Wednesday, December 10, 2008

Ngekot, Budaya Memalukan & Tidak Beradat

Ngekot (nge-kot). Ngekot merupakan budaya yang amat memalukan dikalangan masyarakat Melayu Debak. Bukan niat untuk memalukan orang Debak mun urang dah berkelaka, pastinya Debak terkenal dengan tempat ngekot tok. Okey, apa sebenarnya ngekot tok?

Kisah ngekot bermula dalam zaman 70-an dan sekiranya fenomena ini berlaku, bakal mengundang aib yang begitu besar dalam institusi kekeluargaan di Debak. Ngekot tok berlaku dalam kisah pasangan kekasih. Apabila si gadis lari ke rumah sang pria atas dasar ingin berkahwin, itulah digelar ngekot. Adapun ia berlaku disebabkan gadis itu mungkin telah dinodai, perhubungan yang tidak direstui oleh orang tua sang gadis, ataupun si pria tidak mampu mengadakan tuntutan untuk melangsungkan perkahwinan.

Lazimnya gadis yang telah dinodai si pria akan ngekot ke rumah pria tersebut dan secara tidak langsung, si pria tersebut akan bertanggungjawab dan terus melangsungkan perkahwinan "koboi" walaupun sekadar dijamukan biskut kering.

Budaya ngekot ini menggambarkan satu perbuatan yang begitu keji kerana persepsi masyarakat apabila belakunya ngekot, telah berlakunya zina sebelum perkahwinan. Justeru, ibubapa si gadis akan berasa malu dan sampai ke tahap tidak mengaku anak kerana tidak dapat menerima perkara ini.

Trend ini semakin menjadi-jadi pada era 80-an dimana apabila berlakunya keramaian dan musim raya. Sehingga sinonim bila disebut,"Raya Maulud(Maulidur Rasul) tok rami urang ngekot!".

Okey, pemahaman mudah ngekot tok dapat diterangkan dalam bentuk camtok.

Teori Satu.

Abu dan Imah adalah pasangan kekasih. Imah rela menyerahkan dirinya untuk Ali kerana terlalu kasih dengan Ali. Setelah terlanjur, Imah takut didapati mengandung, so Imah pun ambil keputusan pergi ke rumah Ali dan tidak mahu pulang. Jadi, Imah dah ngekot Ali kerana Imah takut Ali sik maok bertanggungjawab dengan Imah. Penyelesaiannya sidak duak pun kahwen dan digelar nikah ngekot.

Teori Dua.

Jenal dan Sita telah lama bercinta. Jenal ingin memperisterikan Sita tetapi tidak punya belanja yang cukup. Hasilnya Jenal pun berkata dengan Sita, "Mun ko mok nikah ngan aku, ngekot aku jak kau. Dapt kito nikah.". So, Sita pun ngekot ke rumah Jenal dan walaupun tidak pernah terlanjur, mereka pun nikah ngekot juak.

Teori Tiga

Sazali merupakan lelaki idaman semua gadis. Hani sudah lama maok ngan Sazali. So, untuk dapatkan Sazali nya pun pergi umah Sazali dan sik maok pulang juak. Walaupun Sazali sik suka, masyarakat akan padah Hani ngekot Sazali. Nikah atau sik, Sazali yang akan buktikan nya sik pernah ada hubungan dengan Hani.

Teori Empat

Diah merupakan gadis yang banyak kali bertukar lelaki. Beberapa kali terlanjur dan akhirnya mendapati dirinya mengandung. Kebetulan Azli berkenalan dan polah onar dengan Diah. Setelah dapati dirinya mengandung, Diah terus menuduh Azli yang membuntingkannya walaupun ada lelaki lain yang polah ya. Maok sik maok Azli ngakuk dan Diah pun ngekot ke rumah Azli. So, sidak pun kahwin ngekot.

Fenomena tok masih berlaku dan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral yang jelas dalam Masyarakat Melayu Debak. Lebih baik jangan berkawan dengan sebarangan gadis di Debak kerana takut ada yang jadi mangsa. Ngekot ini juak boleh dirancang dengan mencari lelaki yang punyai kerjaya dan kedudukan.

Malah, ianya juga berlaku dalam peringkat umur zaman persekolahan menengah. Tingkatan 4 pun dah kawen. So, jangan terkejut kalau tengok perempuan cantik dan muda di Debak berjalan dengan anak kecil kerana mungkin yang bersamanya bukanlah adik tetapi anak!

4 comments:

Audio said...

Ermmm... mun ada pasangan nok ngekot walaupun bukan kita bertanggungjawap.. pegi jak laa check DNA rah doktor lok.. pakei ngesah yang bukan kita mpun keja ya. Dapat sik camya? :|

adzzha said...

Dapat.. Mun aku diekot ompuan.. sik ku maok percuma nikah macam ya..

Sebab dolok ada seorang cikgu diekot oleh studentnya.. diantar balit ke rumah orang tua miak ya last-last

khairul onggon said...

Gik adakah?? Mun boleh iboh DIEKOT budaya ya owh..

Macam urang puteh pun style pun ada juak ku nangga.. Sikhal, generasi knektoklah yg patut molah perubahan tok.. Kita kasi tukar! Kasi ikut syariat yg sebenarnya.. InsyaAllah..

alans said...

there is another version of da story..urg lamak dolok pun ceta..zaman 40an 50 an marek nenek ku ceta ..paling cnang maok ngekot tok..mun urg laki ya suka ngan ompuan berik jak apa2 ngan urg ompuan ya kdak jam ka rantei ka..bila parents cdak nangga barang urg laki ada rah onpuan ya alu trus suruh nikah coz cdak dah pikir lain..tok nang kolot lah..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails