Wednesday, January 7, 2009

My ABC of 2008


2008 telah melabuhkan tirainya dan terlalu banyak gilak best & damn things happen sepanjang tahun naga yang lalu. Sekali agik aku berdepan dengan kehadiran Tahun Baru yang semakin mencabar dan tak terduga likunya.


This is my ABC of 2008

Sebermulanya tahun 2008, aku banyak bersama adik aku menguruskan legasi peninggalan arwah ayah. Dari pengambilalihan syarikat hingga ke urusan tender dan pekerja, semuanya dilakukan dalam kondisi tanpa sebarang ilmu di dada. Disamping ya, aku telah memulakan karier keusahawanan aku sebagai jurugambar bebasa dan bukak small studio di rumah. Twist Technologies masih bergerak sebagai satu entity didikan diri sebagai usahawan.

Kedudukan kewangan keluarga pula pasang surut setelah kepergian ayah dan permulaan 2008 kami masih lagi berbelanja secara hemah. Aku masih lagiu belum bekerja sejak resign dari By Technologies tahun 2007. Aku sekadar duduk di rumah mencari kerja dan menghantar resume dengan harapan bertemu dengan pekerjaan.

Hobi dan kegilaan aku terhadap skuter masih menebal dan aku banyak menghabiskan perolehan aku untuk make-up Nouvo aku yang aku takkan pernah jual pun. Hidup sebagai yatim dan tiada pekerjaan cukup membuatkan aku serba-salah dalam kehidupan seharian.


Nouvo yang banyak gilak aku bazirkan duitku rahnya...

Project Eagle Eye rah Nouvo aku..

Mac 2008, aku dipanggil temuduga untuk jawatan Tenaga Pengajar GIATMARA. Temuduga yang aku pasrahkan dengan segala pengetahuan yang aku ada, aku tempuhi segala bentuk ujian praktikal sepanjang temuduga ya.


Aku dengan kazenku Ono Lucille & Emi Lucille masa pergi Sibu ariya..

Sepanjang April, aku masih meneruskan kerja pentadbiran di syarikat keluarga dan dalam masa ayng sama aku dapat offer sebagai designer di sebuah publishing company di Kuching. Tapi atas iltizam yang tinggi, aku tolak offer aku ya sebab aku nang berharap benar dengan GIATMARA.

Mei 2008 yang lepas ku lalui dengan penuh kesyukuran sebab akhirnya aku ditawarkan jawatan sebagai Tenaga Pengajar GIATMARA. Syukur Alhamdulillah sebab aku pun dah lamak menganggur dan puas berusaha mencari pekerjaan. Mulai dari detik itu aku mula belajar menguruskan masa, berpakaian kemas dan lebih organize dalam pengurusan kerja.

Namun begitu, kehadiran Hari Guru 16 Mei yang lepas amat mengejutkan dengan kepergian satu-satunya Pakcik aku dari adik-beradik mak, Pakwak. Pakwak meninggal dunia secara mengejut malam selepas sambutan Hari Guru. Terlalu terkedu dan sebak bila mengenangkan sepupu aku yang masih lagi bersekolah ditinggalkan oleh Pakwak dalam usia yang muda. Semoga Mak Anjang dan anak-anak Pakwak, Athir, Tuty, Mamat & Oni dapat survive dalam ujian Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

23 Mei pula, genap setahun pemergian ayahanda tercinta dari alam fana. Terlalu besar cabaran yang dilalui dalam hidup ini dan bila difikirkan ada hikmah yang besar dari pemergian ayah. Ini menjadikan kami semua lebih menghargai segala apa yang telah ayah berikan serta korbankan dalam hidup.

29 Mei 2008 is the best ever day in this year. My love, Vyna akhirnya graduate dalam Bachelor in Business Administration (Hons) (Marketing). Nang amat mengecewakan sebab hanya 0.01 jak gik nya dapat First Class. Tapi sekpalah, 3.66 ya jak cukup membanggakan aku. Kali keduanya aku pergi ke UiTM Shah Alam tapi kali tok hanya Chenta Hati jak yang konvo kali tok. Apapun, aku nang hepi gilak dapat pergi konvo nya.


Konvo Chenta Hati di UiTM Shah Alam ariya..

Just back from my sweetheart’s convo, aku akhirnya memiliki kereta aku dikpun. Perodua Kelisa. Best eh ada kereta dikpun sebab kali tok aku yang bayar semuanya. Semuanya hasil titik peluh aku bekerja. Even Kelisa aku 2nd hand, aku rasa suka gilak! Rupa-rupanya Kelisa ya, Uncle si Ian Lucille yang jadi first owner nya dolok.


Kelisa aku rah Betong-Sri Aman road..

Jun 2008 juga adalah titik tolak indah buat Chenta Hatiqu bila ditawarkan sebagai Pensyarah di UiTM setelah bertahun menabur bakti di UiTM tercinta. Syukur gilak kerana akhernya mek duak dapat pekerjaan dan permulaan karier yang baik. Sebetulnya karier mek urang sama tapi aku lebih ke arah teknikal sedangkan dirinya lebih menjurus kepada akademik.

Aku pun dah start diam umah sewa dikpun and in the same time aku start belajar control aliran kewangan aku. Puas juak aku berusaha untuk hidup dalam persekitaran baru tanpa kawan yang aku kenali gilak.

In the middle of August, aku eksiden selepas persimpangan Betong. Luckily aku selamat berkat dari experience aku driving since 1999. Teringat juak aku pada ayah yang banyak influence cara pemanduan aku selama tok.


Lokasi aku eksiden sik jauh dari simpang Betong. Ketaku slide and hit the wall.

Kondisi keretaku just after the accident..

Laptop Pallette aku dah start meragam setelah bezel nya patah and aku terpaksa meli laptop baru sebagai backup kerja aku. Finally aku meli laptop Compaq.


Aku masa Bengkel Pembinaan Profil IPMa

Sebermulanya pengakhiran Ogos 2008 hingga pertengahan September, aku mula sibuk dengan tugasan rasmi di GIATMARA. Mewakili negeri dalam proses pendokumentasian mematangkan aku dan menjadikan aku lebih bertanggungjawab. Dahya, aku dapat opportunity untuk pusing sigek Sarawak dalam audit IT di Zon Utara Sarawak. Toklah first time aku dapat peluang nait belon Twin Otter, menjelajah ke Lawas dan Marudi serta mempraktikkan skill PR aku.


Dapat opportunity nait Twin Otter pergi Lawas & Baram

Famili Besar Aidilfitri 2008

Aku & Familiku rah depan umah di Debak, Aidilfitri 2008

Yang mengejutkan aku, masa aku pergi KL for course GIATMARA, aku termasuk dalam MTV si Aizat, lagu Hanya Kau Yang Mampu. Masa ya aku baruk jak keluar dari pintu KLCC just after aku ambik ERL dari KLIA. Yang pelik, sebenarnya aku perasan yang sidak tengah shooting tapi aku ilek jak polah bodo limpas sia. Siklah sangka masuk dalam MTV indah.

First time aku nerimak bonus, aku terus convert depan Kelisa aku dengan codypart Coure L700 Senyum. Puas ati juak sebab lepas eksiden ariya kereta aku dah sik kacak. Before that juak aku dah tukar rim Kelisa aku lepas bengkok terok pulang dari Bintulu.


Kak nukar rim baru selepas pulang dari Bintulu ariya..


Dah bogel Kelisaku time tok..

Setelah tukar bodykit L700..

TripleHeadz Photographix akhernya terbentuk dengan koleberasi Rusty(Mudin), Luzman dan aku kedirik. Mek urang mula serius dengan dunia photography setelah Mudin mendapatkan Sony Alpha200. Cemya duak Luzman yang bermula dengan Panasonic Lumix. Mek urang banyak join photoshoot and in the same time attend Wedding Photoshoot. Mek urang start polah package photoshoot dan polah blog untuk TripleHead dikpun. Our most far request setakat tok ialah di Lundu, masa wedding Sabrina, workmate aku.


Outing TripleHeadz Malam Merdeka bersama Ian Lucille & Emi Lucille


Mudin, Luzman, Ian & Emi bergambar dengan "hot" Azharina. RELA ya bukan geng mek urang.

In 2008, aku mula serius dengan dunia blogging dan aku start juak berniaga online dalam lelong.com dan ebay. Aku start polah blog dikpun, which is kotikumpun tok, dahya polah blog untuk Indie Band Lucille dan participate dalam Kuching Indie Rebel. Aku mula kenal rami urang disekeliling dunia luar dan banyak bergaul dengan member blogging.


Masa Jimmy belanja makan rah Hartz kak nya dapat duit claim ByTech


Tok masa Mudin baru berjinak dengan DSLR. Lepak rah tambak, supporting lombak haram.

Aku dah turning 26 pada December tahun 2008 dan start berfikir about relationship aku dgn Chenta Hati, mungkin dalam 4-5 years aku akan married dan aku pun dah serius dalam bekerja kali tok. Hobi terhadap skuter dan kereta masih berterusan dan amku sedar aku kurang dalam soal amal ibadah. Hubungan dengan segelintir sepupu pun renggang kerana masing-masing sudah ada definisi hidup masing-masing dan aku banyak belajar dari kesilapan lampau.


Student GIATMARA Sri Aman Intake Julai-Disember 2008

Ku rasa ya ajak cerita tentang 2008 aku. Hal azam aku untuk 2009? Tunggu jak post terbaru aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails