Saturday, October 11, 2008

Andaikata TYT Melaka Minat Lucille... Datuk Wan Azan Suffian

Apa akan jadi kalau TYT Melaka minat dgn band Indie, Lucille. Mesti all 5 Lucille's member dapat gelaran Datuk. Hahaha, Datuk Ian or Datuk Nas atau member-member Lucille yang lain. Hihihihi. Tu pun kalau die minat Lucille sebagaimana TYT Melaka buat Malaysia gempar bila beri gelaran Dato dengan Shah Rukh Khan.

Bila difikirkan, apalah sumbangan rakyat India yang menyesal dilahirkan dalam Islam ni kepada Malaysia. Aku rasa baik di bagi gelaran Datuk ni kepada semua residen di Malaysia. Bukan mengkritik tapi just rasa macam kecewa sebab ramai lagi yang deserve gelaran Datuk ni. Bagilah gelaran Datuk ni kepada penerima anugerah Bapa Mithali ke Ibu Mithali ke. Atau beri gelaran ni pada parents yang punyai ramai anak, tapi dapat lahirkan anak yang beri sumbangan bermakna kepada masyarakat..

Firasatku kini berkata. "Gelaran Datuk kini boleh diibaratkan menerima gelaran Ketua Pengawas Sekolah".

Well, renungkanlah apa yang dah jadi dengan negara kita. Macam tiada piawaian yang jeas dengan kriteria pemberian anugerah Datuk ni.

MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails