Thursday, January 24, 2013


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?  Mari kita dalami biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571  Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah  Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba  perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

 
USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat  untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
 
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '  (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)  dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
 
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
 
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan  perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang  pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa  itu.
 
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,  jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  •  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
 
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
 
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
 
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

 
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

   
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


 
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

-Khadijah Binti Khuwailid.
-Saudah Binti Zam'ah.
-Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
-Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
-Zainab Binti Jahsy.
-Maimunah Binti Harith.
-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
-Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

 
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

 
ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


 
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad



SAUDARA SUSUAN

1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Tuesday, January 22, 2013

Penghijrahan



Berkata soal hijrah, perpindahan. Aku nektok dah berpindah ke Lubok Antu, jauh menuju ke sempadan Malaysia-Indonesia, menggalas cabaran di GIATMARA Lubok Antu. Sesuatu yang tak terfikirkan oleh minda untuk aku membangunkan bangunan bernilai RM5 juta, beserta pembangunan insan di dalamnya. Selamat tinggal Sri Aman, tempoh hampir 5 tahun bakal menghiasi memori indah, pahit, duka, tawa dalam hatiku.

Disana aku tinggalkan Wan dan Sabrina,2 watak yang aku rasakan menemani tempoh aku selama berada di Sri Aman. Seakan sebaya tapi 2 orang adik inilah yang mengerti rasa hati dan segala sifatku. 

Selamat tinggal sebuah kehidupan pengajar dan kini aku perlu lebih kukuh berdiri membangunkan anak bangsa di Lubok Antu. Bukanlah kehidupan jika tidak disulami dengan cabaran. Bukanlah seorang anak lelaki andai masih dimomokkan dengan kesenangan. Aku sentiasa berdoa agar perjalanan hijrah aku kali ini menemui kejayaan.


Sunday, January 20, 2013


Sunday, January 13, 2013

Debak, Bukanlah Ulu Mana Pun....

Rentetan dari seorang cikgu dari tanah semenanjung yang post dalam blog peribadinya tentang kehulu-annya Debak, meh aku nak cerita sikit apa yang korang harus tahu tentang Debak.



Post ini aku tujukan hanya untuk cikgu kat atasni je... Yang lain tu aku salute sebab sudi datang mencurahkan ilmu pada anak watan Sarawak... Semoga Allah balas semua jasa korang dengan kebaikan!

Well, aku lahir dari mix marriage bukan dari bangsa tapi ayah asal dari Kelantan dan mak pulak dari Debak. So, toksahlah nak rasa die je dari luar. Well, sepengetahuan aku, kebanyakkan cikgu dan orang-orang Semenanjung yang duduk di Debak tak pernah nak persoalkan situasi di sini. Hello! Pergi sini, tak payah naik bot pun!



Kedudukan Debak adalah diatara persimpangan ke Spaoh dan Pusa. Dari jalan Pan-Borneo (jalan ok! bukan Highway!), 6 km ke dalam anda bakal menemui satu pekan tenang dan bukan deadtown yang diberitahu oleh si bedul tu. Ada pump station, Klinik Kesihatan, library, internet access, snuker, bengkel moto n kereta, kedai telefon, pasar basah, dan banyak lagi.


Pernah tak terfikir kenapa dalam google maps kawasan Debak tu gelap? Sebab Debak lah sebenarnya asal usul Harry Porter, Batman dan seluruh watak best dalam dunia ni.. Hahahaha... Eh, aku pun tahu jugak pasal filem kan.... Nak tahu sebabnya sebab kat sini masih ada black magic dan sesiapa yang tak tahan iman dan tak percaya pada tuhan akan semudahnya buat black magic kat sini.... Realiti dan hakikat.. tapi itu kisah dulu.... toksah cerita zaman p.ramlee pun....  zaman sekarang pun kat mana-mana ada black magic....

Back to topic lah!

Kehidupan kat sini aku rasa lebih baik dari apa yang digambarkan. Kat sini memanglah takde Pavi, takde pub and nightclub, takde tempat happening untuk chill-out tapi kalau si malaon tu dapat update blog, that's mean adelah internet connection untuk dia berkomunikasi. Belajarlah bertatih, ada sesuatu di sini yang ko takkan jumpa di KL. Aku duduk kat KL lebih seminggu pun aku tak tahan sebab udara yang out dan rutin hidup yang urghhhhh, malaslah nak cerita.

Kiranya ko harus bersyukur sebab diletakkan di Debak. Masih dapat cari makanan halal, masih dapat solat Jumaat, masih dapat dengar azan. Masih ada komuniti semenanjung yang aku rasa diorang pun tak setuju dengan kau... Kat sinilah peluang untuk kau ingat kat tuhan.. takde hiburan melalaikan.....

Berpijaklah ke realiti, terimalah kekurangan kami kerana satu saat bila ko pergi dari sini, kau akan merasakan kekurangan inilah yang menambahkan pengalaman hidup kau...

"Muka cantik, soalan bodoh yang ditanya..." Jangan jadikan kekurangan kami untuk kau letakkan diri kau sesuka hati untuk kata itu dan ini...


Mr. Steve dengan anaknya pun dapat terima kehidupan dan budaya kat sini. Siap mintak extend lagi untuk duduk di sini.

SMK Saribas, banyak yang berjaya asalnya dari sini...

Bakal bersambung....




4 Tahun 8 Bulan 12 Hari

4 Tahun 8 Bulan 12 Hari telah aku lalui penghidupanku sebagai tenaga pengajar di GIATMARA Sri Aman. Bermula 2 Mei 2008, rakan seperjuangan yang bersama takkan pernah aku lupakan dan sebenarnya aku belum lagi bersedia untuk beredar dari sisi tempat aku mematangkan usia dan mengenali babak dan watak dalam kehidupan.

Sabrina, Wan, Laila, Ika, Mira, Kak Ros, Kak Lizah, En. Harriee dan En. Faizal. Dalam tempoh ini, aku merasakan kepahitan dan kemanisan. Aku merasakan terbiar dan dibiarkan. Aku merasakan kemesraan dan erti sebuah persahabatan. Semuanya bercampur-baur dalam suatu rasa yang mampu menitiskan air mata.

Ini ku titipkan khas buat diriku, 4 tahun 8 bulan dan 12 hari, tempoh itu takkan mungkin ku lupa. Terima kasih semua!









































































There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails