Friday, May 27, 2011

Bila Pasangan Anda Direnung Kiri dan Kanan



Di sebuah Shopping Mall terkenal, ketika makan tengahari. Sepasang pasangan Muslim dengan mesranya makan tengahari bersama di Medan Selera setelah shopping bersama.

Gadis : Darling, kenapa orang tengok kita lain macam?

Jejaka : Ala, diorang tu jeles tengok I dapat gadis cantik dan ayu macam U.

Gadis : A'ah ye. Maybe diorang pun jealous gak sebab I dapat boyfriend yang handsome dan bergaya macam U.

Selang beberapa minit....

Gadis : Ish, I rimas lah sampai apek tu pun tengok kita. Macamlah kita buat salah sangat.

Jejaka : Ni tak boleh jadi ni, ni mesti kes apek kaya nak ngorat U ni. Nak I sound kat apek tu ke sayang?

Gadis : Bagus you sound jer, I rimas tau...

Jejaka: Uncle! Apa pasal you tengok kitorang lain macam hah? Apa lu fikir lu bagus sangat ke uncle?

Apek : Haiya, wa talak kisah sama lu punya amoi, memang dia cantek, pakai tudung... manis. Tapi wa heran sama lu, anak mude, handsome tapi lu tidak semayang jumaat ka?

Jejaka + Gadis : * Gulp *

Moral of the story: Janganlah tunjuk diri tu jahil. Masa orang Solat Jumaat, masa tu lah korang nak dating kay Shopping Mall. Kan ke malu kalau kena tegur macam tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails