Thursday, November 13, 2008

Sarawak Dalam Diriku

Sebenarnya aku tok anak pertemuan dua budaya. Sarawak dan Kelantan. Sejujunya aku lebih selesa jadi Sarawakian sebab banyak gilak advantage yang urang Sarawak dapat.

Dijadikan cerita, in the 80's (1987-1989). Ayahku dulu seorang askar. Hahaha (dgr lagu Hujan - Dugaannya). So, bila ada kenaikan pangkat, so sidak askar tok mesti posting ke tempat baru yang ada kekosongan pangkat ya. Jadi, aku dan adik ompuan ku yang ngegeh turut serta bersama ayah dan emak posting ke Melaya.

Ayah kerja di MINDEF dan mak sambung mengajar di SK Ampang Campuran. Banyak gilak cabaran yang dihadapi bila diam cnun. Tapi ada sekelumit memori yang aku masih simpan hingga hari tok.

Kisah emakku

Cikgu Melaya: Kak, orang Sarawak makan orang ke?

Mak Aku : Makan, semua orang Sarawak makan orang!

Cikgu Melaya: (senyap jak.. nabess kali)

Mak Aku: Korang tengok akak makan orang ke?

Cikgu Melaya: Tak.

Mak Aku: Kalau akak tak makan orang, Orang Sarawak pun tak makan orang.

Hihihihi. Lucu juak zaman ya urang fikir urang Sarawak tok kanibal. Gila kali sidak tok. Seumur hidup aku pun sik pernah dengar urang Sarawak makan urang.


Kisah Aku Hari Pertama Di Tadika (TABIKA KEMAS Kg. Tasek Tambahan)

Cikgu Zarina nama cikgu ya. Nyam-nyam juak cikgu ya walaupun aku baruk jak tadika.

Aku: Nama saya Mohd Khairul Azha. Berasal dari Sarawak.

Cikgu Zarina: Awak kat Sarawak kat kampung pakai sampan ke?

Aku: Tak, ayah saya pakai Toyota Hardtop. Kat sini pun belum pernah tengok orang pakai. Kalau tak sempat balik kampung, kitorang pakai kapal terbang, landing kat Sri Aman. Pergi sini pun pakai kapal terbang. Cikgu pernah ke naik kapal terbang?

Alu senyap cikgu ya. Cerik rasa kenak pak aku waktu gik tadika.


Kisah Ayahku di Kem Askar

Kisah ya dolok, waktu ayahku masih di Kuching, Kem Penrissen, b4 nya kawen ngan mak aku.

Member Ayahku : Papa kedana kau kahwin orang Sarawak! Percayalah cakap aku!

Ayahku diam jak. Kakya bila pindah KL, jumpa gik kawan lamaknya sama kerja di MINDEF. Cun jak time ya, semua member sidak ada problem payment keta sidak.

Member Ayahku: Apasal aku tengok ko selambe je. Dapat kau bayar Toyota kau tu?

Ayahku: Tulah dulu korang ejek aku kawen orang Sarawak. Nasib baik pak mentua aku ade tau. Orang Sarawak tu jugak setel payment keta aku. Nasib tak kena tarik macam korang.

Bermacam ragam kita urang Sarawak pergi ke Melaya nun. Antara soalan yang ditanyak family belah Kelantan nun ngan aku bila pulang kampung zaman-zaman dolok.

  • Rumah Nenek Atas Pokok Berapa Tingkat? - Aku nepok dahi time ya. Advance gik soalan ya. Umah atas pokok ada berapa tingkat indah.

Apa-apapun banyak gilak memori best aku zaman diam cnun gik kecik-kecik.

7 comments:

khairul azman onggon said...

Nang macam-macam jak olah orang melaya tok owh.. Kipidad bro!..

Rudy said...

haha..memacam crita..hehe..pi benarlah rata-rata ku nemu pikey pendek jak...cuba bukak minda nanga sarawak giney..

hamimi said...

haha... aku suka dengar soalan yang last ya. 'Rumah nenek kitak kat atas pokok ada brp tingkat?' ketak sorang ku di bilit tok.haha... nang ada.

mim.ya.ra.alif said...

aih... tadika pn dh pandei ngenjen cikgu juak oh.. ahahhaa

so ktk tok kelakar ka kecek? ahaks.. maklum tek nk 2 budaya... hihihi

adzzha said...

of course lah kelaka....

Audio said...

Ekekekke... ermm camya lah zaman dolok2 hoh.. betapa cetek nya pemikiran sidak zaman ya.. even sampei nektok pun ku rasa still ada juak urang melaya berpikiran camya hoh..

oon said...

lawaknya urg nyk makan urg ya koh hahaha. kelass mak ko jawab camya. sukaku.

sik ngapa, sik ngapa, nait perahuk kah, diam atas pokok kah, ada ku kesah.

aku ada cita tok. actually dah 3 kali tok berlaku ngan aku.

org german: where r u from?

me: from malaysia

org german: im sorry. where is that?

me: somewhere in south east asia.

org german: mmmm

me: u know borneo? that is where i come from

org german: ooo i know, so you from sarawak?

aku akhiri cita itu di situ. sekian terima kasih.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails