Thursday, May 15, 2014

Niat Berniqab Terhalang




Pagi itu sungguh indah, pagi Sabtu yang melegakan warga ibu kota dari kesibukan kerja. Zizi bangun pagi itu dengan hati yang penuh ceria. Inilah saat yang dinantikan dan dia seakan tidak sabar menantikan detik itu.

Tatkala menuju ke bilik mandi, dia memandang riang pada bungkusan yang diterimanya petang kelmarin. Sepersalinan jubah, tudung bawal dan niqab. Ya, niqab yang dia tekad untuk menggunakannya mulai saat itu.

Selesai mandi, dia memperkemaskan diri sambil mendengar lagu dari Maher Zain di dalam laptop yang digunakan sejak tamat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Russia. Zizi tekad apabila tamat pengajian di Malaysia, dia ingin menampilkan dirinya sebagaiseorang yang stylish dan fashionista. Namun, niat berniqab tetap ingin diteruskannya.

Keluarga Zizi merupakan sebuah keluarga terpelajar. Kesemua adik beradiknya lulusan dari luar negara. Ayahnya merupakan Dekan Fakulti Sains Sosial di universiti ternama di Selatan Malaysia. Ibunya pula merupakan aktivis sosial dan juga Pengarah di Agensi Kerajaan. Dia mempunyai 2 abang, 3 kakak dan 2 orang adik lelaki.
Zizi pernah menyatakan hasratnya untuk berniqab. Namun ditentang sekeras-kerasnya oleh semua ahli keluarga. Kakaknya yang meruopakan lulusan Al-Azhar turut menafikan sekeras-kerasnya tindakan Zizi. Sungguhpun bergelar ustazah, kakaknya sekadar bertudung biasa dan tidak berjubah.

Zizi memberontak dalam hati. Dia tak dapat menahan perasaan lagi. Dia puas berendam air mata menahan gejolak jiwa untuk tampil dengan imej muslimah. Ibunya langsung tidak memahami hati nuraninya. Mungkin ibunya takut Zizi digelar ektrimis. Tapi begitu juga dengan ayahnya, mengugut untuk menerajangnya lantaran sikap Zizi yang ingin terus berniqab.

Zizi berhenti mengelamun. Fikirannya kusut. Namun setelah mendengar beberapa ceramah agama di laman youtube, hatinya kuat untuk membuktikan haknya di dalam keluarga. Apatah lagi hari ini adalah Hari Fesyen Muslimah di Putrajaya dan seluruh ahli keluarganya akan turut sama pergi ke sana.

Setelah mengenakan jubah indah pemberian Shahida yang dibeli di Mekah bulan lepas, Zizi mengenakan tudung yang menjadi kontroversi lantaran harga terlalu mahal di pasaran. Zizi tak kisah. Zizi punyai pendapatan bulanan RM7000 ke atas setelah bekerja di firma guaman. Zizi terus mengenakan niqab dan dia tersenyum syahdu menatap wajahnya di cermin bilik yang dihuninya sejak berumur 4 tahun.

“Puas hati aku... Kini aku buktikan aku mampu berniqab”, getus hati Zizi sambil berselfie dengan monopod yang baru dibelinya 2-3 hari lepas. “Sempat lagi aku nak tweet, insta dan upload dalam facebook nih..”, getus hati Zizi lagi.

Zizi bergerak santun menuruni tangga rumah menuju ke ruang tamu. Seluruh ahli keluarga sudah menunggu untuk bersarapan bersama. Kesemua kaget, terkejut malahan terngaga termasuklah bibik yang dah 14 tahun bekerja di rumah itu.

Amran, anak Abang Long yang berusia 3 tahun. Menangis ketakutan kerana tidak biasa melihat wajah berniqab. Tidak semena-mena gelas melamin yang berisi air teh terbang menghinggap muka Zizi, menyelak terus niqab yang menutup wajah gebunya. Balingan tepat itu datang dari Abang Long, seorang penembak tepat dalam Unit Komando ATM. 

“Sial! Ko jangan nak mencemar nama baik keluarga! Tak pernah lagi dalam keluarga kita nak berpurdah, fesyen muslimah bagai ....” gertak Abang Long.

“Zizi nak hak Zizi. Zizi tak peduli. Walaupun belum ada dalam keluarga kita berniqab... Zizi nekad, Zizi nak berubah saat ini!”, gertak Zizi kasar sambil menunjuk tepat ke arah Abang Long. Zap!!! Tiba-tiba tudung bawal berjenama mahal itu direntap oleh  Kak Chik. “ Aku ni ustazah, aku tak pedulilah berapa harga tudung ni, tapi perangai kau ni aku tak boleh maafkan! Aku sendiri pun tak berniqab! Apa aku nak jawab pada semua orang disekeliling aku bila adik aku berniqab sedangkan aku masuk dalam TV bagi ceramah pun pakai tudung beli kat Masjid India dan berebut ambik bawal ADJuma tau!”, marah kakaknya seorang Ustazah terkenal dalam segmen TV tempatan.

“Semua orang dalam rumah ni dapat hak diorang! Zizi rasa tak adil, Zizi menderita merintih dalam hati tak seorang pun tahu! Semua orang bebas buat apa saja. Zizi tak kacau pun duit mak ayah! Zizi guna dengan pendapatan Zizi sendiri! Salahkah Zizi berniqab, berjubah?” rayu Zizi dalam nada sedih diiringi ringtone  Haziq yang kemaruk cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham.

“Memang kau layak buat apa yang kau nak! Tapi kali ini perbuatan kau memang melampau!” gertak ayahnya sambil menghayunkan pelempang ke muka kiri Zizi. Zizi terjelepuk. Terbukti ayahnya walaupun berusia, kudratnya sebagai bekas Pegawai Memerintah yang kini menjadi Dekan menewaskan Zizi, terjelepuk di kaki ibu.

“Zizi mohon keredhaan ibu...Zizi mohon bu...” rayu Zizi pada ibu yang menangis kesedihan lantaran situasi tegang di ruang makan rumah itu. 

“Bukan ibu tak izin  Zizi berniqab. Dari dulu lagi ibu tak halang Zizi buat apa saja Zizi nak buat. Tapi sejak Zizi balik dari Russia dan mula bergaul dengan kawan-kawan baru Zizi, Zizi bukan Zizi yang ibu sanjung lagi. Zizi dah memberi satu keluarga ini aib!!”, gusar ibu dalam esak tangis.

“Apa salah Zizi bu?”, tanya Zizi dengan penuh sayu...

“Berniqab, berjilbab tu tak salah nak.... tapi yang masalahnya kau tu kami panggil Zizi. Tapi hakikatnya Sharul Azizi bin Firman tu adalah lelaki. Kau faham tak!! Malaun manalah menghasut kau jadi macam ni!!! Cepat naik tukar baju. Baik kau bagi semua pakaian perempuan tu kat ibu kau!! Mengarut betul lah kau ni Zizi. Cepat naik sebelum aku dgn Abang Long kau terajang kau!!!, gertak ayah menyedarkan Zizi dari lamunan.


Sebulan kemudian, Zizi kembali pulih menjadi seorang lelaki.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails