Sunday, January 4, 2009

Kesukaanku Yang Pudar

Sejak duak menjak tok, aku makin kurang mengekspressikan ilhamku dalam banyak perkara. Ada kalanya aku hilang fokus dalam kehidupan. Antara fotografi, animasi dan grafik, kesemuanya semakin pudar dan aku harus mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah tok.

Yalah, andai dibandingkan dengan orang lain, yang punyai bakat dalam muzik dan sebagainya, aku rasa kurang sebab aku tak punyai apa-apa. Gitar? Haram jadah aku nang sik pandey alu main gitar. Mun fotografi, aku rasa terkilan sebab aku pun hasil kerja masih belum memusakan dan sigek perkara gik, nothing make "her" impress with all my artwork. Sebenarnya aku masih mencari kekuatan meningkatkan kreativiti dalam penghasilan imejan digital.

Dalam arena muzik, serasanya aku bukan siapa-siapa kalau dibandingkan dengan sepupu aku yang kian meningkat dalam kesukaan mereka. Balik ke asal, aku kan orang kampung. Hidup pun orang kampung, jadi biarlah aku terus menggali mencari kekuatan diri. Mungkin 2009 ini menjanjikan sesuatu yang mencabar dalam hidup aku sebagai seorang anak, abang, kekasih, sepupu, saudara, sahabat dan rakan kerja.

Moga aku temui apa yang menjadi misteri hingga kini. Aku bukan selemah yang aku sendiri sangkakan.

1 comment:

farah.marzuki said...

maybe ktk terlalu banyak hobbies. sampe sikpat concentrate on one thing. jadi ilang rasa puas molah hobby ya tek..

apa2 pun, try your best, insyaAllah improving. !

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails