Tuesday, May 27, 2008

Membina Blog

Semakin hari manusia semakin advance dari segi teknologi. Blog atau catatan diairi web merupakan salah satu dari pilihan manusia untuk menyampaikan pandangan, ideologi serta promosi perniagaan. Namun begitu blog adalah lebih mudah berbanding pembinaan laman web kerana membina blog adalah semudah anda menggunakan portal Friendster mahupun Myspace.

Disini saya ingin memberi panduan pembinaan blog kepada pengguna yang ingin memulakan aktiviti sebagai blogger. (Blogger adalah gelaran kepada pengguna blog).

Saya ingin menggunakan blogspot sebagai contoh permulaan. Blogspot memberikan khidmat percuma kepada sesiapa sahaja untuk memulakan blog.

Langkah pertama: Masuk ke laman utama Blogspot

Pergi ke www.blogspot.com dan anda akan melihat skrin seperti ini dipaparkan. Kemudian, klik butang 'create your blog now'.



Langkah kedua: Penciptaan Akaun Google

Isikan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun google. Anda pelu ingat password yang anda isi untuk mengakses blog anda pada masa akan datang.



  • Masukkan alamat e-mail anda sedia ada
  • Password: Cipta kata laluan
  • Display Name: Nama yang anda ingin paparklan pada blog anda
  • Word Verification - Untuk pengesahan spam, taipkan apa yang tertera contohnya: Boyla
  • Acceptence of Terms : Klik untuk setuju kepada syarat.
  • Kemudian, klik CONTINUE untuk langkah seterusnya.
Langkah Ketiga: Maklumat Umum Blog

Anda dikehendaki mengisi maklumat ringkas tentang blog anda.



  • Masukkan'Blog Title' yang akan menjadi tajuk blog anda. Ia akan dipaprkan pada bar atas windows anda. Antara contohnya: Duniaku Milikku:: Tiada Siapa Harus Peduli!.
  • Blog Address: masukkan nama yang ringkas dan unik untuk alamat vlog anda, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'

Langkah Keempat: Pemilihan Template

Template yang dipilih adalah template sementara. Anda boleh memilih template yang telah disediakan sebelum anda memulakan blog anda. Setelah blog anda tercipta, anda dibenarkan memilih template lain yang boleh didapati dalam format *.xml.



  • Setelah selesai memilih, klik butang CONTINUE

Langkah Terakhir: Blog anda kini boleh diakses di seluruh dunia!



  • Klik START POSTING dan mulakan dunia blog anda dengan penuh berhemah.
  • Sila buka e-mail anda untuk pembuat "blog verification"
  • Setelah selesai, anda boleh menjelajahi blogspot.
Cukup disini dahulu ruangan untuk membina blog. Jadilah blogger yang beretika dan kreatif. Dalam ruangan kedua saya akan paparkan cara untuk memasukkan posting, mengedit posting serta membuang posting. Begitu juga panduan menukar templates blogspot.

Sekian.


Credit: Image from http://binablog2.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails