Sunday, May 31, 2009

Aku Bukan Ahli Muzik...

Aku bukan ahli muzik
Aku jua bukan anak seni
Aku bukan seorang sasterawan
Aku jua bukan biduan

Tapi aku jua ingin itu dan ini
Jua punya sedikit rasa ingin berceritera
Punya sedikit ingin untuk gelak dan tawa
Tapi ianya terhenti disitu sahaja

Aku kan bukan seorang ahli muzik
Aku buta not dan nada
Aku tak punya idea untuk bicara
Aku kan hanya sekadar manusia biasa

Bukankah aku dari dulu memang sendiri
Sendiri tanpa ada siapa yang sedari
Dan kini ke mana pergi semua memori
Ya, memang aku kini benar-benar sendiri

Aku sendiri dan bermonolog setiap tika
Teringat kenangan tatkala kecil
Punya teman yang dapat berkongsi itu dan ini
Tapi kini, aku terpisah kerana muzik

Muzik .....
Aku bukan ahli muzik
Biarlah aku dalam irama hidupku sendiri
Meniti hari..
Tiada siapa yang peduli...

Saturday, May 30, 2009

Finally.. It's Official Now!



Akhernya terungkap sudah penantian Luzman & Nurul. Sidak dah dijabkabulkan dalam majlis ringkas di Majlis Islam Sri Aman. Hihihi... Dah lepas sorang member aku!











Sepetang di Wharf Sri Aman...















Friday, May 29, 2009

Warkah Terakhir Cikgu Rosly Dhoby



Rosly Dhoby - Pahlawan Melanau Sarawak

Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati di tali gantung pada 2 Februari, 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949.

Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.

Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.

Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari, 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka.

Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949.

Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis British.

Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.

Pada 15 Disember, 1949, Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong, yang juga berketurunan Melanau, telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.

Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.

Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac, 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau).

Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:


Warkah Terakhir Rosly Dhoby

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Allahyarham Awang Rambli adalah ayahanda kepada pelakon dan penyanyi veteran Dayang Sofia yang terkenal sebagai pelakon dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Tiga Abdul.

Dayang Sofia juga adalah bekas isteri kepada Datuk Aziz Sattar, pelakon siri filem Bujang Lapok yang juga kawan karib P. Ramlee.

Monday, May 25, 2009

Empty...

So Empty...

Bila semua benda mendatangkan kemurungan, hasrat nak blogging akhirnya jadi terbantut. Sik tauk apa yang ingin ditaip, tefikir juak adakah blogging tok membosankan?

Neyda bosan, yang sekda masa ya adalah aku mpun yang sebenarnya sik organize gilak bulan tok...

Nang jak, so empty!

Thursday, May 14, 2009

Rindu...

Sepanjang pagi tok aku rasa unmotivated gilak while drive from Debak to Sri Aman. As usual aku akan depart pada 6.30 pagi tapi hari tok tiba-tiba aku rasa malam gilak maok pergi kerja. Sakit belakang badan aku sik pernah pulih sejak minggu lepas.

Sempat juak aku masok barang dalam washing machine dan spin baju korporat untuk aku embak pergi course di Kuching petang tok. Nang rasa malas gilakaku pergi kursus di Kuching mengenangkan financial aku yang terok gilak bulan tok.

Finally aku depart dari Debak dengan mbak bekal dari celebration birthday Ibab dan Yus (gerek Angah). Sepanjang perjalanan aku rasa slow gilak waima jarum rah speedometer pointing to 110-120 km/h. Aku terus melayan kebosananan dan kekosongan yang masih juak terasa di dalam dentuman lagu dari MP3 Player dalam keretaku...

Sampey di persimpangan Engkelili, hatiku mula terusik. Rindu... Terlalu rindu dengan ayah. Baruk jak duak minggu lepas mek orang polah tahlil masa "hol" ayah. Aku sekpat nahan sebak di dada. Aku nangis teresak-esak dan rasa maok menjerit jak. Kali tok aku sik kisah gik nangis sebab aku nang rindu gilak-gilak ngan ayah. Satu persatu memori menerjah ingatan hinggalah ke saat aku menaip nukilan tok. Aku benar-benar rindu... Rindu pada sesuautu yang tak mungkin akan ku temu hingga bila-bila.

Ayah, moga ayah tenang di sana. Kadangkala aku alpa menghadiahkan bacaan tahlil dan doa untuk ayah. Itulah sebaik bekalan, doa anak yang soleh. Solehkah aku? Cukupkah amalanku? Ayah, ku ingin mencurah rinduku padamu.. Tapi bagaimana seharusnya?

Rindu ini takkan pernah terhenti kerana ada satu amanah yang harus sentiasa aku tunaikan...

Sekalung al-fatihah dariku untukmu ayah...

Tuesday, May 12, 2009

Kelly Shamira by Rusty...

Mat Rempit & Peraturan Gila

Akher-akher tok, sik alah-alah isu Mat Rempit tok dipaparkan di dada akhbar. Pada aku ya sekadar retorik untuk menutup sesuatu isu dari pengetahuan rakyat. Paparan jenayah di dada akhbar nektok boleh dianggap bermusim. Mun isu rogol, sepanjang masa jak isu rogol.



Berbalit kepada permasalahan Mat Rempit tok, wujud penyalahgunaan istilah dalam kehidupan masyarakat kita nektok. Mat Rempit ya terlalu universal. Dalam isu kes ragut yang melibatkan kematian dua orang ibu mengandung ya, aku absolutely sik setuju mun dikaitkan peragut ya dengan Mat Rempit. Atas kapasiti apa peragut ya diistilahkan Mat Rempit? Mat Pit pun pandey juak mbak motosikal. Adakah kerana nya meragut pakey motosikal nya terus digelar Mat Rempit.


Kan dah kantoi meragut..
Apakah mun kitak urang tangga nembiak pakey baju merah ya ada ciri Mat Rempit?


Aku siklah maok bela Mat Rempit tok tapi biar aku kongsi kisah aku kenak tahan roadblock di Kuching tahun lepas. Masa ya aku attachment di GM Sarawak.


Dari segi Law Enforment sidak tok nang bagus...

Lokasi : Selekoh Bukit Selepas Hotel Grand Continental
Masa : 1430 Hrs
Kenderaan Digunakan : Scoot Nouvo MX

Adzzha : Selamat Petang Tuan.

Pak Pol: Selamat Petang, Mintak Lesen.
Adzzha : (Aku pun berik lesen ngan IC sekali ngan road tax sekali)
Pak Pol: Banyak modified tok, ko tok mat rempit kah! ( Diterengaknya aku )

Adzzha : Huh? Ko tok Polis, berapa umur?
Pak Pol: Apa masalah ko?

Adzzha: Aku nanyak umur jak, sik boleh kah?

Pak Pol: 24, kenak?

Adzzha: Owh 24 so aku tok tua dari kau lah... Sik perlulah berkamek-kitak.

Pak Pol: Ok, apalah masalah ko tok?

Adzzha: Ko Polis bah, ada kuasa saman. Tapi aku sik mok ku digelar Mat Rempit. Ko tok sik pandey diatkah aku tok smart berneck-tie, kasut berkilat-kilat, mbak laptop, camera DSLR jak gik. Aku sik mok digelar Mat Rempit.

Pak Pol: Rempitlah, ko mbak laju ada tek. Dahlah moto modified!

Adzzha: Aie, sekda salah bah modified. Bukan ada kesalahan undang-undang pun. Agikpun aku pakey scoot. Aku laju tok bukan lombak pun, turun kerja bah. Lewat juak sik tauk beza rempit. Oklah, sak sapa mbak motosikal nya tek rempitkah? Mun ari Jemat pak aji mecut moto agak Mesjid mok semayang Jemat, ko gelar rempit juak kah?


Pak Pol: Kurang ajar juak ko tok. (Dah nak kuar buku saman dah pok)

Adzzha: Mbak ilek bah. Aku just mok madah ko sik semua orang mbak moto laju digelar Mat Rempit. Mun ko tangga aku mbak Z kah, kakya ekzos bising dapat ko padah macam ya. Ya nok geng kitak urang limpas tek pakey Kuda Putih ya, mok ko aku tunggah nya Mat Rempit juak?

Pak Pol: Ku saman ko kelak. Menghina anggota traffic dalam tugas.

Adzzha: Aie, neypat, ko sekda bukti. Mun ko rakam tek, maok ku kenak. Just nak ulang balit, sik semua orang bermotosikal dianggap rempit. Ingat ya.

Pak Pol: Dah gik, kelak ku saman moto ko kelak.


Adzzha: Haha: 0-0 lah. Alang-alang dah kenak tahan.

Pak Pol ya pun terus nyuroh ku jalan jak.


Kacak moto sidak nektok...

Huh! Puas atiku masa ya dapat bertengkar hal istilah Mat Rempit tok. Berbalit ke persoalan asal, penguatkuasaan undang-undang bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Contohnya sekiranya ada remaja dibawah umur ditangkap merempit, sumbat sekali mak bapak dalam lokap. Hujah? Sebab parent sik mampu kontrol olah anak, berik keizinan pakey motosikal dan gagal bertindak tegas dalam hal melibatkan undang-undang.

Tok kadang-kadang sik. Anak diberik motosikal, jelas-jelas anak dah sekda lesen, sik pakey helmet jak agik. Aku kadang-kadang geram juak sebab selalunya sidak tok lepas dari roadblock. Why not one day JPJ polah roadblock masa nembiak pulang dari sekolah. Aku rasa rami sidak yang sekda lesen tok kenak.

Macam ya juak kes rempit tok. Ya adalah masalah sejagat. Manusia suka pada kelajuan. Manusia suka pada perubahan. Ya sebab moto dimodified dan disuruh laju.

RULES ARE MADE TO BE BROKEN!

Dalam kes yang berlainan. adikku Shafixx kenak saman trafiic di Saratok sebab pakey fancy plat. Aku dah setahun lebih pakey flat kedak ya sik juak kenak saman. Alasan nya flat ya diengkah melintang selari dengan lampu depan Ego-S.

Tok dialog nya:
Pak Pol Saratok: Salah tok, ney boleh engkah plat sitok. Sitok patut ko engkah plat( Nya nunjuk rah dada cover depan Ego-s)

Shafixx: Apa abang mek pakey setahun lebih di Kuching sik kenak pun?

Pak Pol Saratok: Ya abang ko sik kenak tahan aku. Salah tok. Sticker P tok pun salah. Neypat ko engkah sitok. Sik nampak mun ko engkah tepi. Patut ko engkah sitok baruk nampak! (Nya nunjuk rah dada cover depan Ego-s agik)

Shafixx: Aie, nok ney betol tok, mun dah engkah sticker P siya, sineylah kamek nak engkah plat?
Pak Pol: Sik kira, ko tok nang polah fancy plat. Aku tetap saman ko juak.


Kedudukan Stiker P jadi persoalan Pak Pol Saratok

Gila nak. Plat dah ikut spec. Cuma sik engkah rah mudguard jak. Mun mok mudah, sidak Polis ngan JPJ tok patut publish dalam media setiap motosikal yang baruk keluar, siney sepatutnya engkah plat. Lekak ya baruklah dapat determine cney sepatutnya plat ya berada.

Pokok pangkalnya, aku siklah maok jatuhkan martabat polis sebab without sidak, banyak gik masalah yang akan timbul. Sik semua POLIS makan rasuah, dan sik semua POLIS jadi pak turut tapi ada segelinitr yang kurang bijak gunakan kurniaan akal pemberian Tuhan.


Encik Polis tok sik semuanya bengkeng. Ada yang bertimbang rasa juak...

Huhu, jangan ko target keta ku udahlah...

Thursday, May 7, 2009

Farewell to Aimi Nastasha...




It was a farewell to Aimi Nastasha or Amy. Sedih juak sebab walaupun nya bukan student aku, aku rasa nya macam adik aku juak macam aku anggap Eiyna, Farah, Nurul dan Ayu. So, esok nya dah pergi Labuan to further ke Matriculation College.

All the best adik Amy!!

May our pray always be with you...

From Me, Eiyna, Farah, Zul, Nurul and Ayu..

Oh... Begitulah Rasanya...

Oh, begitulah rasanya jadi seorang pendidik ataupun pengajar. Tiap segalanya ada cabaran dan aku mula merasakan apa itu bebanan seorang pendidik. Hari demi hari dirasakan amat perit dugaan dan murninya tugas seorang guru. Tapi apakah sang pelajar tahu rasa dan ingin di hati kita.

Semakin hari semakin ketara sikap pelajarku mula menunjukkan kesan betapa kami tidak dihormati. "Cikgu sik ngajar mek urang," jawab sidak bila ditanyak. Bukan cikgu sik maok ngajar tapi cikgu sik tangga pun minat sidak maok belajar. Bila dah makin rapat dengan cikgu, mulalah ada yang rasa angkuh dan sombong. Sidak sik ingat sidak semua bermula dari kosong.

Mungkin inilah yang dirasakan oleh semua guru-guru. Mungkin ini juak rasa emak bila mengajar. Jadi sik eranlah sampey ke tahap cikgu lejuk dan sekda mood maok ngajar. Bayangkan mun pagi-pagi aku ada mood maok ngajar, bukan main berkobar-kobar tek... Sidak polah muka sekda semangat. Alu aku pun rasa malas maok berik apa-apa ilmu pun ngan sidak.

Hopeless, bila makin hari aku tanga sidak tok mula membelakangi cikgu dalam setiap aktiviti. Ngegeh dan mengada-ngada dalam segala serbi perbuatan. Aku tok pun ada kelemahan juak tapi kadangkala sidak tok sik realize sapa dirik sidak sebenarnya. Lupakkah sidak aku tok cikgu sidak.

Yalah, aku tok kan dah sik diguna orang agik. Ada orang lain yang lebih disenangi dan boleh diharapkan. Aku pun rasa selain dari apa yang aku kesali nektok, aku rasa mena-mena lonely dalam kehidupan aku nektok. Sorang pun sekda tanyak apa emosi dan perasaaan ku nektok.

Bila kita diam orang akan fikir kita tok kalah tapi sik sidak tauk gelojak perasaan ku nektok. Panas ati juak tapi aku rasa nak anok pun sik guna juak. Sapalah aku di mata student aku..
Sidak hanya akan memerlukan saat sidak terdesak...

Hanya DIA yang Maha Mengetahui faham apa yang tersirat di jiwa aku nektok...

Bukan mudah menjadi GURU kerana setiap pelajar punya ingin dan mahu yang berbeza. Aku rasa aku diperkotak-katikkan oleh pelajar yang makin bongkak dan ego kerana rasakan diri sidak diperlukan gilak di GIAT tok.

Hey you fucking crap! Mun diikutkan hati, aku sik berkat pun sikit ILMU aku berik sebab ko bongkak dan lupak dirik. Sidak ya rasa dah bagus gilaklah sampey sekpat ditegur. Bagus aku sikboh kelaka sepatah apa pun sebab aku rasa sidak tok sik guna bah sebab curahan suara yang kuar dalam jawapan sidak menggambarkan sidak tok nang sekda ilmu. Suka gilak berhujah menjatuhkan maruah orang tapi sik pernah mencermin keadaan diri...

Udah-udah gik ku merepak. Sidak tok nang sik guna diberik muka.

Hello Chelsea!!! This is new world!

VICTORY!



Let the picture tell everythings...

Tuesday, May 5, 2009

Ketagih Super Dance Online Xtreme

Aku mala jak bising dengar student ku tekiak-kaong main game.. Last-last aku kenak jerat game tok...

Maok tauk ceritanya..

Tunggu k!

Sunday, May 3, 2009

K-Car JDM Concept




So, aku telah maju setapak lagi dan create blog baru kepada penggemar JDM Concept
especially K-Car fans...

Boleh layari blog K-Car JDM Concept

di

http://myjdmconcept.blogspot.com

Saturday, May 2, 2009

Sungha Jung...

Namanya Sungha Jung, berasal dari South Korea and baruk jak berumur 11 tahun. Aku yang umur menghampiri 27 tok nang bebal gilak main gitar. Cukup kagum dengan kebolehan nembiak tok. Sometimes aku wondering, multi-education di Malaysia tok sekpat produce nembiak macam tok..

Anyway, aku nang kagum dan nya tok polah aku rasa maok main gitar....

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails