Friday, October 17, 2008

Dilema Usahawan Melayu

Usahawan boleh diertikan sebagai mereka yang berniaga atas usaha sendiri. Menjejakkan kaki di Pusat Rehat Temoduk atau lebih senang dikenali sebagai Simpang Sri Aman, menemukan saya dengan persepsi Usahawan Tangkap Muat (UTM) ini.

Menjadikan perniagaan burger sebagai perniagaan utama, sudahlah harga yang ditawarkan agak mahal, kondisi gerai dan banner sungguhlah menyedihkan. Harga beef burger mencecah RM 2.00 dengan rasa yang langsung tiada istimewa sedikitpun.


Langsung tiada profesionalisme dalam perniagaan. Apakah ini ditakrifkan sebagai persaingan yang maju? Sampai bila masyarkat harus membiarkan kehadiran usahawan sebegini?

Gerai ini memang kotor dan banner untuk memaparkan harga pula "dicuri" dari pinggir jalan. Sungguh sedih dan saya terfikir, bila agaknya kita akan lihat gerai burger yang punyai tarafan first class di sini.

Tepuk dada, tanyalah selera. Yang pasti, melihatkan gerai ini pasti akan membantutkan niat saya untuk membeli burger tetapi mentaliti masyarakat yang masih menyokong bentuk bisnes sebegini membuatkan mereka berjaya mengekalkan sebuah gerai burger yang langsung tiada kualitinya...

1 comment:

Anonymous said...

Tarif usahawam ada lebih luas.Seorang usahawan tidak sama dengan seorang perniaga. Perniaga adalah seseorang yang menjual sesuatu produk kepada orang ramai tetapi tiada usaha untuk mengembangkan produk tersebut samada dari segi bentuk atau kaedah pemasaran. Beliau hanya menjual produk sahaja dan memperolehi keuntungan. Manakala usahawan adalah seseorang yang membangunkan produk mereka dan menetapkan pemasaran untuk produk tersebut agar dapat bersaing dengan lebih kompetatif..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails