Sunday, October 19, 2008

Pulut Kuning Tahun ke-18

Nukilan : Mohd Khairul Azha Haji Azahari

"Mala Kamek Jak Disuroh!", jerit Fiqah pada ibunya seraya menghempas pintu biliknya. Dia gusar apabila disuruh Puan Shina membeli santan di Kedai Pak Sait Jahok. Jauh benar pandangan Puan Shina menerawang ke jendela rumahnya. Yang pastinya, permandangan indah Sungai Sarawak tidak berada dibenak mindanya. Kekesalan membenak di dalam hati Puan Shina sambil titik jernih mula bergenang di matanya.

Petang itu adalah memorinya, memori 18 tahun dahulu tika dia bertarung nyawa melahirkan Fiqah, satu-satunya zuriat hasil perkahwinannya dengan Kolenal Zihan. Hari itu hari lahir Fiqah, hari itu juga tiap tahun dia menyediakan pulut kuning buat sambutan hari lahir Fiqah.

"Kitak tok eh, old fahion mak! Sekda urang sambut birthday pakey pulut kuning. Pakey kek bah! Supan nyawa kamek depan Zie ngan Eja kelak", terpacul kata-kata itu dari bibir Fiqah tatkala ibunya sedang memasak kurma di dapur sebagai pasangan pulut kuning yang ditanak setiap kali ulangtahun Fiqah.

Fiqah masing lagi berkurung di bilik, mungkin sedang bergayut dengan kawan-kawannya di telefon. Sememangnya dimanjakan keluarga, Fiqah memang seorang pelajar yang cemerlang. Tapi keakraban bersama ibunya mula menjauh bila dia mula menegenali handphone, Yahoo Messenger dan Friendster. Berkurung seharian di bilik selepas selesai kuliah. Sungguhpun Puan Shina bertugas di Kementerian Kewangan, dia tak pernah lupa menyediakan makanan malam untuk santapan mereka 3 beranak di rumah.

"Mak, kitak makan jak pulut kuning ya ngan bapak. Mek dah janji ngan geng mek makan di Secret Recipe. Zie meli kek mahal pakey kamek. Mok nantik kitak meli kek, sampey mek nikah pun sekda cerik kali.", gusar Fiqah tatkala tiba-tiba keluar untuk bersama kawan-kawanya meraikan hari lahir di luar. Tidak sampai tiga puluh saat, Mira Moderno Hello Kitty si Fiqah terus mendesup keluar dari perkarangan rumah di Kampung No. 6 itu.

Puan Shina menggeleng-gelengkan kepala tatkala suaminya yang baru selesai melawat kolam keli di Rampangi pagi tadi. "Kenak tok, muka kedak cuka jak. Takut mek keluar ngan janda kedey lapis rah Semariang ya kah?", gurau suaminya. "Eee, rasa dirik tek bagus gilak, sak jak singit sebelah badannya!". sambung Puan Shina sambil menggeletek pinggang suaminya. Kemesraan itu masih jua berkekalan sejak perkenalan mereka di ITM Semariang dahulu. Memang patut ramai penduduk kampung yang cemburu. Tiap-tiap petang pasangan ini bersama keliling kampung dengan scooter si Fiqah. Sungguh akrab persahabatan mereka walaupun sudah 20 tahun berumahtangga.

Malam menyinsing, azan terus berlagu, langit kemerahan tapi Fiqah masing belum pulang. Jarang benar Fiqah keluar melepasi Maghrib. Biarpun keluar malam, Fiqah pasti akan pulang dulu untuk solat Maghrib di rumah. Puan Shina mundar-mandir di ruang tamu. Kebingungan. Sejenak itu, terdengar hembusan blow-off yang dikenali semua di lorong tersebut. Tak syak lagi, blow-off dari enjin L512 si Fiqah. Mukanya
ketakutan tatkala memecut masuk ke perkarangan rumah.

"Mak! Mek takut mak! Mek takut!", tangis Fiqah terus mendakap ibunya. Bapanya hanya bercekak pinggang di muka pintu dengan muka bengisnya. "Dah maghrib dah tok! Ko pergi cney sampey sik tauk jeraya pulang rumah ya!", jerit ayahnya memecah kesunyian senja itu. "Mak! Mek janji sik maok jaik ngan kitak agik!" tangis Fiqah dalam pelukan ibunya.

"Dah, boh nangis deng. Pergi nait, mandik and pergi semayang lok. Lekak ya baruk kitak slow talk ngan mak duak ayah k.", ujar Puan Shina lembut sambil mengusap air mata di pipi anaknya. Tudungnya kusut masai tak menentu.

Selesai solat Maghrib, Fiqah turun ke ruang tamu terus berbaring dipangkuan ibu. "Nak, coba kitak cerita apa dah jadi petang tek", soal Puan Shina lembut. Si ayah cuma berdiam diri sahaja.

"Mek hampir kenak rogol mak, nasib mek sik kenak apa-apa," Fiqah memulakan cerita. Selesai sahaja birthday party di Secret Recipe di The Spring, Fiqah dan kwan-kawan terus ke MASJA petangnya. Dalam keseronokan meraikan petang itu, ditambahkan lagi pada hari Sabtu, kumpulan 4 gadis comel ini dihampiri 2 jejaka tampan dari yang sama menuntut dengan mereka. Mujurlah salah seorang dari mereka memang diminati Fiqah. Zoey namanya. Pada mulanya perbulan mereka berkisar hal pelajaran tetapi mula melalut ke sindiran lucah. Zoey dan Sham mula mempelawa mereka minum di dalam MPV Toyota Alphard milik Zoey. Zie, Nana dan Eja sudah selalu keluar dengan mereka. Melihatkan kawan-kawannya begitu mesra, dia tidak mengesyaki sesuatu.

Tiba di dalam MPV it, Fiqah tiba-tiba merasa sesak nafas lantas mengeluarkan inhaler dari tas tangannya. Tapi tiba-tiba inhaler tersebut jatuh dicelah kerusi. Tatkala Fiqah menyeluk tangannya di celah kerusi, dia terpegang seketul butiran seakan pil, dalam diam dia menilik ingin mengetahui pil apa sebenarnya dipegangnya.

"Ya Allah! Esxtacy!", getus hati Fiqah. Mengetahui dia sudah di dalam MPV tersebut, dia berpura tidak mengetahuinya. Kemudian Zoey mula mempelawa Fiqah minum segelas cola yang telah dituangnya. Fiqah sedar dia dalam perangkap yang tidak pernah dia sangka selama ini. Tiada pilihan selain berpura-pura minum air tersebut.

Tidak sampai lima minit mereka berbicara, keadaan dalam MPV mula menjadi semakin liar. Sham mula memasang video lucah yang menyebabkan Zie mula teransang. Tiba-tiba Zoey mula menerkam Fiqah dan cuba untuk menodainya. Zooey sangka Fiqah telah khayal tapi sebenarnya Fiqah masih waras dan berjaya melepaskan diri dari MPV tersebut.

"Yalah mak, nyaris-nyaris mek kenak rogol tek! Sik mek cayak gik ngan kawan-kawan mek ya. Duhal sidak suka makan pil duhal. Patutlah 2-3 bulan tok mek tangga sidak macam sik betol jak dalam kelas", adu Fiqah pada Puan Shina. Puan Shina tersenyum sambil terus mencium dahi Fiqah. "Syukur Alhamdulillah deng. Yang penting kitak selamat," ujar Puan Shina pada Fiqah. Tiba-tiba si ayahnya pula menyampuk "Sebab ya lah ayah sik maok berik kebebasan gilak ngan kitak, sayang bah ayah ngan anak ayah sorang tok".

Senyum mula terukir di bibir Fiqah. Tekad dihatinya tidak akan mudah diperlekehkan semudahnya oleh kawan-kawannya. "Dah, yang penting kitak dah besar, dah pandey jaga dirik, mak syukur gilak kitak selamat. Dahlah, yalah makan di Secret Recipe tek nak. Alu lupak menu tradisi kitak dari kecik tek," luah Puan Shina sambil menyindir anaknya.

Malam itu, untuk tahun ke 18, mereka anak beranak duduk lagi semeja menghadap pulut kuning tanda hari lahir untuk Fiqah. Sekalung doa dibaca mohon keberkatan sambil sekotak hadiah berbalut wraping paper berwarna biru muda berisi XBOX 360 tersedia untuk Fiqah sebagai hadiah hari lahir ke-18nya.

Sekian.



Moral dari cerpen ini:
  • Berkawan biar berpada
  • Tradisi keluarga jangan dilupakan
  • Keakraban anak bersama ibubapa haruslah sentiasa disemai

2 comments:

AcHiKa said...

ktk molah crita tok?? woh~~mun 100% bahsa swk gne ho?? :P

adzzha said...

akan menyusul sigek cerita dalam bahasa sarawak.. tunggu jak mun kamek ada keluangan...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails