Wednesday, June 4, 2008

TYT Sarawak Eksiden!

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta yang dinaikinya bersama tiga orang lagi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Mandu di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuching, DSP Awang Kasuma Jaya, berkata anak angkat Abang Muhammad Salahuddin berumur 10 tahun, pemandu dan seorang pengawal peribadi yang juga berada dalam kereta itu tidak cedera.

"Kereta (jenis Mercedes-Benz dan bukan kereta rasmi) yang dinaiki Yang Dipertua Negeri dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan selepas terbabas ke sebelah jalan dan menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Awang Kasuma berkata, kereta yang merempuh kenderaan Yang Dipertua Negeri itu dipandu seorang pemuda berusia 25 tahun dan turut berada dalam kereta itu ialah teman wanitanya yang berusia 20-an.

Katanya, kedua-dua mereka cedera di muka serta tangan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak.

Awang Kasuma berkata, Yang Dipertua Negeri sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman rasminya, Astana, dari kebunnya di Lundu yang terletak kira-kira 96 kilometer di Bandaraya Kuching semasa kemalangan itu berlaku.- Bernama

1 comment:

Nikolai said...

Sebenarnya kejadian tok di rancang bah.. aku rasa sidak nang nak munuh TYT ya juak.. sebab taib di jangka nak meletak jawatan jadi Ketua menteri.. pasya alu nya ambik alih jadi TYT.. tapi TYT tok agik sihat.. ya tertangguh rancangan nya.. TOk NANG KES NAK BUNUH TOK!.. ahhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails