Aku bukan ahli muzik
Aku jua bukan anak seni
Aku bukan seorang sasterawan
Aku jua bukan biduan
Tapi aku jua ingin itu dan ini
Jua punya sedikit rasa ingin berceritera
Punya sedikit ingin untuk gelak dan tawa
Tapi ianya terhenti disitu sahaja
Aku kan bukan seorang ahli muzik
Aku buta not dan nada
Aku tak punya idea untuk bicara
Aku kan hanya sekadar manusia biasa
Bukankah aku dari dulu memang sendiri
Sendiri tanpa ada siapa yang sedari
Dan kini ke mana pergi semua memori
Ya, memang aku kini benar-benar sendiri
Aku sendiri dan bermonolog setiap tika
Teringat kenangan tatkala kecil
Punya teman yang dapat berkongsi itu dan ini
Tapi kini, aku terpisah kerana muzik
Muzik .....
Aku bukan ahli muzik
Biarlah aku dalam irama hidupku sendiri
Meniti hari..
Tiada siapa yang peduli...
2 comments:
Toklah namanya irama kehidupan... :)
yalah... mudahan jak sabar menempuhi dugaan
Post a Comment