Saturday, March 21, 2009

We are SCOOTERIST Family!



Kamek urang adalah famili Scooterist! Kenak padah macam ya? Sebab nektok semua mek urang beradik jadi scooterist.

Dijadikan cerita, aku bermula dalam dunia motosikal tok start Form 1 dolok. It's start when ayah ajar aku mbak nya pun Yamaha 88 dan sejak ya aku berkecimpung dalam dunia motosikal tok. Dahya ayah trade-in moto ngan Yamaha SS (First Edition). So, sejak dari ya aku semakin selalu mbak motosikal.

Hinggalah sampey satu tahap, aku kantoi sebab mbak moto Pakwak aku (Yamaha Sport) dan time ya aku kenak saman polis. Peristiwa ya berlaku dalam tahun 1997 marek. Zaman ya mun kenak saman underage, jawapannya adalah perbicaraan di mahkamah. Perit mena aku time ya. Secara automaticnya ayah yang masa ya masih dengan sifat violence dan panas barannya ban aku dari pakey motosikal until umur aku 16. Bayangkan aku diperintahkan mahkamah berkelakuan baik selama 18 bulan. Yang menakutkan, sekiranya siasatan dari panel yang in-charge kes aku ya dapati aku tok bermasalah, hukumannya adalah ke Henry Gurney School!

Mak aih! Bahaya kali jak, maka kesalahan trafik siklah sampey nak hantar ke Boy's Home. Mak masa ya nang susah ati sebab nya sik dapat bayangkan aku yang bagus perangey (hihihi) dihantar ke Boys Home just kerana kesalahan trafik. Masa peristiwa saman ya berlaku, aku yang ingkar ngembak moto ke pasar walaupun sekda lesen. Ya hanya kerana aku malas maok jalan kaki untuk tukar pusuk burok yang dibeli rah pasar.

Mak pernah padah, mun aku masok Boys Home, for sure aku akan jadi jaik sebab yang ada dalam ya semua yang berperangey jaik. Syukur Alhamdulillah aku lepas dalam hearing di Mahkamah Majistret Betong on the February of 1998. Ya berkat kerana laporan akademik dan tinjauan perangey aku di kampung dan sekolah. Ya lah tek, best student masok court setegal kes ya. Aku time ya sekolah di Kolej Tanjong Lobang terpaksa mintak leave ke Betong just to attend the hearing. Sekurang2nya aku cerik juak rasa dibicarakan.


Moto ayah yang aku dah modified in 1999. Lepas jak SPM alu modified. Spray dikpun. Noted sik tayar sotong ya.

Yah, melalut dah aku. Sebelum menceburi dunia scooterist, mak lah yang pertama pakey scoot. Ayah beli Suzuki V100 sebab time ya motosikal Yamaha SS ya aku mbak pergi ke UiTM in 2000. Sik sampey beberapa bulan di UiTM, moto ya di trade in ke Yamaha SSII dan start dari siyalah aku memiliki motosikal sendiri.

Maok dikatakan boros dan gila berbelanja juak aku dengan motosikal tok. Ada jak nak diubah. Bak kata ayah "Orang Jepun memang tak pandai buat motosikal, sebab tu orang Malaysia ni terpaksa modified", padah ayah and aku tersengih jak. Dahya aku modified juak. Zaman ya tauk jak, femes pakey tayar sotong. Aku nang sik terkecuali. Pakey Michelin 2.00. Dahya wujud gik trend pakey rim sport. Zaman ya rim 3 bintang nang kontroversi tapi aku beli juak walaupun reganya sampey RM380.


Toklah my previous SSII yang aku sayang gilak!

Sampey ke satu tahap ayah fedap nya pernah padah, "Kalaulah ade jual part motosikal ni satu-satu dalam kotak, bagus ayah belikan satu2 supaya senang korang nak modified." Hahaha. Tersengih jak aku. Nang banyak juak duit ayah abis bila aku main motosikal tok. Last2 Yamaha SSII ya berkecai selepas kenak tempoh Land Cruiser rah Tabuan Park.

In the same time aku pakey Yamaha SSII, ayah telah bermurah hati sambung bayar motosikal yang arwah Pak Udak belikan untuk si Ebby. Pada hakikatnya motosikal ya nang milik ayah sebab masa ayah take over motosikal ya, ayah terpaksa overhaul balit sebab kondisi nya dah terok. Sampey ayah abis bayar motosikal ya. Moto ya dipakey ayah di kampung.

Just after aku eksiden ya, ayah pun hantar motosikal SSII ayah di Kuching and motosikal lamak aku ya ayah jual bangkeynya ngan Ah Sai RM 700. Sampey nektok Ah Sai sik bayar. Dahya aku pun pakey SSII ayah sampeylah satu tahap aku habis almost RM800 untuk refurbish moto ya. Puas ati juak sebab akhernya moto ya nyaman dipakey.


Moto ayah dalam jagaan aku di Kuching, aku tukar semua jadi baru.

Raget sik SS II tok. Lepas beli scoot, ayah pakey balit motosikal nya.

Sampey satu tahap, aku padah ngan ayah aku mok beli scooter. So, ayah dengan murah hatinya belikan dan pada mulanya nya maok trade in moto SSII ya. Memandangkan aku dah upgrade dan bikik moto ya, aku padah iboh. Sak ayah ada moto di kampung. Akhernya nya setuju dan motosikal ya dimbak balit ke kampung.

Start dari ya lah aku menceburkan diri dalam dunia scooterist tok dan pesan ayah sik juak ku lalek. "Jangan modified scooter ni pulak", kata ayah lepas ku beli Nouvo Disember 2006. Nang palak deras juak aku tok. Akhernya scoot aku pun transform and syukur Alhamdulillah, nya menjadi semakin bait dan kacak.

My recent pose dengan Nouvo di Sri Aman minggu lepas.


Scoot toklah di aim dah traffic.


Underbody Lighting


Angle Eye... Rasa macam Eagle Eye BMW juak! Chit Poorah!


This is my Nouvo!

Selepas ayah meninggal dunia, moto SSII ya aku serahkan pada Ibab a.k.a Shafixx dan secara rasminya jadi "Moto Ibab". Nang banyak juak duit abis maok upgrade moto ya. Sayangkan adik bah. Moto tok nang deras dan aku pun sayang juak moto tok sebab pernah jadi "Moto Ayah" dan "Moto Aku".

In the same time, last year Angah a.k.a Noure pun start beli Yamaha Ego walaupun nya ya sekda lesen. Ya dasyat gik, Ego yang asalnya warna putih ya, hari beli ya terus spray warna purple. Aku dipejalnya ke Sarikei meli effect Pearl Pink untuk scoot nya ya. Akhernya scoot ya dalam keadaan baru berwarna Purple Pink. Mula dari yalah miak di Debak tok gago nak modified moto juak. Peniru! Semua warna purple. In the mean time, aku juak ngabis duit kacakkan Ego Roxy Angah tok. Tapi best juak sebab masa ya aku lom ada kerja dan di rumah ada Suzuki V100, Nouvo dan Ego.

Mbak scoot pun badannya senget juak!

Apa ndak dibeli nya ya kah?

Scoot tok recently di Samarahan!


Caught ketika merempit balit dari UiTM


Yerdeh, ambik lap rah bulatan ngutik ya!

Nektok Nouvo aku di Sri Aman dan last month setelah mengambil kira beberapa faktor dan isu berbangkit, mek urang decide trade in Yamaha SSII Ibab ya dan Ibab yang dalam dilema masa ya pilih untuk ambik EGO-S juak. Jadi nektok ada 4 scoot dalam family mek urang. Yang bestnya scoot ibab tok macam kisah aku dan Angah, First day nya dah rip-off semua sticker dan pasang new back suspension. So, aku pun suka juak menerjunkan diri aku modified scoot Ibab.


Saat terakhir moto tok dimiliki Ibab.

Sayang juak moto tok tapi sekda kesudahan kisahnya..


Shafixx a.k.a Ibab yang rasa diriknya best!


Sukalah ada scoot baru! Dah plan mok spray juak!

Lately, Mak Ngah pun mengamanahkan Mak jaga scoot Modenas Ceria nya. Jadi secara automatic walaupun masih scoot Mak Ngah, mek urang patut jaga, serves dan make sure scoot ya dalam keadaan terbaik. Memandankagkan scoot V100 ya dah dipakey oleh Siddeq turun sekolah, so mak yang pakey scoot Ceria Mak Ngah ya.


Toklah scoot Mak Ngah, masa aku ngan Shafixx lepak rah hutan belakang rumah.

Aku juak yang pakey scoot Ceria. Ceria sik muka ku?

Cerita tentang si Siddeq tok, nya nang tauk pakey jak scoot ya. Sukati nya radak. Ney ndak, pagi-pagi kak start alu terus pecut pergi sekolah. Nak dijadikan kisah, mak berik keizinan nya pakey scoot tok setegal ariya before ayah pergi.... Ayah dah janji mok belikan Cdeq basikal. So, time bithday nya mek urang pun belilah basikal yang ayah dah servey untuk Cdeq. Sik sampey 2 minggu, ndak alah2 tayar basikal ya meletup sebab Cdeq nakkah besar. Baruk jak Form 1 time ya. Alulah mak decide nyuroh nya mbak scoot jak pergi sekolah. Tapi scoot ya di park rah school mak dan nya jalan kaki dari sekolah mak ke sekolah. Lucu bah!


Cdeq dengan scoot V100 nya...

Adik aku tok baruk jak Form 2

Yalah kisah famili scooterist tok. Siddeq dengan Suzuki V100 (scoot asal mak mpun -QRB 678). Aku dengan Yamaha Nouvo MX aku ( QAG 7812). Angah dengan Ego ROXY nya di Samarahan nun (QRE 678), Ibab dengan scoot Vanguard Ego nya (QSR 2390) dan mak terus menjada scoot Ceria Mak Ngah (QSK 1206).


Logo wajib pada scoot aku dan Ibab. Comel bah bear Yamaha tok!

Right now ada sigek moto klasik di rumah mek urang. Honda Hawk 145 Limited. Ayah beli dari orang kampung hanya kerana nya suka number plat 6D (6D 6344Q). Hahaha. Bagi yang sik tauk ya adalah plet unik selain 7D kerana 6D adalah plet lamak bagi Sarikei, 6th Division. Plet tok ayah nang suka gilak2. Honda Hawk tok masih berfungsi dan satu jak keistimewaan moto tok. Nya nang original bising!

Yalah, mudahan rezeki family mek urang sentiasa murah walaupun ketiadaan ayah gik din fana tok. Aku target mok beli elegan gik kaktok. Nambah kolesi scoot dan nambah beban utang!!

Scooterist Inc.

We Are Scooterist Family!

To be updated soon..
:inlove:

Friday, March 20, 2009

Ayah :: Dalam Lipatan Memori Bahagian Betong


Hari tok tek aku neman mak pergi confirm tentang status company untuk Program Gerak Usahawan Negeri Sarawak di Bahagian Betong. So, mula-mula aku ngan mak pergi ke District Office untuk uruskan sedikit hal kompeni. Sebenarnya our family company dipertanggungjawabkan ke atas nama Angah sebab nya jak yang sik kerja. So, kebetulan aritok aku ngan mak pun cuti, so we head to Betong to resolve this matter.

Dipendekkan cerita, kelmarin, ada seseorang just tell my mom that nya tertangga gambar arwah ayah di Residence Office. So, untuk memastikan kesahihan cerita tersebut, lepas jak selesai urusan di District Office, aku ngan mak pun terus ke Residence Office to search for long lost memories.

It's true. Just at the entrance of Residence Office, pandangan terus terpacak pada satu imej, YAB Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada pelancaran GIATMARA Betong. Sejuk hati aku tangga gambar ya, nama ayah terpampang di dada baju korporat ayah. Aku bangga sebut nama ya, AZAHARI. Yup! That's my dad! (Aku harap aku sik riak)


Toklah imej yang dianggap sebagai salah satu titipan sejarah rakyat di Betong.


Ayah masa ya adalah Pengurus di GIATMARA Betong dan gambar ya diambil bersama Pengarah Mara Negeri Sarawak (If I'm not mistaken lah)... Mak meluahkan rasa bangganya pada ayah dan mek duak pun terus bercerita betapa besarnya ertinya gambar ya kepada hidup kamek urang sekeluarga. Betapa terharunya tangga gambar ya dan ya polah kamek urang lebih teruja mengejar makna hidup dan mencari kebahagian sekeluarga.


Mak pun maok abadikan kenangan ngan gambar tok.


"Tiada apa yang ayah tinggalkan untuk korang semua tapi ayah cukup bangga ada anak macam korang semua. Semoga korang dapat hidup berbekalkan ilmu dan didikan agama. Ayah tak pernah puas dengan apa yang ayah lakukan pada korang sebab walaupun ayah rasa korang terbaik, ayah inginkan yang lebih dari tu..." - Ayah, 23 Mei 2007

Budaya Terima Kasih

:woooh:

Budaya Terima Kasih adalah satu budaya murni yang tersemat dalam kehidupan masyarakat Timur. Tapi adakalanya budaya terima kasih tok benar-benar menjengkelkan.

:galit:

Kenak aku padah macam ya? Huhuhu, aku rasa Rusty dan GreenArmy pun akan setuju dengan hujah aku tok. Let say you are running a photography company and your job is to take picture and of course, all of your resources adalah datang dari perolehan bisness ya. Apa yang akan jadi bila kitak urang tek lelah-lelah shoot photo, then burn dalam cd and then sidak just madah, "makseh oi!". Sapa sik panas ati nak.

:sakit:

Macam ya juak dalam kehidupan aku sebagai juruteknik komputer satu ketika dolok. Kita tek bersengkang mata just to finish the job, then suddenly the owner of the pc/laptop just come and fetch thier stuff and saying.. "Makseh eh."

:sobrakana:

Budaya terima kasih dalam masyarakat kampung tok sik dapat dielak. Bukan sik maok amal jariah tapi hakikat yang sebenarnya nektok, sik semua benda free, sik semua benda macam nekan butang on rah washing machine. On more things that picture the villagers ialah polah kerja instant. Pagi tek adalah makcik ya kamboh agak ke rumah madah anaknya maok ambik gambar passport untuk apply polis. Nya maok gambar ya siap kinek2 jak. O makcik! Kedey Cina pun sekpat polah macam ya. Everything that's express is expensive! Tok sampey ke petang gambar ya sik diambik. Panas ati ku tok.

:ayokona:

Berbalit ke Budaya Terima Kasih ya, mak aku pun mengalami masalah yang serupa. Yalah, nya selalu di"suruh" polah hantaran tetapi sekadar ucapan makseh jak. Sekda pun nak bayar. Tapi nya sik kisah hingga sampey tahap ada yang x pandey ucap terimak kaseh pun. Paling teruk, pengilan pun sik dijemput. Hampeh!

:tsk:

Budaya Terima Kasih tok sekpat diamal mun hidup berbisnes di kampung. Apa sidak ingat power ayat "mintak tulong" ya means free kah? Sori oi. Mun workmate, soulmate, student or non-biological sister aku sik kisah. Tapi part orang yang just pandey ucap terimak kasih tanpa menghargai kesukaran kita menyelesaikan kemashalatan sidak ya... Aku absolutely sik setuju.

:sigh:

Apa makseh-makseh! Aku bukan kerja welfare. Aku earn kemahiran dan peralatan bukan bantuan welfare!

:scream:

"Orang tangga kita hidup senang orang fikir kita mampu, tapi orang sik fikir betapa susahnya kita maok pastikan kehidupan kita senang."

Thursday, March 19, 2009

Aku Hypertension

:ayokona:
Aku Hypertension!


Lately aku selalu gilak pening palak and mengalami kemurungan. Maybe aku banyak gilak kerja sehingga aku lupak take care dirik aku mpun. So, starting marek sampey this weekend, aku cuti panjang untuk rehatkan minda dan tenangkan fikiran.

:sleep:

Last week aku gago cover job di Batang Ai for Program Giat Dekat Rakyat. Nang exhausting gila sebab sik tentu tidur dan ditambah dengan workload yang sik pandey surut.

Sampey nektok aku terpaksa prepare such thing as:
  • Presentation to YAB TPM / YB MeCD Minister dalam program pecah tanah GIATMARA Lubok Antu
  • Preparation untuk Pra-Pertandingan Kemahiran Malaysia GIATMARA Sarawak on this 26th March
  • Preparation for Inovation Project Proposal untuk Pertandingan Inovasi Sarawak
  • Preparation untuk Projek Inovasi GIATMARA Malaysia
  • Urusan Latihan Praktikal
  • Asset Tagging
  • Filing System
Nang patut juak palak ku rasa maok pecah. Langkah aku ambik cuti nang patut juak sebab sepanjang tahun tok baru nektok aku cuti.

:scream:

Atas dasar aku sayang ngan dirik aku mpun, aku pun pergi ke panel clinic and after polah checkup, doctor find that aku kenak symptom HYPERTENSION dan aku need to take some medicine and some rest. Fuh, dah kenak penyakit dah aku nektok. Ada saraf sebelah kiri palak aku kembang dan in the same time polah aku migrain.

:tsk:

Patutlah aku selalu murung dan menyendiri. Harapan aku supaya aku dapat perform kerja aku dengan bait after this weekend. Amin.

Sunday, March 15, 2009

Andai Tiada Lagi Esok Hari

Malam tadik masa ku drive back from Sri Aman, aku terpaksa berenti banyak kali just to make sure I'm fit enough to drive balit ke Debak. Dalam masa aku drive bermacam-macam perkara bermain di mindaku. Andailah ditakdirkan aku eksiden dalam perjalanan balit, agaknya apa yang akan jadi dalam kehidupan orang-orang disekelilingku? Apa yang akan terjadi dalam mhidup mereka yang aku sayangi andaikata ku pergi meninggalkan segala apa yang ada di dunia ini.

Aku keep wondering, sapa yang bena2 jadi sahabatku saat ku pergi tinggalkan dunia ini. Siapakah gadis yang benar-benar menyintaiku saat mnegetahui bahawaku telah tiada lagi? Siapakah sepupuku yang akan rasa kepergianku satu kehilangan? Bagaimana dengan ahli keluargaku yang pastinya terkejut dengan kehilanganku? Siapa pula yang akan take care all of my student?

Aku terus keep wondering, adakah cukup segala amalanku? Sepanjang usia, aku cukup berterima kasih dengan kehadiran Chenta Hatiqu kerana menjadi satu cahaya mengubah keadaan diriku dari kejahilan dan kebobrokkan dunia. Aku pernah hanyut dalam dunia tanpa pedoman. Thanks sayang, mungkin diriku belum jadi yang terbaik untukmu.

Maafkanku sayang andai sepanjang usiaku ku mengguriskan hatimu. Aku bukan yang terbaik untukmu masa ini. Ku doakan agar kau dapat kecapi segala cita-cita dan impianmu andai usiaku termaktub sampai disini.

Terlintas jua fikiranku kepada Mudin, sahabat lelaki yang paling akrab dan tempat aku mengadu segala permasalahan hidupku. Mudin, mun aku dah sekda, aku harap ko dapat temui cinta yang sejati dan dapat menjaga ko dengan bait.

If I die, siapakah yang akan take care Kelisaku. Siapa yang akan jaga Nouvoku? Siapa yang bisa menjadi rujukan adik-adik angkatku? Siapa yang akan menggunakan semua pakaianku? Siapa yang akan menjawab kepada dunia tentang ketiadaanku? Bagaimana pula dengan blogku?

Ah, perasaan aku nang sik tenteram dan hingga masa ku nulis blog tok ku rasa lain jak kenak aku berfikiran sedemikian. Moga Allah berikan lagi ku kesempatan memperbaiki diriku ini....

Monday, March 9, 2009

Rindu...

Rindu hadir lagi setelah lama aku memendam rasa mencari satu ketenangan. Sik ku mampu meneruskan ego aku dalam kehidupan tanpa kehadiran Chenta Hati disisi. Bibit perkenalan dahulu sedikit sebanyak menerjah dalam minda melakarakan satu episod berpanjangan tentang jalinan cinta yang sekian lama terbina.

Kini, segalanya mula berubah setelah aku tinggalkan uni suautu ketika dahulu dan biarkannya keseorangan menuju impiannya, terseksa kerana halusinasi dan bayangan diriku. Sepanjang masa air mataku turut jatuh tatkala mengenangkan betapa kejamnya aku membiarkan cinta kesunyian mencari teman dan kekuatan.

Maafkan aku cinta, aku tak bisa memahami hatimu kerana kau berlainan dari segala gadis yang pernah ku kenali. Hatimu sukar dibaca. Ya, rindu itu kembali lagi menerjah lubuk hati ini. Apakah masih ada cintamu untukku? Soalan itu kembali bergema sekian lama membuatku tak pasti apakah ada bibit cinta lagi? Tapi ku pasti dan yakin bahawasanya cintamu tetap ada untukku... Sentiasa ada dan tak pernah berhenti mencinta...


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com



I can never really tell you why
I've been missing you a lot
And I just have to take another look of your photo in my wallet
And there's no reason why I keep your tshirt by my side when I sleep
Pretending you were never really gone

Its like a missing star that always ends up in your sky
Its like the rainbow never comes after the rain
Its like the sun never rises in every of your morning
How am I supposed to live without those things
they are all you

Saturday, March 7, 2009

Syurga Cinta

Syurga Cinta...




That's something makes me fell very depressed lately

Wednesday, March 4, 2009

Kecewa dan Kesal

aku rasa kecewa n kesal sebab aku antar keta ku spray ngan urang yang sik tauk beza antara dah bayar or lom bayar

riya masa cuaca bagus sik mok polah keta ku.. macam2 jak alasan.

tok bila ku antar keta, aku ujan hari, alu nya gago mok pegi bintulu lah so whatever!

aku sakit ati!

Tuesday, March 3, 2009

PPSMI :: Pendekatan Pemusnah Identiti

Regarding issue yang diketengahkan oleh Ahmoi Chantek di blognya... Ada satu perkongsian ilmiah yang aku mok ketengahkan dalam konteks PPSMI dari padangan peribadiku.

Lewat mengetahui, kerajaan dengan lantang menyuarakan keberkesanan English dalam pembelajaran Sains & Matematik. Signifikannya, isu tok membawa kepada satu benchmark yang tak teratur dalam hierarki ilmu pengetahuan.

PPSMI sebenarnya menyusahkan. Sebagai contoh, seorang anak yang sedang belajar dalam Sains Tahun 2 bertanya kepada ibunya yang pintar tetapi tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Mak, apa maksud tok;"We need air to breath", dalam lidah brokennya. So, maknya yang sebenarnya tauk serba sedikit tentang sains dalam Bahasa Melayu akan jadi kekok dan sukar nak terangkan sesuatu ilmu kerana kekangan bahasa.

Ya, memang UPSR tahun lepas menunjukkan peningkatan dalam Sains dan Matematik. Pada saya, saya tidak percaya ianya adalah pencapaian sebenar kerana ada kemungkinan segelintir pihak memanupilasikan suistem gered agar ramai yang mempunyai gred A. Jadi, wujudnlah golongan pelajar 5A yang tidak berkualiti.

Mula dari tahun satu sidak dah start belajar dalam bahasa English. Si cikgu yang bersemangat pun masok ke kelas. "Good Morning student! How are you today? Have you taken your breakfast?"soal cikgu bila masuk ke kelas. Kalau di bandar rasanya ramai nembiak yang akan jawab persoalan dari cikgu tok. Tapi lain keadaannya di luar bandar. Cobalah polah macam ya.. Alamatnya kitak urang tangga student nok darjah satu tok semua melopong sebab sik faham apa dikelaka cikgu.

Pengaruh bahasa ibunda yang kuat akan menyukarkan lagi proses pembelajaran. Mungkin pihak di Kementerian tak pernah meneliti pengaruh bahasa ibunda kepada pembangunan ilmu. Contoh paling jelas di Debak, tidak semua pelajar Melayu mampu lulus bahasa Melayu. Sedangkan pertuturan dalam Bahasa Melayu. Apatah lagi English dan Sains serta Math dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan dialek ibunda dalam pertututran sedikit sebanyak mencacatkan perkembangan pendidikan. Contoh paling jelas, "How are you Ricky?", soal cikgu pada student darjah 2 berbangsa Iban. "Hmmm, ndak nemu kami nama dijakuk cikgu,"jawab Ricky dengan rasa rendah diri.

Jadi isunya sekarang, apakah kerajaan sedar bahawa pendidikan awal dirumah dapat pastikan pelajar sekarang tok dapat kuasai English dengan baik. Apakah pulak kualiti cikgu-cikgu tadika dan pra sekolah dalam usaha membentuk persona yang ada pemahaman English yang baik?

Dan seingat aku, aku sik perlu belajar dalam Bahasa Inggeris sejak dari darjah 1 untuk sekadar faham apa itu ilmu sains. Suautu hari elak, masyarakat takkan kenal lagi hati kerana lebih faham hearts dari hati. Love dari cinta dan takkan kenal lagi erti nenek dari nanny...

Sunday, March 1, 2009

Lima Sen...

Diolah dalam Bahasa Melayu Standard.

Yah! Lima sen. Ada apa lima sen pada anak-anak sekarang. Dulu, mungkin bernilai. Sekarang kalau korang jumpa pun lima sen atas lantai, mungkin tak ade yang akan ambil.. Kisahnya waktu aku minum dengan Angah di Family Cafe di Jalan Haji Taha. Bila ku terpijak satu kepingan timah, aku sedar, ianya adalah syiling lima sen. MasyaAllah, rezeki ni. Mana boleh amku tak ambil. Kalau aku jumpa satu sen pun atas lantai aku akan kutip. Mesti sesuatu yang unik pada duit lima sen pada kehidupan aku kan?


Aku tak cerita hal 5 sen Indon...


Ni lah 5 sen yang signifikan dalam hidup aku

Ianya berlaku 18 tahun yang lalu di Taman Desa Wira. Masa tu aku masih lagi sekolah rendah, darjah tiga. Believe or not, aku waktu speatah haram pun tak reti nak cakap bahasa Sarawak. Dalam waktu petang, lepas asar, aku pun mudar mandir pakai basikal warna hijau pusing taman. Zaman tu mana ada istilah rempit. Dalam khayalan aku, aku ibaratkan aku seorang pelumba di trek motosikal. Memang boleh tahan kenakalan aku zaman dulu.


Dulu aku teringin ada basikal sendiri masa sekolah rendah. Tapi tak tercapai sebab tak mampu. Ada pun basikal, recycle dari yang orang buang.

Jadi bila dah boring pusing satu taman, aku pun balik rumah dan terjumpa dengan sekeping duit lima sen. So, tanpa rasa malu dan segan, aku pun pecut pergi kedai pakcik jual cucur pisang. "Pakcik, saye nak beli goreng pisang," kata aku dengan lidah Semenanjung yang kuat. "Berapa posen nak beli?", tanya pakcik tu kat aku. "Lime sen je pakcik," ujar aku dengan rasa konfiden. So, pakcik tu pun dengan baik hatinya bagi aku satu slice cucur pisang dengan sos sekali.


Muka aku selambe kodok jer order cucr pisang 5 sen..

Aku yang rasa hepi sangat masa tu taklah sedar mata aku dok diperatikan oleh kawan-kawan ayah yang on the way nak main takraw. Punyalah syok aku, terus pergi gelanggang sepak takraw nak tengoh ayah main takraw. Pastu, member ayah aku pun datang kemudian inform kat ayah aku yang diorang tengok aku beli cucur pisang 5 sen. Punyalah melenting ayah aku masa tu kat aku sebab bagi malu die kat depan kawan die. Pastu die pun terus bagi aku duit seringgit and beli lagi cucur pisang tu balik dan bawak terus makan kat rumah.

Balik je ayah kat rumah, terus die sound aku. "Ko ni bagi malu ayah betul! Satu taman dah tahu ko beli cucur pisang 5 sen," kata ayh dengan penuh barannya. "Kalau nak beli, mintak duit. Jangan bagi malu ayah!", sambung ayah lagi. So, aku pun diam jer sebab kalo aku balas sepatah memang percuma kena pelempang. Sejak dari hari tu, aku malu nak beli cucur pisang kat kedai pakcik tu.

So, bila aku ingat balik kisah 5 sen tu, aku dalam masa yang sama menginsafi kedaifan keluarga kami masa tu. Punyalah kami yang hidup tak seberapa, aku nak mintak duit belanja dari ayah pun, jadi takut. Kitorang hidup susah. Walaupun mak cikgu, dan ayah masa tu dah naik pangkat Staf Sarjan (Army), kitorang tak pernah rasa kehidupan yang mewah. Ini buat aku realize kenapa akhirnya kami sekeluarga dapat hidup dalam keadaaan tekanan kerana kitorang puasd hidup sekat makan.

Sampai sekarang pun, kalau aku jumpa syiling 5 sen atau syiling lain, aku akan kutip dan simpan dalam poket. Kerana aku sedar, dengan 5 sen itulah aku berada di tempat ini sekarang. Apapun, ianya secebis memori yang lucu dan dalam amsa yang sama, mengingatkan aku betapa kita harus bersyukur dengan segala nikmat pemberian Tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails