Kelmarin, dalam kiraan tahun Hijrah, genap setahun pemergian ayah. Sebak rasa hati sepanjang kelmarin kerana memori bersama ayah masih terlalu segar dalam ingatan. Menitis air mata tatkala ku ingatkan betapa berharganya detik2 yang Allah pinjamkan antara seorang anak dan ayah. Mungkin ada antara mereka yang belum pernah merasai keperitan dan penderitaan ini, Sungguhpun aku taklah rapat dengan ayah, tapi banyak yang aku perolehi sebagai anak sepanjang masa hidupnya. Ayah memang garang. Gatang dan tak mudah dipujuk. Tapi dalam pada masa yang sama, ketegasan ayah menjadikan aku seorang “manusia” dan aku rasa lega sebab impiannya agar aku mendapat kerja berhasil akhirnya. Walaupun tak dapat ku peluk erat tubuhmu ayah, tapi ku rasakan kegembiraan dirimu tatkala ini.
Ya. Adakalanya kita selalu lupa. Doa anak yang soleh adalah sebaik-baik hadiah untuk ayah dan ibu setiap masa. Aku dulu jahil dan berat menunaikan ibadah. Tapi ayah tak pernah putus memberikan “reverse psychology” supaya aku menghargai nikmat sebagai Muslim. Kini tiap kali aku menoleh pada diriku di cermin, pasti akan ada bibit wajahnya pada diriku.
“Ayah tak tinggalkan harta dengan korang”, selalu sekali ku dengar ungkapan itu suatu ketika dahulu. Sungguhpun ada perniagaan keluarga, aku sedar bahawa harta yang sebenarnya ditinggalkan oleh ayah adalah disiplin diri, ilmu pengetahuan, kehormatan diri serta ikatan kasih sayang dalam keluarga.
“Ayah tak tinggalkan harta dengan korang”
“Apa ko gago maok kerja? Nakkah business family ko ada?”, lantang sekali mulut manusia berbicara. Memang ada benarnya tapi kami masih ada 2 orang adik yang masih belajar. Pendapatan mak belum tentu cukup untuk tempoh Ibab dan Siddeq tamat pengajian di Universiti. Hmm, manusia takkan pernah faham. Prinsip keluarga kami, kalau nak hidup mewah, usaha sehabis mungkin agar berbaloi segala apa yang ingin dimiliki.
Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment