Wednesday, September 17, 2008

Tradisi Kad Raya

Kad Raya telah menjadi tradisi sejak zaman dahulu lafi. Adapun dengan perkembangan zaman yang semakin menuntut segala penyebaran maklumat di hujung jari, Kad Raya semakin dilupakan peranannya dalam menzahirkan keeratan silaturrahim sesama umat Islam. Walaupun tiada tuntutan dalam al-Quran tetapi kebaikan jelas terserlah bilamana kad raya menjadi medium ingatan kepada sesiapa sahaja yang menerimanya.

Kebanjiran dan lambakan kad raya digital, teknologi YM dan instant messagging yang lain dan tak dilupakan teknologi SMS, MMS dan 3G menyebabkan semakin berkurangnya penghantaran kad raya tatkalai menjelangnya Aidilfitri.

Namun, tahun ini aku masih lagi melakukan design sendiri untuk kad raya ini. Setelah berkerja di GM Sri Aman, ini adalah hasilan sulung dari aku untuk edisi Raya 2008. Aku taklah sehebat graphic-graphic designer yang ada pada pasaran masa ini. Tapi bagi aku, aku ada identiti untuk setiap hasilan kerja aku.

Outer 1: Ada gambar masjid and logo GM Sri Aman dihiasi kerwang yang simple dan bintang seta bulan
Outer 2: Kerawang yang simple, alamat GM Sri Aman dan potrait hadapan GM.

Inner 1: Ruangan ucapan yang kosong berlatarkan gambar GM Sri Aman

Inner 2 : Gambar Staf serta corak bunga harmoni

Kad -kad ni nak kena hantar dalam minggu ni jugak... Ganbate kudasai!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails