Thursday, December 25, 2008

Saat Bahagia Akan Menjelma

Kurang 2 jam dari sekarang, my 2nd cousin, Nazianani binti Gani akan mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka pilihannya dalam satu majlis ringkas di Debak. Ku rasa terharu akhirnya berakhir juak penantian Kakni untuk mengakhiri dilema hidupnya.

Yang uniknya, saat Mak Udak di Mekah, setelah selesai menunaikan haji, nya mimpi Kakni kahwin tapi nya sekpat nampak muka pengantin lelaki. Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya Mak Udak dah dapat sign awal tentang hasrat Kakni. Finally selesai urusan majlis doa selamat Mak Udak last Sunday, hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah ya termaktub juak akhernya.

Well, majlis persandingan akan diadakan kemudian dan aku rasa cukup respect pada Kakni dan Abang Man sebab dapat berfikir secara matang dan tenang dalam menentukan hala tuju hidup sidakya. Bagi aku, Abang Man senang untuk dimbak berkawan dan mudah masuk line mek urang.

Aku arrive dari Sri Aman kol 8.00 giya. Ian dan keluarganya sampey sebelum aku, pukul 7 malam. Ijam & Ija sampey about 10p.m. dari Bintulu. Aku rasa bangga sebab semua kazenku ada turut bersama kecuali hanya sorang yang mungkin terlalu bz dengan kariernya dan sekpat cuti kerana ada komitmen yang lebih besar..maybe. Juga pada uncle aku yang juga ada medical check-up yang sebenarnya aku pun sik faham kebetulan gilak. Aku benar-benar terkilan gilak dengan situasi tok. Mungkin sidak selesa hidup bersendirian.

Apa-apapun, hubungan kekeluargaan ya lebih utuh dari segalanya. Bagi kami yang sik punya ayah tok, toklah masa menghargai detik bersama. Thanks to Cik Wan; yang mek urang anggap macam ayah nektok. Also to Cik Mawi for make our life cherish and dihargai. Why not rest for a day and participate in the only moment in the life.

Apapun, Selamat Menempuhi Alam Baru buat Kakni and Abang Man. Selamat Pengantin Baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails