Tuesday, November 11, 2008

Sri Aman : Critics and Review Part II

Okey, bertemu lagi dalam episod kritikan Bandar Sri Aman. Kali ini part two.

Sri Aman, bandar yang sememangnya terpencil disebabkan jaraknya dari laluan utama Pan Borneo yang agak jauh. Bayangkan, anda perlu drive 9 km sebelum sampai ke dalam Bandar. Jadi, dalam kritikan ini, saya ingin sekali menyentuh tentang tabiat pemanduan dan sikap pengguna jalan raya di Sri Aman.

LEMBAB! Satu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan tahap pemanduan pengguna jalan raya di Sri Aman. Bayangkan, saya sendiri sekiranya memandu turun ke pejabat, apabila sampai di persimpangan menuju ke Bandar pada jam 7.45 pagi, saya pasti akan tiba jam 8.10 pagi di Sri Aman.

Mengapa? Ini adalah jawapan paling ikhlas dari saya. Pemandu di sini, memandu macam pergi bercuti. Paling laju pun 40-50 km sejam. Yang membengangkan lagi ialah bila kita nak overtake mesti diorang ni pecut jugak. So, apa yang memanaskan hati saya lagi ialah sifat mereka apabila keluar dari simpang. Mungkin ramai yang lesen terbang kat sini sebab bila keluar simpang, pemandu di sini tak dapat jangka kelajuan kenderaan yang sedang berjalan.

So, sumpah seranah pasti akan keluar dari mulut saya ditemani bunyi hon, highlight dan bunyi brek.

Kesimpulannya. Patutlah Sri Aman tak maju!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails