Terdapat 3 asal-usul mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu:-
1) Berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.
Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera (dan sesetengah sumber lain juga menyebut Semenanjung Tanah Melayu). Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).
Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang Putera Raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sini dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).
2) Keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).
Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.
3) Berasal dari Bangsa Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.
Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.
.. bersambung
16 comments:
wah... interesting.. bagus2.. mun versi nok dpt oleh ku lain ikit hehehe..
gik meneruskan kajian tok bro
Bang,Sue tok.Bkn geng2 cdak abang-dayang dari geng2 bangsawan dari indon ka?Geng2 cdak awnag-dayang bok dari brunei.Mun xsilap la...Lak ngecheck gik rah source yg kmk pnh baca dolok.
salah semua tu... kalau nak tahu asal usul melayu srwk.. email aku isqandar23@yahoo.com
salah tu .. kalau nak tahu cerita asal usul srwk email aku k isqandar23@yahoo.com
golongan per'abang'an di Sarawak ada 2, seperti berikut:-
1. Keturunan dari Datu Merpati Jepang @ Raden Adipati Jepang yg dtg sekitar abad ke 12. Yang lelaki pakai gelar 'abang', yang perempuan 'dayang'. Kebanyakan keturunan ini berada di kawasan Kuching.
2.Keturunan dari Dato Godam @ Raja Omar dari Minangkabau yg dtg ke Saribas tahun 1690. Yang lelaki pakai 'abang', yg perempuan 'dayang'. Susur galur ini maseh boleh dijejak hingga hari ini dgn mudah & makam Dato Godam sendiri ada di Saribas.
3.Yang berketurunan Brunei pula menggunakan gelaran 'awang' bagi lelaki dan 'dayang' juga bagi perempuan.
Jadi terdapat dua keturunan berlainan yg pakai gelaran 'abang/dayang' iaitu dari Datu Merpati dan satu lagi dari Dato Godam. Datu Merpati & Datu Godam pula tiada kaitan atau pertalian, mereka juga hidup dlm zaman yg berbeza.
sekian, harap ini dapat memberi gambaran lebih jelas.
assalamualaikum
kebanyakan kajian asal-usul melayu sarawak lebih kepada datuk merpati jepang. Ini disebabkan golongan ini lebih dahulu datang ke sarawak.
tetapi semasa berlaku pergolakan di Indonesia semasa era kolonial belanda, ramai pelarian politik dari wilayah2 indonesia datang ke sarawak. mereka ini golongan bangsawan tetapi menjadi orang biasa apabila berada di sarawak. boleh dikatakan golongan ini datang ke Sarawak akhir kurun ke 19 atau awal kurun ke 20. golongan ini agak kurang menonjol tetapi masih mengenali saudara-mara di Indonesia terutamanya di Kalimantan. Saya rasa majoriti yang ada pada hari ini adalah generasi ke-4 an dan ke-5 dan ke-3. dalam sesetengah kes generasi kedua... Sebagai contoh, saya adalah generasi ke-3 yang dilahirkan di Sarawak daripada golongan ini.
sekian untuk makluman sahaja
salam..kalau nak tahu..abg dayang tu mmg asal dr keterunan merpati jepang..sbbnya keterunanya mmg wujud kat perkampungan no.6 or kat jalan ajibah bol kat kuching nie..sng cita, kat area kpg dekat satok tu..pastu...awang dyg mmg dr keterunan brunei..itulah bezanya awang dyg dan abg dayang...
bnyak la punya keturunan.tapi ada gak yg masih d sembunyikan
Coba cari youtube kebudayaan Sambas. Kerajaan Melayu Sambas bermula pada kurun ke 17 oleh Sultan Tengah, saudara Sultan Brunei. Putera raja memakai gelaran Raden. Ada pengaruh Melayu Johor tua dan semestinya Lain lain dari Nusantara. Kesultanan Brunei ada dari Nusantara, yang org Melayunya ada berhubung kait dengan Mesir Purba dan Yahudi kuno melalui bahasa dan tulisan Rencong.
Melayu Sarawak bukan asal Sarawak... Semua dari Indonesia datang naik kapal.... Orang Asal Sarawak ialah masyarakat Dayak..
Sumber dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional... Masyarakat Pribumi Sarawak isalah Dayak dan Orang Ulu, Sabah ialah Kadazan Dusun Murut... Masyarakat Melayu asalnya dari Sumatera, Jawa dan kepulauan2 di indonesia yang berhijrah ke sabah dan sarawak
Asalamualaikum.
Boleh dikatakan Melayu=Melanau=Jawa=Tausug, kerana sidak tok adalah dari keturunan isteri ke 3 Nabi Ibrahim, iaitu Siti Keturah. Antara lagenda terkenal ialah Raja Perehu dan Permaisuri hati.Sik ada bezanya melayu tok sebenarnya. semuanya sama, cuma terpisah oleh tempat, kerana bangsa melayu terkenal dengan perantauan dan pelaut terkenal.
gney mun keturunan wan, tunku, syed, sharifah????
Rami turunan Syed, Wan Sarawak tok orang Arab ngakuk sidak turunan Nabi SAW. Tetapi mungkin rami ya hanya pedagang Arab dari Hadramaut (kinek tok Yaman/Oman). Yang nyata rami sidak tok (dolok lah, kinek tok kong kalikong juak cam urang lain)nang asal Arab yang kuat megang agama, daerah ya ngeluar rami alim ulamak.
Ada juak tambi Islam yang makey gelaran Syed tapi sik ada kenak mengenak dengan susur galur turunan Arab langsung. Mun nya belit kuat gilak kelakar nya bunyi tambi, maka lebih tambi geremet dari Arab. Sah bukan syed totok.
salam... dari putrajaya. melayu sarawak terutamanya di bahagian kuching.. ade yang berpendapat mereka asalnya dari semananjung yang sepertimana sye ketahui.. dan untuk penghatuan .. sabah memang tiada bangsa melayu. melainkan.. dari brunai.. tq
Post a Comment