Monday, November 17, 2008

Sajak Kematian, Isu & Signifikasinya

Sajak Kematian seringkali disebut di media sejak si Menteri Pelajaran menyuarakan ketidak wajaran video tersebut di sekolah.

Aku bangkang! Sebab apa perlu aku bangkang? Sajak Kematian tok adalah sebenarnya "agent of change" dalam mendidik mentaliti anak-anak muda sejak di bangku sekolah. Bukan video akademi fantasia, poco-poco dan pelbagai media lain. Sememangnya Sajak Kematian tok menjurus kepada sidak yang beragama Islam tetapi pada zahirnya aku rasa ia dapat mendatangkan kesedaran even pada aku yang menghampiri usia 26 tahun.



Apa yang salahnya? Ia sekadar gambaran rasa bersalah seorang hamba Allah yang telah ditentukan ajal dan mautnya. Sekadar lakonan semula yang bertujuan mendidik audience yang nangga video tok. Pendekatan dakwah dalam bentuk penceritaan. Sebenarnya usaha yang dilakukan oleh mereka yang polah video tok memang harus dipuji.

Hakikatnya, hanya sidak yangg takut dengan KEBENARAN ajak yg akan menafikan kebenaran seksaan kubur, mungkin mereka yang melarang penggunaan video tok alpa dan leka dengan kemewahan dunia yang sementara dan lupak bahawa satu hari kelak sidak pun akan mati dan akan melalui pengalaman ya.

Bodo kah paloi sidak pihak berwajib tok? Pekara yang bermaanfaat semacam tok diperbesarkan sebegitu rupa sedangkan kebanjiran VCD cerita-cerita hantu dan tahyul yang boleh merobekkan akidah sik diperhalusi oleh sidak.

Pak menteri yang jaga hal ehwal pelajaran harus tangga dan fikirkan jalan penyelesaian tentang kebanjiran video-video format 3gp ayng melibatkan perlakuan sumbang remaja-remaja sekolah dan tak terkecuali tentang video-video antara guru dan pelajar.

Antara perkara DAKWAH dan KELUCAHAN? Aku jadi kesal sebab perkara DAKWAH tok yang ditentang walhal ianya adalah untuk pembangunan modal insan yang berjiwa Muslim sejati.


P/S: Well aku dah taip skrip berdasarkan video ya,
baca dan hayati apa yang nyuroh ada manusia sik maok video tok ditayangkan...


Muzik dan Video Sebenar Pengebumian Jenazah


Khatib : Bismillahirrahmanirrahim.

Wahai Hamba Allah, kau kini telah kembali ke hadrat Allah.

Wahai Hamba Allah, setelah kami meninggalkanmu nanti, akan datang kepadamu 2 makhluk.

Janganlah engkau takut dan bimbang kerana mereka juga hamba Allah sepertimu.

Mereka akan mendudukkanmu dan bertanyakanmu.

Siapa Tuhanmu?

Apa Agamamu?

Siapa Imam Pemimpinmu?

Apa Kiblatmu?

Siapa Saudaramu?

Hai Hamba Allah, janganlah takut.

Jawablah dengan tenang dan dengan lidah yang fasih lagi jelas.



Allah Tuhanku.

Islam Agamaku.

Muhammad Rasulullah (s.a.w), Imam Pemimpinku.

Ka’abah Kiblatku.

Orang-orang Islam Saudaraku.


(Bacaan Talkin)


Suara : Marabbukka, Marabbukka, Marabbukka!! (Siapa Tuhanmu)

Wahai Hamba Allah, Mari Kemari, Ke Kampung Asalmu.

Pulanglah dari kembaraan.

Apa yang kau bawa, hah? Apa yang kau bawa?


Muzik Latar Seram


Suara : Busuk! Busuk! Jijik, Jijik!! Kenapa badan kau sebusuk ini?

Apa yang kau buat sepanjang hidupmu?

Cakap, Cakap, Cakap!!!


Muzik Latar Seram


Jenazah : Saya derhaka dengan Tuhan. Saya tak peduli Tuhan.

Saya belakangkan Tuhan. Saya langgar apa saja dari Tuhan.

Suara : Tapi sekarang, engkau tak dapat lari lagi dari Tuhan, bukan?

Jenazah : Oh.. Oh…. Tuhan… Tuhan!!! Ampunkan aku!

Suara : Apa lagi kau jangkau di dunia?!

Jenazah : Saya Sombong, Tamak, Hasad, Pemarah, Dendam, Besar Diri, Tinggi Diri.

Saya berlagak bagai Tuhan.

Tidak membawa watak hamba Allah!

Suara : Pukul!!

Jenazah : Ah! Aduh!! Ah! (Mengerang kesakitan)


Muzik Latar Seram


Suara : Boleh kau sambung sekarang?

Jenazah : Tuhan! Ampunkan saya!

Suara : Busuk! Busuk! Apa lagi yang kau bawa!

Jenazah : Saya pecah belahkan orang!

Saya gunakan kuasa dan wang. Saya zalimi isteri dan anak-anak serta ibu bapa!

Tuhan, tolong aku! Saya halang orang berdakwah.

Saya hancurkan ekonomi orang Islam!

Suara : Pukul!

Jenazah : Tolong! Tolong!

Suara : Rasakan! Rasakan!

Jenazah : Ah.. Aduh.. Tolong!!!

Ya Allah, Tolong!! Ya Allah, Ayah, Tolong!! Mak, Tolong!!


5 comments:

mim.ya.ra.alif said...

mok tanyak pakar psikologi kanak2 lok..

sbb ada miak darjah 1 time tok lom matang gik.. nya lom tauk gilak reti.. even urg ninggal nya lom paham (sesetengah la).. mun miak darjah 6 nang setuju.. mun miak darjah 1 mok tanyak pakar lok..

kelak jd trauma lak.. miak kecik bah.. tang jak terdemam2 ka sidak san buyan nangga... nang seram bah video tok

adik mek dolok nangga ceta ju-on gik terdemam.. dedek nyuruh nangga video urg mati..

khairul azman onggon said...

errmmm.. semekom.. kmk pun stuju ngan mim.ya.ra.alif ya.. mena bah.. ngekot kategori umo juak.. mcm semayang, kenak dah umo 10 taun kenak paluk mun sik semayang?? Mesti ada sebabnya bah.. mun miak darjah 1 asa2nya sidak sik paham dan akan molah sidak jadi pobia.. Biar sidak di didik kenal Tuhan lok, mena2 paham baruk bole ngesow video ya..

Mundak jadi trauma atau pobia sidak kelak, jadi penakut.. sedangkan menonton video ya utk menambah keimanan kita, cintakan Tuhan.. InsyaAllah..

adzzha said...

yup.. agreed. tapi sik sesuai lah dengan darjah satu juak.

i believed bila guru mainkan video topk, mesti sidak dah ternagkan dengan nembiak tentang kematian, adanya azab dan seksa kubur serta wujudnya alam barzakh.

ingat sik kaset kedak tok zaman dolok marek?

khairul azman onggon said...

adzzha..
You hav been tagged by khairul onggon.. kekeke..

Asa2nya kaset "Sakratul Maut" oleh sidak Putera Al-Arqam ya kah??

adzzha said...

aok, sesapa yang pernah jadi remaja zaman ya...

ingat gik ku..

sakaratull mauuuuut!

ngutik tape ya.
gov boh highlight gilak isu tok. takut non-muslim diat tok macam ada something wrong with dakwah islamiah

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails