Wednesday, January 4, 2012

JDM Flare




Pagi tadi Azizhan Gallore Buceros PS dalam FB Gerakan K-Car Sarawak keluarkan soalan ni:


Jawapannya adalah FLARE!

Mengikut peraturan trafik di Jepun, setiap kenderaan keluaran Jepun a.k.a JDM (Japan Domestic Market) mestilah dilengkapi dengan "emergency flare". Ianya akan mengeluarkan bunga api setelah diaktifkan.

Ianya akan digunakan ketika kemalangan ataupun bila kereta rosak di tepi jalan. Ianya akan diletakkan di atas permukaan jalan beberapa meter dari kenderaan anda. Boleh menyala dalam sejam dan dapat memberikan amaran jelas kepada pengguna jalan raya lain.




Sumber post from Toyota BJ44.

Tuesday, January 3, 2012

New Intake 2012


Alhamdulillah. Intake baru untuk GIATMARA dah bermula. Too much to be told that this is a whole new breath untuk aku sebagai pendidik.

2012. Mungkin ada anjakan kerjaya untuk aku ataupun masih kekal seperti seadanya. Namun begitu, cabaran yang pasti adalah untuk membalas kepercayaan seluruh ibu bapa pelatih yang baru mendaftar bahawasanya keputusan mereka untuk mendalami ilmu di sini adalah yang terbaik.

Well, aku perlu jihad kecil dalam perjuangan kali ini. Membuang rasa ego, menepis sikap prejudis dan dalam masa yang sama berusaha mencari formula terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih baik. Tak guna jadi syok sendiri, pelatih minat gila tapi akhirnya mereka keluar dengan tin kosong. Aku cuba menghindarkan sifat populis dalam diri dan menjadi lebih matang. Matang dalam segala aspek. Yelah, umur dah nak jangkau 30 dah tahun ni.

Terlalu banyak yang harus aku simpan tapi aku yakin, dengan bersifat dan berfikiran positif, aku akan lebih bersedia menghadapi segala rintangan baru yang mungkin selama ini belum tersingkap dalam helaian catatan sejah l0h-mahfuz. Mungkin belum sampai INTERMISSION macam dalam cerita hindustan. Tapi harapan aku kali ini adalah penerimaan positif dari seluruh pelatih GIATMARA.

URGENSI diperlukan dalam masa ini. Aku tuntut pelatih aku jadi lebih aktif, lebih suka bertanya dan tidak pasif!

Kalau cikgu-cikgu GIATMARA di Malaysia pun boleh ada keinginan
untuk tahu yang tinggi, kenapa tidak pelatih?


Singkap punya singkap, aku mulakan perjalanan hari pertama kerjaya aku tanpa sebuah kereta dan lambakan kerja yang pastinya takkan pernah habis.

"memulakan hari pertama bekerja ini dengan senyuman di bibir..." - My FB status yang sebenarnya adalah motivasi diri mengurangkan bermasam muka dan membuang sifat tergesa-gesa.

Go Azha, It's a time for you to show who you are... Be strong coz they'll be more challenge upwards!

Monday, January 2, 2012

Sticker P


Salam tahun baru! Tiada apa yang baru melainkan perubahan tahun dan tarikh sahaja. Setiap hari dan masa akan kehadapan, tiada dapat diundurkan.

Fenomena sticker P ni bermula sejak late 90's. Sign yang perlu ditampal oleh "freshie" di jalan raya. 2 tahun tempoh "PERCUBAAN". Namun bila difikirkan, banyak kes saman akibat gagal melekat sticker P ni. Ini tidak lain tidak bukan kerana sticker P berlatar merah ini langsung tidak menarik!

Ianya seakan berpaksikan kepada sistem British. Huruf P besar untuk Percubaan. Huruf L besar untuk Latihan / Learn. Setelah selesai 2 tahun tempoh percubaan, barulah sticker P ini akan diturunkan. Pemandu akan mendapat C.D.L. (Competent Drivers' License).



Sticker P ni kalau diikutkan undang-undangnya, dilekatkan pada penjuru bawah kiri di hadapan dan pada penjuru atas kiri di belakang. Namun kalau difirkan, alangkah baiknya kalau sticker P ini dirombak semula dan digantikan dengan logo yang lebih unik dan menarik.

Sticker P Malaysia

Sebagai contoh, "Wakaba", lambang untuk pemandu muda dan baru. Ianya adalah "sticker P" jepun. Tampak menarik dan simple.

Sticker P Jepun

Masa aku driving dulu, ramai yang istilahkan P ni dengan nama yang pelik... Paloi, Pelik, Pondan dan seumpamanya.

Cuba kita bayangkan kalau sticker P ni kita ubah kepada sesuatu yang lebih menarik. Rasanya mungkin ramai yang tak kisah tampal sticker macam ni.

Tukar dengan logo P dengan logo ni amacam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails