Pagi itu sungguh indah, pagi Sabtu yang
melegakan warga ibu kota dari kesibukan kerja. Zizi bangun pagi itu dengan hati
yang penuh ceria. Inilah saat yang dinantikan dan dia seakan tidak sabar
menantikan detik itu.
Tatkala menuju ke bilik mandi, dia memandang
riang pada bungkusan yang diterimanya petang kelmarin. Sepersalinan jubah,
tudung bawal dan niqab. Ya, niqab yang dia tekad untuk menggunakannya mulai
saat itu.
Selesai mandi, dia memperkemaskan diri sambil
mendengar lagu dari Maher Zain di dalam laptop yang digunakan sejak tamat
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Russia. Zizi tekad apabila tamat pengajian
di Malaysia, dia ingin menampilkan dirinya sebagaiseorang yang stylish dan
fashionista. Namun, niat berniqab tetap ingin diteruskannya.
Keluarga Zizi merupakan sebuah keluarga
terpelajar. Kesemua adik beradiknya lulusan dari luar negara. Ayahnya merupakan
Dekan Fakulti Sains Sosial di universiti ternama di Selatan Malaysia. Ibunya
pula merupakan aktivis sosial dan juga Pengarah di Agensi Kerajaan. Dia
mempunyai 2 abang, 3 kakak dan 2 orang adik lelaki.
Zizi pernah menyatakan hasratnya untuk
berniqab. Namun ditentang sekeras-kerasnya oleh semua ahli keluarga. Kakaknya
yang meruopakan lulusan Al-Azhar turut menafikan sekeras-kerasnya tindakan
Zizi. Sungguhpun bergelar ustazah, kakaknya sekadar bertudung biasa dan tidak
berjubah.
Zizi memberontak dalam hati. Dia tak dapat
menahan perasaan lagi. Dia puas berendam air mata menahan gejolak jiwa untuk
tampil dengan imej muslimah. Ibunya langsung tidak memahami hati nuraninya.
Mungkin ibunya takut Zizi digelar ektrimis. Tapi begitu juga dengan ayahnya,
mengugut untuk menerajangnya lantaran sikap Zizi yang ingin terus berniqab.
Zizi berhenti mengelamun. Fikirannya kusut.
Namun setelah mendengar beberapa ceramah agama di laman youtube, hatinya kuat
untuk membuktikan haknya di dalam keluarga. Apatah lagi hari ini adalah Hari
Fesyen Muslimah di Putrajaya dan seluruh ahli keluarganya akan turut sama pergi
ke sana.
Setelah mengenakan jubah indah pemberian
Shahida yang dibeli di Mekah bulan lepas, Zizi mengenakan tudung yang menjadi
kontroversi lantaran harga terlalu mahal di pasaran. Zizi tak kisah. Zizi
punyai pendapatan bulanan RM7000 ke atas setelah bekerja di firma guaman. Zizi
terus mengenakan niqab dan dia tersenyum syahdu menatap wajahnya di cermin
bilik yang dihuninya sejak berumur 4 tahun.
“Puas hati aku... Kini aku buktikan aku mampu
berniqab”, getus hati Zizi sambil berselfie dengan monopod yang baru dibelinya
2-3 hari lepas. “Sempat lagi aku nak tweet, insta dan upload dalam facebook
nih..”, getus hati Zizi lagi.
Zizi bergerak santun menuruni tangga rumah
menuju ke ruang tamu. Seluruh ahli keluarga sudah menunggu untuk bersarapan
bersama. Kesemua kaget, terkejut malahan terngaga termasuklah bibik yang dah 14
tahun bekerja di rumah itu.
Amran, anak Abang Long yang berusia 3 tahun.
Menangis ketakutan kerana tidak biasa melihat wajah berniqab. Tidak semena-mena
gelas melamin yang berisi air teh terbang menghinggap muka Zizi, menyelak terus
niqab yang menutup wajah gebunya. Balingan tepat itu datang dari Abang Long,
seorang penembak tepat dalam Unit Komando ATM.
“Sial! Ko jangan nak mencemar
nama baik keluarga! Tak pernah lagi dalam keluarga kita nak berpurdah, fesyen
muslimah bagai ....” gertak Abang Long.
“Zizi nak hak Zizi. Zizi tak peduli. Walaupun
belum ada dalam keluarga kita berniqab... Zizi nekad, Zizi nak berubah saat
ini!”, gertak Zizi kasar sambil menunjuk tepat ke arah Abang Long. Zap!!!
Tiba-tiba tudung bawal berjenama mahal itu direntap oleh Kak Chik. “ Aku ni ustazah, aku tak pedulilah
berapa harga tudung ni, tapi perangai kau ni aku tak boleh maafkan! Aku sendiri
pun tak berniqab! Apa aku nak jawab pada semua orang disekeliling aku bila adik
aku berniqab sedangkan aku masuk dalam TV bagi ceramah pun pakai tudung beli
kat Masjid India dan berebut ambik bawal ADJuma tau!”, marah kakaknya seorang
Ustazah terkenal dalam segmen TV tempatan.
“Semua orang dalam rumah ni dapat hak diorang!
Zizi rasa tak adil, Zizi menderita merintih dalam hati tak seorang pun tahu!
Semua orang bebas buat apa saja. Zizi tak kacau pun duit mak ayah! Zizi guna
dengan pendapatan Zizi sendiri! Salahkah Zizi berniqab, berjubah?” rayu Zizi
dalam nada sedih diiringi ringtone Haziq
yang kemaruk cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham.
“Memang kau layak buat apa yang kau nak! Tapi
kali ini perbuatan kau memang melampau!” gertak ayahnya sambil menghayunkan
pelempang ke muka kiri Zizi. Zizi terjelepuk. Terbukti ayahnya walaupun
berusia, kudratnya sebagai bekas Pegawai Memerintah yang kini menjadi Dekan
menewaskan Zizi, terjelepuk di kaki ibu.
“Zizi mohon keredhaan ibu...Zizi mohon bu...”
rayu Zizi pada ibu yang menangis kesedihan lantaran situasi tegang di ruang
makan rumah itu.
“Bukan ibu tak izin Zizi berniqab. Dari dulu lagi ibu tak halang
Zizi buat apa saja Zizi nak buat. Tapi sejak Zizi balik dari Russia dan mula
bergaul dengan kawan-kawan baru Zizi, Zizi bukan Zizi yang ibu sanjung lagi.
Zizi dah memberi satu keluarga ini aib!!”, gusar ibu dalam esak tangis.
“Apa salah Zizi bu?”, tanya Zizi dengan penuh
sayu...
“Berniqab, berjilbab tu tak salah nak.... tapi
yang masalahnya kau tu kami panggil Zizi. Tapi hakikatnya Sharul Azizi bin
Firman tu adalah lelaki. Kau faham tak!! Malaun manalah menghasut kau jadi
macam ni!!! Cepat naik tukar baju. Baik kau bagi semua pakaian perempuan tu kat
ibu kau!! Mengarut betul lah kau ni Zizi. Cepat naik sebelum aku dgn Abang Long
kau terajang kau!!!, gertak ayah menyedarkan Zizi dari lamunan.
Sebulan kemudian, Zizi kembali pulih menjadi
seorang lelaki.
1 comment:
bujibai. ingat ompuan kacak tek, duhal pondan...
Post a Comment