Salam tahun baru! Tiada apa yang baru melainkan perubahan tahun dan tarikh sahaja. Setiap hari dan masa akan kehadapan, tiada dapat diundurkan.
Fenomena sticker P ni bermula sejak late 90's. Sign yang perlu ditampal oleh "freshie" di jalan raya. 2 tahun tempoh "PERCUBAAN". Namun bila difikirkan, banyak kes saman akibat gagal melekat sticker P ni. Ini tidak lain tidak bukan kerana sticker P berlatar merah ini langsung tidak menarik!
Ianya seakan berpaksikan kepada sistem British. Huruf P besar untuk Percubaan. Huruf L besar untuk Latihan / Learn. Setelah selesai 2 tahun tempoh percubaan, barulah sticker P ini akan diturunkan. Pemandu akan mendapat C.D.L. (Competent Drivers' License).
Sticker P ni kalau diikutkan undang-undangnya, dilekatkan pada penjuru bawah kiri di hadapan dan pada penjuru atas kiri di belakang. Namun kalau difirkan, alangkah baiknya kalau sticker P ini dirombak semula dan digantikan dengan logo yang lebih unik dan menarik.
Sticker P Malaysia
Sebagai contoh, "Wakaba", lambang untuk pemandu muda dan baru. Ianya adalah "sticker P" jepun. Tampak menarik dan simple.
Sticker P Jepun
Masa aku driving dulu, ramai yang istilahkan P ni dengan nama yang pelik... Paloi, Pelik, Pondan dan seumpamanya.
Cuba kita bayangkan kalau sticker P ni kita ubah kepada sesuatu yang lebih menarik. Rasanya mungkin ramai yang tak kisah tampal sticker macam ni.
Tukar dengan logo P dengan logo ni amacam?
No comments:
Post a Comment