Friday, November 21, 2008

Masa Depan dan Hala Tuju Bolasepak Negara.

Nampaknya masalah dan prestasi bolasepak negara semakin merudum. Pada hemah saya, Presiden FAM seharusnya adalah dikalangan bekas pemain kebangsaan dan mereka yang faham tentang akar umbi bola sepak, a nature of football.

Tahun ini, dikejutkan lagi dengan pelbagai rombakan FAM. Sudahlah format liga yang berubah-ubah, masa saingan pun tak selari dengan liga utama dunia. Terlalu banyak politik dalam agenda bola sepak Malaysia.

Malaysia yang dahulu memulakan era professional melalui Liga Malaysia. Berbanding Jepun yang terkemudian dari Malaysia, kita kini sudah jauh jatuh ke bawah. Saya rasakan tindakan menghalang pemain import pada saingan kali ini sedikit sebanyak akan mengundang kejatuhan yang lebih teruk.

Jersey Malaysia baru yang ada kontroversi. Jelas gilak lambang salib rah baju ya.

Apa kata kalau kita ambil pemain import dan kalau ada 2-3 yang bagus prestasinya, kita beri sahaja taraf kerakyatan. Serap dalam skuad kebangsaan. Lagipun pemain import yang ada ini pun bukan pemain utama kebangsaan negara asal mereka.

Mungkin inilah formula yang terbaik. 3 orang pemain import yang ada dalam skuad kebangsaan mungkin akan memperkuatkan pasukan Malaysia yang kini ibarat harimau lapar yang rongak giginya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails