Tuesday, March 3, 2009

PPSMI :: Pendekatan Pemusnah Identiti

Regarding issue yang diketengahkan oleh Ahmoi Chantek di blognya... Ada satu perkongsian ilmiah yang aku mok ketengahkan dalam konteks PPSMI dari padangan peribadiku.

Lewat mengetahui, kerajaan dengan lantang menyuarakan keberkesanan English dalam pembelajaran Sains & Matematik. Signifikannya, isu tok membawa kepada satu benchmark yang tak teratur dalam hierarki ilmu pengetahuan.

PPSMI sebenarnya menyusahkan. Sebagai contoh, seorang anak yang sedang belajar dalam Sains Tahun 2 bertanya kepada ibunya yang pintar tetapi tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Mak, apa maksud tok;"We need air to breath", dalam lidah brokennya. So, maknya yang sebenarnya tauk serba sedikit tentang sains dalam Bahasa Melayu akan jadi kekok dan sukar nak terangkan sesuatu ilmu kerana kekangan bahasa.

Ya, memang UPSR tahun lepas menunjukkan peningkatan dalam Sains dan Matematik. Pada saya, saya tidak percaya ianya adalah pencapaian sebenar kerana ada kemungkinan segelintir pihak memanupilasikan suistem gered agar ramai yang mempunyai gred A. Jadi, wujudnlah golongan pelajar 5A yang tidak berkualiti.

Mula dari tahun satu sidak dah start belajar dalam bahasa English. Si cikgu yang bersemangat pun masok ke kelas. "Good Morning student! How are you today? Have you taken your breakfast?"soal cikgu bila masuk ke kelas. Kalau di bandar rasanya ramai nembiak yang akan jawab persoalan dari cikgu tok. Tapi lain keadaannya di luar bandar. Cobalah polah macam ya.. Alamatnya kitak urang tangga student nok darjah satu tok semua melopong sebab sik faham apa dikelaka cikgu.

Pengaruh bahasa ibunda yang kuat akan menyukarkan lagi proses pembelajaran. Mungkin pihak di Kementerian tak pernah meneliti pengaruh bahasa ibunda kepada pembangunan ilmu. Contoh paling jelas di Debak, tidak semua pelajar Melayu mampu lulus bahasa Melayu. Sedangkan pertuturan dalam Bahasa Melayu. Apatah lagi English dan Sains serta Math dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan dialek ibunda dalam pertututran sedikit sebanyak mencacatkan perkembangan pendidikan. Contoh paling jelas, "How are you Ricky?", soal cikgu pada student darjah 2 berbangsa Iban. "Hmmm, ndak nemu kami nama dijakuk cikgu,"jawab Ricky dengan rasa rendah diri.

Jadi isunya sekarang, apakah kerajaan sedar bahawa pendidikan awal dirumah dapat pastikan pelajar sekarang tok dapat kuasai English dengan baik. Apakah pulak kualiti cikgu-cikgu tadika dan pra sekolah dalam usaha membentuk persona yang ada pemahaman English yang baik?

Dan seingat aku, aku sik perlu belajar dalam Bahasa Inggeris sejak dari darjah 1 untuk sekadar faham apa itu ilmu sains. Suautu hari elak, masyarakat takkan kenal lagi hati kerana lebih faham hearts dari hati. Love dari cinta dan takkan kenal lagi erti nenek dari nanny...

2 comments:

Felicia F. Ramzi said...

yahhh..setuju hbs kmk dgn ktk. n ktk dah menjelaskan lebey baik dari kmk..
PPSMI membebankan!

chairulz said...

hahaha. bila dikirkan kita dolok sik perlu english pun dapat juak kuasai english dengan baik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails