Tuesday, December 9, 2008

Senja AidilAdha

Hi semua! Buat semua pengunjung tetap blog aku tok, Salam Eidul Adha untuk kalian semua. Kondisi kamek masih belum stabil selepas diserang food poisonous ariya. Mujurlah ada daun sembong yang diberik oleh chenta hati seagai penawar kepada kesakitan yang masih belum pulih sampeylah saat mek tulis blog tok.

Hilang idea kah? Siklah mek hilang idea tapi hakikatnya ialah aku terlalu gilak seebox dengan pelabgai benda yang berada di sekeliling aku nektok. Hingga saat dari last post aku, aku dah beli sandal baru, nambah layer tinted, done new haircut, reload hp ku berkali-kali, makan di macam-macam kedey, sik semayang raya, ziarah kubur ayah, tangga gangfight, tukar wiper Ipsum mak aku dan sekarang aku still menunggu chenta hatiqu reply+call aku sebab dari last gudnight call malam tadik, aku sik dengar sebarang khabar darinya. Sayang, kitak harus tauk kamek sayang kitak.

Well, jadi blogger tok kadang kalanya best tapi bile ketulusan mengatasi rasa kasihan, kita bakal menerima satu kenyataan dalam hidup! DIPULAUKAN! Well, aku sik kisah aku dipulaukan sebab aku tauk siapa aku and aku harus berpijak di bumi yang nyata. Aku bukan SEMPURNA tapi aku sik maok jadi SEMPERNA.

Just berapa minit tek chenta hati kol aku dan polah hariku berbunga kembali. Esok dah start kerja balit and aku bakal menemui beban kerja yang banyak. Sedia kertas final exam, practical test, penilaian pelatih, pengesahan transkrip dan banyak agik. Tapi aku harus senyum sebab aku suka pekerjaan aku.

Sekali lagi aku terfikir, apa yang bakal polah blog aku lebih dikunjungi. Sik dinafikan aku suka bermonolog tapi aku rasa blog tok tempat aku lepas segala beban dalam hidup aku. LONE RANGER -->>> Yalah gelaran abru dalam hidup aku sebab aku cuma hidup dalam lingkungan kehidupan yang sempit. Adakalanya Mudin, Luzman, Lai, Am and Apis dapat luang masa lepak ngan aku waktu malam. Kazen-kazen aku sedang sibuk dalam dunia muzik sidak. Aku kan bukan orang muzik, aku rasa macam sekda specialty sebab aku cuma ada kemahiran NGENJEN jak kali. Rindu mok lepak ngan kitak urang semua kazen-kazenku! Mungkin satu hari kelak jak k.

Kesian ngan Ebby, diam umah sorang dirik malam raya. Alhamdulillah Ebby ngan mek urang dapat join togethet polah RINGGO DOA SELAMAT sempena Mak Udak pergi Haji. Sedih gilak rasa hati sebab petang raya marek aku termimpi arwah Pakwak datang ke rumah. Dalam mimpi ya, aku temu kazen Oni berekot limpas bilit aku. Ditanyak ku ngan Oni, "Sapa ngan kitak Ni?". Lalu Oni jawab, "Ngan ayah!". Serius dalam mimpi ya aku lupak Pakwak dah meninggal. Kali arwah Pakwak becarik kali. Dalam mimpi ya, aku tengah polah mi maggi kari sebab dalam mimpi ya arwah ayah aku teringin nak makan mi. Yalah tek, tiba-tiba aku diat arwah Pakwak kepong Oni ke dapur, macam nya selalu polah waktu idup dolok.

Kali tok adalah kali kedua aku mimpi macam tok pada petang Raya Haji. Dolok aku mimpi arwah MakYah aku kelaka ngan aku dalam telepon, mencarik kazenku Aishah. Nasib sik lamak kakya CikWan aku datang sekali ngan anak-anaknya ziarah kubur mak nya.

Yalah, kesimpulan yang dilalui pada Raya tahun tok, sunyi gilak.... Sunyi dalam kesyahduan suara Takbir Aidiladha yang mengakhiri post aku kali tok.

Sekian... Salam AidilAdha untuk semua!!

1 comment:

Anonymous said...

Sabarlah bang...Bang Ijam pun sedih juak sitok...Bila makan kelupis teringat ngan abg sinun...Adik beradik di Kuching, jauh gilak nak ngagak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails