Thursday, September 18, 2008

Selamat Hari Lahir Emak.

Happy Birthday to My Mom, Hajjah Hajijah binti Haji Kihok
Happy Birthday Mak!

Hari ni dah genap umur mak 50 tahun. Tak terbayangkan betapa banyaknya usia yang dah mak habiskan untuk jaga kami adik-beradik. Separuh usia mak dah korbankan untuk kami semua. Tak terucap betapa banyaknya pengorbanan yang mak dah lakukan sepanjang masa untuk kami.

Semoga mak dikurniakan kejayaan dalam kerjaya, ditebalkan keimanan kepada Allah, ditabahkan dan dikuatkan hati, dikurniakan kesihatan dan kecergasan, diberikan rezeki yang mencurah-curah dan semoga kami semua dapat menumpahkan kasih yang tiada tertara untuk mak.

Kami semua sayang mak. Sepertimana kami sayang ayah, macam itulah juga kasih dan sayang kami pada mak.



1 comment:

ejamz... said...

Happy Birthday ke 50 Mak Ijah...Terima kasih atas segalanya...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails