Thursday, June 5, 2008

Siapa layak dapat subsidi tunai?

Utusan Online :: 5 Jun 2008 / 30 Jamadil Awal 1429

Siapa layak dapat subsidi tunai

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails