Sunday, June 15, 2008

The born of Kuching Indie Rebel blog...




Ucapan Aluan Pengusaha Blog

Assalamualaikum & hello kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah menerokai blog komuniti muzik Kuching Indie Rebel.

Sebelum melangkah setapak ke alam kami, hayatilah sejarah tertubuhnya komuniti ini, matlamat dan objektif, pengertian muzik dalam konteks indie dan fenomena sepanjang zaman kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan semula industri muzik bebas di Kepulauan Borneo ini, yang mengkhususkan Bandaraya Kuching sebagai pentas, manakala komunititi Kuching Indie Rebel adalah pelakonnya.

Blog ini bukanlah sekadar suka-suka atau dalam erti kata lain pencarian glamour, atau lebih tepat disebut dalam konteks syok sendiri. Ia adalah sebuah dokumentasi, selain berperanan sebagai perantara untuk anda sebagai mata, telinga dan mulut serta jiwa sekiranya anda individu yang tepat seiring bersama kami dalam membangkitkan industri muzik bebas tempatan.

Terpulang kepada setiap individu untuk menilai komuniti ini sebagai sebuah komuniti muzik yang sihat atau sebaliknya.Menjadi diri sendiri dengan luahan jiwa didalam muzik ciptaannya, adalah satu cara penghayatan peribadi sesetengah individual dalam mencapai kepuasan. Namun ia tetap ada batasannya, dengan faktor-faktor budaya tempatan, adat dan kepercayaan agama masing-masing yang menjadi kelainan kepada kita sekiranya dibandingkan dengan penggiat seni Barat, yang lebih cenderung ke arah fanatik, sexism dan obsesi .

Tiada agenda politik, tiada propaganda dan tiada muslihat. Kuching Indie Rebel hanyalah platform untuk anak-anak tempatan dalam berkarya. Ia adalah pentas untuk anda, sebagai anak-anak kreatif dalam menyalurkan bakat. Kami komuniti Kuching Indie Rebel mengalu-alukan lawatan dan kedatangan anda. Semoga wujudnya komuniti ini, akan menjadi benchmark, kepada generasi-generasi seterusnya.

Cheers from Borneo Island. Salam.

Yang Betol;
Goodboy

Visit Kuching Indie Rebel Blog ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails