Saturday, November 1, 2008

Double-Standard Dalam Penggunaan Bahasa

Teringat dolok ketika Radhi OAG dikritik kerana nama band OAG (Old Automatic Garbage) dipersoalkan dalam penggunaan bahasa di dalam lagu-lagunya. Orang Malaysia nang double standard dalam penggunaan bahasa.

Sekarang, heboh tentang memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia (sebenarnya Bahasa Melayu). Habis segala isu sampaikan papan tanda di Penang pun dipersoalkan. Bahasa Malaysia pada aku tok ialah Bahasa rakyat Malaysia. Tak kira apa bangsa sekalipun. Tetapi seingatku, bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu sepertimana termaktub dalam buku sejarah dulu.

Ok, forget about this political issues. Tetapi ada sesuatu yang aku harus buka agar kita dapat fikir sejauh mana bahasa kita diambil perhatian. RAKAN COP! Seolah rojak tetapi sememangnya bahasa rojak. Rakan ialah sahabat atau kawan dan COP adalah Polis. (ACAB!) Kalau mereka katakan ini adalah bahasa Melayu, ramai orang akan bacanya macam tok = Rakan Cop (Stamp Friend). Tetapi maksud sebenar yang ingin diterjemahkan ialah Rakan Cop (Rakan Polis).



Shit! Pencemaran bahasa tok berlaku seluruh negara. Kenapa tak gunakan Rakan Polis sahaja? Apakah kerana bila disebut Cop orang akan ingat Robocop. Pastinya sik...

So, aku rasa mereka yang bertanggungjawab dalam isu tok harus bertegas mun maok maruah diri terbela dan mun sidak bersungguh-sungguh menyangjung bahasa Melayu.

P/S: Bukan setakat Rakan Cop. Ada juak parti politik masih gunakan bahasa Inggeris sedangkan sepatutnya Bahasa Melayu diutamakan. Well semua orang tahu kan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails