Tuesday, January 3, 2012

New Intake 2012


Alhamdulillah. Intake baru untuk GIATMARA dah bermula. Too much to be told that this is a whole new breath untuk aku sebagai pendidik.

2012. Mungkin ada anjakan kerjaya untuk aku ataupun masih kekal seperti seadanya. Namun begitu, cabaran yang pasti adalah untuk membalas kepercayaan seluruh ibu bapa pelatih yang baru mendaftar bahawasanya keputusan mereka untuk mendalami ilmu di sini adalah yang terbaik.

Well, aku perlu jihad kecil dalam perjuangan kali ini. Membuang rasa ego, menepis sikap prejudis dan dalam masa yang sama berusaha mencari formula terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih baik. Tak guna jadi syok sendiri, pelatih minat gila tapi akhirnya mereka keluar dengan tin kosong. Aku cuba menghindarkan sifat populis dalam diri dan menjadi lebih matang. Matang dalam segala aspek. Yelah, umur dah nak jangkau 30 dah tahun ni.

Terlalu banyak yang harus aku simpan tapi aku yakin, dengan bersifat dan berfikiran positif, aku akan lebih bersedia menghadapi segala rintangan baru yang mungkin selama ini belum tersingkap dalam helaian catatan sejah l0h-mahfuz. Mungkin belum sampai INTERMISSION macam dalam cerita hindustan. Tapi harapan aku kali ini adalah penerimaan positif dari seluruh pelatih GIATMARA.

URGENSI diperlukan dalam masa ini. Aku tuntut pelatih aku jadi lebih aktif, lebih suka bertanya dan tidak pasif!

Kalau cikgu-cikgu GIATMARA di Malaysia pun boleh ada keinginan
untuk tahu yang tinggi, kenapa tidak pelatih?


Singkap punya singkap, aku mulakan perjalanan hari pertama kerjaya aku tanpa sebuah kereta dan lambakan kerja yang pastinya takkan pernah habis.

"memulakan hari pertama bekerja ini dengan senyuman di bibir..." - My FB status yang sebenarnya adalah motivasi diri mengurangkan bermasam muka dan membuang sifat tergesa-gesa.

Go Azha, It's a time for you to show who you are... Be strong coz they'll be more challenge upwards!

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails