tadi. Setelah selesai, jemur keduanya di bawah sinaran matahari. Dalam pada masa yang sama, gunakan vakum untuk membersihkan lantai kenderaan. Celahan kerusi juga menyumbang kepada pengumpulan debu.



Cuba tepuk kerusi kereta anda, pasti banyak debu akan terbang keluar. Sebaiknya, kalau rajin, bukak kerusi, jemur dibawah matahari dan tepuk sampai debu tersebut keluar. Gunakan penggilap dalaman untuk menggilap dashboard, panel pintu dan bahagian di dalam kenderaan. Penggunaan pencuci cermin pula digunakan pada rear mirror, meter, cermin dan unit audio.

Dalam pada masa yang sama, update pewangi di dalam kenderaan dan kalau nak jimat, beli cecair spray dan refill pada air-freshener pada kereta. Buang sampah dan keluarkan barang yang sepatutnya tidak berada dalam kenderaan. (ie : Stokin, Kasut Sukan etc)

Selepas selesai, lap tepi pintu dan tepian panel dan bahagian kecil seperti speaker, gear lever, handbrake, suis dan lain-lain.

Tips-tips Wax Kenderaan

Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat

Rahsianya ialah menggunakan pelembut pakaian sebagai bahan aktif membasuh dan membuatkan kereta kilat bersinar-sinar. Jangan gunakan peluntur pulak ehh ....

Cara-caranya ialah:

1. Bilas kereta anda dengan air bersih.

2. Cuci dengan bersih segala kotoran, pastikan span atau kain yang digunakan bersih dan sentiasa diperah tiap kali membersihkan bahagian yang cela dengan kekotoran.

3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.

4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda.

5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.

6. Jangan tunggu kering baru lap.... tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.

7. Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa.

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.

Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesin basuh anda.

Wednesday, June 15, 2011

Kekosongan Jawatan Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan

Sila hubungi GM Sri Aman, untuk makluman segera.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, June 14, 2011

Tandas Pekan Lachau




Apa yang uniknya tentang pekan Lachau? Bagi aku yang paling unik ialah tandasnya yang bersih. Sejak dari dulu lagi kalau aku travelling, tandas kat Lachau ni lah yang paling bersih. Arwah ayah selalu puji penjaga tandas tu depan-depan sebab jaga betul-betul kebersihan tandas kat situ.

Tahun berlalu, tandas yang bersih dahulu pun diganti dengan yang baru. Yelah kan, kalau pekerja tu amanah dan jujur, sampai sekarang di tandas baru tu pun ia tetap jugak bersih. Kalau nak dibandingkan dengan tandas di Simpang Sri Aman, tandas ni 50 kali ganda lebih baik. Complete dengan surau dan kawasan charging handphone lagi.

Nak melepas pun taklah berkerut sangat muka macam pasola tu!

*Aku tok asyik cerita hal tandas jak-jak!

Tangga jak gambar dan nilaikan bezanya dengan tandas Simpang Sri Aman dalam post sebelum tok.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails