Tuesday, December 16, 2008

Pagi Yang Gelap ->> My Weekend


Dah lamak aku sik blog. Alu serius muka aku!

Selamat Pagi Semua! Dah sekian juak rasanya aku sik memblogkan dirik aku tok. Nak madah banyak kerja, siklah juak tapi aku sekda idea untuk menulis. Rasa macam otak aku tok bekuk semacam. Nektok pun aku di opis aku dan aku lom ada mood mok ngajar Modul Usahawan pagi tok.



Bangun Subuh pagi tek, sempat juak layan Maggi Asam Laksa + Telur (nyam! nyaman!). Dahya ku tido balit. Sedar sik sedar dah kol 7.00 pagi, aku pun jeling laptop ku just mok tangga progress recovery file dari hdd yang aku telah ter"format" minggu lepas. Bad things nya, aku terdelete gambar klien yang cost about RM500++. Adeh! Bisa rasa ulu hati aku.


Aku harap software tok dapat recover semua gambar dalam HDD aku!


Minggu tok aku sik pergi Kuching. Rindu juak ngan Chenta Hatiqu and rindu juak maok lepak ngan member-member. Banyak benda yang aku ingin polah tapi aku postpone ke minggu depan.
So, Mudin, Luzman and others... Tunggu aku jumpa kitak urang minggu depan.


Gambar Hiasan Ajak : TripleHeadz Guys touch the Star: Photo by Rusty


Well, since last week aku dah polah banyak benda juak. Sepanjang Sabtu, aku involve dalam Battle of The Band di Debak. Oppurtunity untuk aku belajar shoot band masa main muzik dan peluang aku meningkatkan self-esteem aku as photographer yang palak dasyat!

Jadi ujong minggu lepas aku langsung sekda peluang menikmati keindahan alam buana di kampungku. Aku banyak berkurung di umah dan pergi indoor photoshoot.


Permandangan Huma belakang umah aku.


Sungey Belakang Umah Aku. Ada boyak dah nektok!


Aku tahun lepas....

Okeylah! Enough dengan gambar hiasan dalam blog tok. Kita sambung kisah dalam Battle of The Band ya. Masa untuk aku lontarkan komen! Ada dikalangan band yang perform tok main lagu omputeh. Komen aku! Hampeh! Bukan sebab sidak sik pandey English tapi isu utama yang aku utarakan ialah, kaji dan hafal lok lagu ya baruk dapat perform dgn bait. Aku yang nak nyanyi sama-sama lagu Creep and Plugin Baby jadi terbantut sebab band sekpat hafal lirik dgn bait. Kecewa nya!

Then, panel juri pulak sik alert dengan perkembangan muzik. Sebab apa aku padah macam ya. Ada sigek band dari Bungin main lagu Estranged - Yang Pernah. Adakah patut nya tanyak, "Ni lagu you buat sendiri ke?". Sedangkan satu Malaysia dah tahu lagu ni masuk final Juara Lagu. Sorry to say lah brother, even you komposer lagu, lagu you tangkap leleh tapi masalahnya you got to alert with our music surrounding.

Akhirnya, keputusan yang aku nang dah jangka, band yang menang ialah band yang perform lagu tangkap leleh. Sukati sidaklah. Hahaha, aku kan photographer ajak. Over the night, ada benda yang menyejukkan mata aku bila tangga band dari Saratok perform. Macam pro and paling best sidak ada guitaris (lead guitar) yang baruk jak Form 1! Second, ada ompuan cute main keyboard nyuruh hati aku rasa maok jak snap picture nya.

Malam ya sik lepas dari kontroversi sebab bila aku tengah snap gambar, tiba-tiba ada orang agak aku. "Awe, agak ko kereta ko nun! Signal nya berkelep, flat bateri ko kelak!". Maksehlah ngan Syukur duak Jali sebab alert ngan kereta aku yang one of a kind di Debak. Reason aku pasang hazard light ya sebab aku parking tepi jeraya. Maok masok area berumput takut tayar tenggelam. As safety precaution, aku pasang emergency light supaya sekda urang nempoh kereta aku. Ya jak sebabnya.

Kakya after event abis aku pun pulang dengan harapan maok tangga MU menang lawan Tottenham. Seperti dijangka, aku tido and sik tangga match ya and aku rasa happy gilak sebab sik berjaga malam just untuk tangga match yang berkesudahan tanpa gol!



Pagi Ahad bermula dengan ceria. Aku rasa bersemangat maok cuci kereta aritok. Awal pagi mak aku dah polah roti canai and khabarnya mak aku maok masak lontong tengahari ya. Yeyyyy!!!
Hihihi, apa sik kepak, aku start cuci skuter Comel Mak Ngah aku. Dahya aku pun start cuci Ipsum mak aku, diikuti pickup Isuzu mek urang, dahya Coure (Kelisa) aku yang comel dan akher sekali, Suzuki V100 mak aku yang dah jadi milik Siddeq dan Nouvo aku yang dah jadi scoot rasmi mak aku.


Coure aku tersenyum lekak diberik mandik dgn syampu mahal.



Nang kepak gilak tapi aku enjoy tangga semuanya bersih, berkilat dan kacak! Hihihi. So, tengahari ya aku dapat juak makan lontong setelah berminggu mengidam maok makan lontong. Petangnya aku, Mak, Angah n Ibab pergi lepak rumah Mak Ngah aku dan start bergossip. Siddeq sik join sebab adik aku tok dah addicted to Dota!


Lontong + Nasi Impit + Sambal Tumis!

Well, yang pasti weekend aku nang meletihkan dan aku rasa yalah punca pinggang aku dan badan aku still rasa kurang bermaya. Apa-apapun! Kaktok ku mok belasah Kueh Tiaw Sizzling rah kedey Nono! Semoga bertemu lagi!

1 comment:

Audio said...

Adohhh...kacak pemandangan kampong ko ya ehh. Nice shot! rindok naaa nangga effect DSLR eh ishkkk jeles ku nangga :|

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails