KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA telah melancarkan Skim Latihan Siswazah (SLS) dan membuka peluang ini kepada siswazah yang masih belum bekerja untuk diberi latihan serta pendedahan dalam pelbagai bidang operasi di KWSP. Maklumat program Skim Latihan Siswazah (SLS) adalah seperti berikut:
1. | TEMPOH LATIHAN Tempoh latihan yang ditawarkan adalah selama 12 bulan. | | | 2. | KELAYAKAN AKADEMIK Sarjanamuda dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Kewangan, Perundangan, Teknologi Maklumat, Perhubungan Awam dan Komunikasi Massa. | | | 3. | ELAUN Pelatih akan menerima elaun bulanan berjumlah RM750.00 sebulan. | | | 4. | CUTI REHAT Peruntukan 1 hari cuti rehat bagi setiap bulan perkhidmatan. | | | 5. 5.1 | SYARAT – SYARAT TAMBAHAN Skim latihan ini hanya terbuka kepada siswazah yang telah menamatkan pengajian di antara tahun 2006 sehingga 2008 sahaja. | 5.2 | Keutamaan diberikan kepada siswazah yang menganggur selama tidak kurang dari 6 bulan selepas tamat pengajian dan tidak pernah mengikuti mana-mana program Skim Latihan Siswazah yang dianjurkan oleh kerajaan atau lain-lain pihak. | | | 6. | CARA MEMOHON Siswazah yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara bertulis dengan menyertakan resume, salinan ijazah, salinan transkrip peperiksaan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport ke alamat seperti berikut: KETUA PEGAWAI ESEKUTIF Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Perjawatan & Perkhidmatan, Tingkat 21, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut 50350 KUALA LUMPUR. | | | | Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan ke alamat seperti di atas selewat-lewatnya pada 30 Januari 2009. Hanya pemohonan yang disenarai pendek akan dihubungi. Calon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut sebagai tidak berjaya. |
|
2 comments:
isk. mcm menarek jak tok . boleh coba tok !! thanks bro.
hihihi, welkam... ol the best
Post a Comment