Monday, October 20, 2008

Alert to All Online Banking User (CIMB and Maybank2u)

Serangan dari penggodam dan penjenayah siber kini menular ke dalam e-mail anda. Pastikan anda membaca dengan teliti jika menerima mail yang kononnya dari Maybank Berhad atau CIMB Bank. Dikhuatiri, maklumat login anda akan diperolehi sekiranya kita terleka dengan mail-mail tersebut. Melalui pemerhatian saya, antara mesej yang ingin disampaikan dalam e-mail tersebut adalah tentang mereka sedang menyelenggara sistem dan anda diminta klik pada link yang disediakan.


Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Link : http://i29.photobucket.com/albums/c298/adzzha/alert.jpg

AWAS! Jangan klik apa-apa dalam e-mail anda sekiranya domain itu bukannya dari bank tersebut.

Berikut merupakan contoh paparan e-mail. Saya tidak pernah punyai akaun di Maybank.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.


Link : http://i29.photobucket.com/albums/c298/adzzha/alert3.jpg

Serangan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kalau difikirkan logik, saya tidak punyai account di Maybank. Mana mungkin ada e-mail dari Maybank2u di dalam inbox mail saya. Harap semua berhati-hati. Sebarkan kepada sesiapa sahaja.

Sekian, Harap Maklum.


Mohd Khairul Azha Haji Azahari

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails