Tuesday, May 31, 2011

Senyum Sayangi MARA

GIATMARA Sri Aman

GIATMARA telah mula bertapak sejak 25 tahun yang lepas di Malaysia. Kewujudan GIATMARA pertama di Jitra, Kedah menyaksikan perkembangan memberangsangkan ke hampir setiap Parlimen di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak GIATMARA telah ditubuhkan dan di Sarawak sahaja, 7 GIATMARA baru akan memulakan operasinya Julai ini.

GIATMARA Sri Aman tersergam indah di Jalan Astana

GIATMARA Sri Aman, merupakan antara Pusat Latihan Kemahiran Vokasional di Bahagian Sri Aman selain GIATMARA Lubok Antu. Terdapat 2 kursus “soft-trade” ditawarkan di GIATMARA Sri Aman iaitu, kursus Teknologi Sistem Komputer dan kursus Solekan & Terapi Kecantikan.

Rutin Pagi di GIATMARA Sri Aman

Hubungan antara warga kerja dan bekal pelatih dalam menjayakan Gimik Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman yang lalu.

Latihan sepenuh masa selama 6 bulan ini diperkukuhkan lagi dengan sistem GCPA (GIATMARA Competency Point Average) yang diperakui oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Pelatih yang terampil dengan markah yang cemerlang bakal memperolehi Sijil Professional GIATMARA di samping Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia sepertimana sebelum ini. Selain itu dalam tempoh 6 bulan, pelatih akan didedahkan dengan pembangunan portfolio sebagai bukti keterampilan mereka.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer ketika menyiapkan tugasan dalam Modul Dokumen Multimedia

Latihan demi latihan akan menjadikan kemahiran sesuatu yang menyeronokkan.

Antara keistimewaan latihan di GIATMARA adalah elaun RM 1200 untuk tempoh 6 bulan. Ini bermakna, setiap pelatih bakal menerima RM 200 sebulan. Ini hanya dinikmati oleh pelatih sepenuh masa sahaja. Dalam masa yang sama, pelatih yang cemerlang boleh meneruskan peringkat pengajian mereka ke Program Artikulasi dimana ianya memberikan peluang kepada lepasan pelatih GIATMARA untuk memperolehi Diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan seterusnya di peringkat Ijazah di Universiti Kuala Lumpur.

Pelatih dan Warga Kerja di Taman Panorama Benak sempena Aktiviti Hari Pengantin dan Hari Korporat GIATMARA Sri Aman

Dengan membawa konsep, “Kemahiran Menjamin Kehidupan”, asalkan mempunyai minat dan ketekunan mendalam, pelatih GIATMARA sebenarnya mampu untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Di GIATMARA Sri Aman, pelatih juga didedahkan dengan elemen Keusahawanan melalui Kursus Pembudayan Keusahawanan GIATMARA Malaysia. Melalui kursus ini, bekas pelatih akan berpeluang mengikuti latihan di Inkubator Usahawan dan menyertai Kelab Usahawan GIATMARA (KUG). Melalui program Inkubator, pembiayaan dan bantuan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelatih yang mempunyai potensi menjadi usahawan yang boleh maju ke hadapan.

Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan ketika latihan solekan.

Di dalam konteks latihan kemahiran di GIATMARA, pelatih yang berkebolehan akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia dimana hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi mampu untuk menyinar.

Tenaga Pengajar, Puan Sabrina Abdul Rahim (Tengah) bersama Mary Emelda (Kiri) dan Nur Ruhiya Amira (Kanan) dalam Pra-Kelayakan PKM di IKBN Pertak, Hulu Selangor.

Baru-baru ini seramai 6 orang pelatih GIATMARA Sri Aman telah menggalas nama Sarawak untuk menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia. Seramai 4 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah menyertai pertandingan dalam kategori berasingan iaitu IT Network Administration, IT Software Solution for Business dan Web Design yang diadakan di CIAST,Shah Alam, Selangor. Manakala 2 orang lagi pelatih Solekan & Terapi Kecantikan telah menyertai kategori Beauty Therapy di IKBN Pertak, Hulu Selangor. Peserta pertandingan telah diiringi oleh En. Mohd Faizal bin Che Amat (Pengurus) dan 2 orang Tenaga Pengajar iaitu En. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dan Puan Sabrina binti Abdul Rahim.

Barisan pelatih Solekan & Terapi Kecantikan bersama Pengurus dan Tenaga Pengajar.

Walaubagaimanapun, persaingan yang sengit serta pemarkahan yang ketat, seorang peserta Solekan dan Terapi Kecantikan, Mary Emelda ak Rigok telah berjaya ke Peringkat Akhir PKM dimana beliau telah dilatih sepenuhnya oleh Puan Sabrina binti Abdul Rahim, Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan GIATMARA Sri Aman. Pertandingan Akhir bakal diadakan pada Julai ini.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer bersama Tenaga Pengajar.

Selain itu, GIATMARA Sri Aman menyediakan latihan separuh masa dalam bidang yang sama melalui pendekatan “Life Long Learning” (3L) iaitu konsep pembelajaran sepanjang hayat. Terbaru, Program Latihan 1 Malaysia bakal bermula pertengahan Jun ini dengan menawarkan kursus Solekan & Terapi Kecantikan dan Teknologi Sistem Komputer. Kursus jangkamasa pendek ini menekankan tentang modul ringkas tetapi peserta hanya perlu membayar RM1 sejam untuk latihan. Di akhir latihan, peserta akan memperolehi Sijil Latihan 1 Malaysia.

Banyak nilai kehidupan yang diperolehi sepanjang masa di GIATMARA

Berbalik kepada permohonan sepenuh masa. Syarat-syarat kemasukan adalah :
• Bumiputera Warganegara Malaysia
• Sihat Tubuh Badan
• Berumur 16 tahun ke atas
• Boleh Membaca & Menulis
• Minat dalam bidang yang dipohon

Sertai kami dalam kursus Solekan & Terapi Kecantikan

Justeru, belia-belia dipelawa untuk menyertai Latihan Kemahiran di GIATMARA Sri Aman kerana permohonan telah dibuka sekarang. Borang Permohonan boleh diperolehi di GIATMARA Sri Aman atau boleh dimuat-turun di laman web www.giatmara.edu.my ataupun di Laman Blog GM Sri Aman iaitu http://gmsriaman.blogspot.com.


Sertailah GIATMARA Sri Aman dan realisasikan impian kemahiran anda! Layari Laman Blog GM Sri Aman untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti di GIATMARA Sri Aman.

Monday, May 30, 2011

Kelaparan di tahap maksimum

Actually testing blogging through Android@ After 4, Satok
Published with Blogger-droid v1.6.9

Pesta Benak 2011

Last week aku attend meeting Bahagian Sri Aman untuk penganjuran Pesta Benak. Kali tok Pesta Benak dipolah early July and dalam masa yang sama it's before the Rainforest Music Festival.

Toklah antara acara masa pesta benak. Lombak benak..

IMHO, walaupun Sri Aman tok terletak di ranking ke-2 dunia dari segi fenomena Benaknya, tapi hakikatnya walaupun dah 10 tahun, prestij Pesta tok belum diketahuitnya rating dan prestige nya. Mudahan kali tok akan menjanjikan kelainan.

Good to be hear that banyak event di polah untuk festival kali tok tapi ura-ura madah Jom Heboh ke Sri Aman is totally just a rumors. Yah! Miss Tourism Benak, Sound of Tidal Bore, Benak Idol, Dancing Competition, Poem Reciting, Exhibition, Sri Aman Kitchen (no Sri Aman Signature food as far as I see), and such more should be a great opportunity to turn Sri Aman the busiest city for at least 4 days with such a people gathered to enjoy it.

Pok, minjam gambar... Hehehe

It was a big responsibility to those pengajur to make this event remarkable and urge people to come again next year. "Iboh jerak kelak bah".

Orang rami kedak toklah nyuroh nyawa ku angol gilak

Bah, ngerepak awal pagi. Aku tok nak ke UiTM, hantar angah interview DPLI. Hopefully nya lepas. InsyaAllah

Sunday, May 29, 2011

Great game for Barca, pity on MU!

Yes, it's absolutely a disappointment after clash on UEFA Champions League Final early this morning. Congratulation to Barca after an impresive game and undeniable fantastic goal.

Well, MU sememangnya layak untuk kalah malam tadik dan kepincangan utama MU adalah terlalu ramai kuda tua yang masih berkhidmat. It's a red code warning to Alex Ferguson or perhaps new MU manager untuk dapatkan player-player baru. Not a star but talented and hardworking player.

Chicarito of course nang sik nemiu bol malam tek tapi yang dikesali adalah percaturan midfield yang agak lemah. Aku tok siklah pandey polah review tapi mostly goal malam tek adalah mistake dari defend dan dalam masa yang sama, possesion and ball control is totally out.

Corak permainan Ferguson dah dapat dibaca. Dah siap buku "Dummies for United" dipolah untuk cerita semua tactic ya.

From my opinion, Giggs seharusnya umumkan pengunduran dari kelab. Nani seharusnya lebih bijak dan sik tamak. Nya terlalu membayangi C. Ronaldo. Park is a hardworking player tapi dalam pada masa yang sama mun harap nya jak.. Sik mampu nak cover semua.

One more thing, MU dah sekda kaki rembat. Mantan kaki rembat, Scholes pun dah berusia dan siklah sehebat dolok. Jarang gilak gol MU dari luar kotak penalti.

Apapun, Barca memang deserve to win tapi MU dah coba terbaik untuk layak ke Final.

Champions 19! Believe!

Saturday, May 28, 2011

Final of Decade | MU vs BFC



Can't wait for the match!

Final

UEFA Champions League

Manchester United VS Barcelona

2.45 am (MY)

Wembley, UK

Kak Lehot | Ngerepak di CatsFM!




Best, dengar Kak Lehot ngerepak dalam CatsFM. Well untuk Sarawakians yang jauh di perantauan... Layan eh!


Well leh terus ke Web Cats FM di http://www.catsfm.my

Full List at CatsFM Podcast Kak Lehot

Friday, May 27, 2011

Bila Pasangan Anda Direnung Kiri dan Kanan



Di sebuah Shopping Mall terkenal, ketika makan tengahari. Sepasang pasangan Muslim dengan mesranya makan tengahari bersama di Medan Selera setelah shopping bersama.

Gadis : Darling, kenapa orang tengok kita lain macam?

Jejaka : Ala, diorang tu jeles tengok I dapat gadis cantik dan ayu macam U.

Gadis : A'ah ye. Maybe diorang pun jealous gak sebab I dapat boyfriend yang handsome dan bergaya macam U.

Selang beberapa minit....

Gadis : Ish, I rimas lah sampai apek tu pun tengok kita. Macamlah kita buat salah sangat.

Jejaka : Ni tak boleh jadi ni, ni mesti kes apek kaya nak ngorat U ni. Nak I sound kat apek tu ke sayang?

Gadis : Bagus you sound jer, I rimas tau...

Jejaka: Uncle! Apa pasal you tengok kitorang lain macam hah? Apa lu fikir lu bagus sangat ke uncle?

Apek : Haiya, wa talak kisah sama lu punya amoi, memang dia cantek, pakai tudung... manis. Tapi wa heran sama lu, anak mude, handsome tapi lu tidak semayang jumaat ka?

Jejaka + Gadis : * Gulp *

Moral of the story: Janganlah tunjuk diri tu jahil. Masa orang Solat Jumaat, masa tu lah korang nak dating kay Shopping Mall. Kan ke malu kalau kena tegur macam tu.

Hello World

Hello World. Here I am, back writing with my tunggang tebalit English and FYI, blog tok sik guna sigek bahasa jak. Lots of thing happen recently but I always wonder bilalah aku akan kembali blogging since aku sekda medium untuk luahkan rasa hati dan ngerepak.

Sambil menerap naip blog di Debak dengan kelajuan Streamyx 1MB bersama WiFi berlabel "Azha Family - Sekda Benda Free" aku siklah pasti samada post tok akan tergantung macam post-post sbelumnya...

Lot and lots of thing happen, My Love Vyna complete her EMBA with Anugerah Sarjana Cemerlang. My adik perempuan, Angah dah abis BBA Finance and dah konvo. Ibab aka Shafixx baruk jak dapat Dean's List with pointer 3.96. Siddeq futhering Form 4 di Debak eventhought dapat straight A's dalam PMR lepas. My beloved Mom, tinggal 3 tahun gik nak pencen.

Masa berlalu dengan cepat. Aku pun perlukan peningkatan dalam hidup. Life aku seolah mengabdikan kerahan tenaga aku di GIATMARA. Well, masih juak aku dalam dunia K-Car walaupun dah terlalu slow.

Azan pun dah berbunyi. Harapnya lepas azan tok, entry baru akan menyusul. Bah... Bye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails