Sepanjang pagi tok aku rasa unmotivated gilak while drive from Debak to Sri Aman. As usual aku akan depart pada 6.30 pagi tapi hari tok tiba-tiba aku rasa malam gilak maok pergi kerja. Sakit belakang badan aku sik pernah pulih sejak minggu lepas.
Sempat juak aku masok barang dalam washing machine dan spin baju korporat untuk aku embak pergi course di Kuching petang tok. Nang rasa malas gilakaku pergi kursus di Kuching mengenangkan financial aku yang terok gilak bulan tok.
Finally aku depart dari Debak dengan mbak bekal dari celebration birthday Ibab dan Yus (gerek Angah). Sepanjang perjalanan aku rasa slow gilak waima jarum rah speedometer pointing to 110-120 km/h. Aku terus melayan kebosananan dan kekosongan yang masih juak terasa di dalam dentuman lagu dari MP3 Player dalam keretaku...
Sampey di persimpangan Engkelili, hatiku mula terusik. Rindu... Terlalu rindu dengan ayah. Baruk jak duak minggu lepas mek orang polah tahlil masa "hol" ayah. Aku sekpat nahan sebak di dada. Aku nangis teresak-esak dan rasa maok menjerit jak. Kali tok aku sik kisah gik nangis sebab aku nang rindu gilak-gilak ngan ayah. Satu persatu memori menerjah ingatan hinggalah ke saat aku menaip nukilan tok. Aku benar-benar rindu... Rindu pada sesuautu yang tak mungkin akan ku temu hingga bila-bila.
Ayah, moga ayah tenang di sana. Kadangkala aku alpa menghadiahkan bacaan tahlil dan doa untuk ayah. Itulah sebaik bekalan, doa anak yang soleh. Solehkah aku? Cukupkah amalanku? Ayah, ku ingin mencurah rinduku padamu.. Tapi bagaimana seharusnya?
Rindu ini takkan pernah terhenti kerana ada satu amanah yang harus sentiasa aku tunaikan...
Sekalung al-fatihah dariku untukmu ayah...
1 comment:
ya jak lagu ... aduhh..
al fatihah semoga di cucuri rahmat.
and to you, all the best in everything you do.
Post a Comment