Tuesday, September 30, 2008

Minal Aidil Wal Faizin...



Salam Aidilfitri.

Aidilfitri. Sebenar erti kemenangan bagi yang berpuasa. Bukan kerana kemenangan menahan lapar dan dahaga. Kemenangan yang sebenar tersirat ialah kemenangan kita memanfaatkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Salam Lebaran ini.

Ku tujukan khas untuk:

  • Si Manis Vyna (Well.. Only I Know)
  • My Mom
  • My Sibling:
    1. Nur Aqma Azha Haji Azahari
    2. Mohd Shafiq Azha Haji Azahari
    3. Mohd Siddeq Azha Haji Azahari
  • My Uncle & Auntie
    1. Pak Long & Mak Long
    2. Mak Ngah
    3. Mak Udak
    4. Cik Wan & Cik Mimah
    5. Mak Anjang
    6. Mak Tek & Cik Mawi
  • My Cousin:
    1. Ijam TongNyat
    2. Adeq Nani
    3. Ono Lucille
    4. Emi Lucille
    5. Ida Panda
    6. Ian Lucille
    7. Ebby
    8. Cipot aka Aliah Jenab
    9. Baybie Salbiah
    10. Dilot
    11. Athir
    12. Tuty
    13. Iman
    14. Ijad
    15. Rizal
    16. Mamat
    17. Oni
    18. Mizan
  • My Ex-Uni Frendz:
    1. Dol Fisher
    2. Pajil Sabah
    3. Epol KPSU
    4. Len Celcom
    5. Sam Miri
    6. Lieda Ganu
    7. Lyn Kenjet
    8. Mock Sibu
    9. Adi Sibu
    10. As aka Hap Sukma
    11. Adi Lundu
    12. Boy Bintulu
  • My Close Frendz
    1. Rusty aka Mudin
    2. Luzman
    3. Lai aka Ikhlas
    4. Baby Limbang
    5. Rashid
    6. Uqee ilovekuching.com
    7. Jimi Padayyappa
  • And rami agik kenalanqu:
    1. Ex-SK Ampang Campuran
    2. Ex-SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim
    3. Ex-SMK Saribas
    4. Ex-Kolej Tun Datu Patinggi Haji Bujang
    5. Ex-MRSM Kuching
    6. Ex-UiTM Sarawak (Civil Engineering 2000)
    7. Ex-UiTM Sarawak (Computer Science 2002)
    8. Ex-PM UiTM Sarawak (2003-2005)
    9. Ex-Komander UiTM (2003-2005)
    10. Ex-PBSM UiTM
    11. Ex-SLG, Segi College
    12. Staff Media Prima Sdn. Bhd
    13. Staff ByTechnologies Sdn. Bhd
    14. Member di www.pgx.com.my
    15. Member di kamek.org - pakpuj,bibi,farah... etc
    16. Member di Scooter Attack Customs
    17. Member di Sarawak Unite Scooterist Society
    18. Member di Autoshift.net
    19. Member dalam Friendster
    20. dan semua yang sik dapat ku nyatakan di sini...
Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua dalam lindungan *Allah S.W.T. Dikurniakan rezeki yang bertambah, kesihatan yang baik dan kasih sayang yang mencurah-curah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Perpisahan Ya Ramadhan

Salam Perpisahan buatmu Ramadhan yang penuh keberkatan. Ramadhan yang penuh dengan maghfirah dan peluang meningkatkan amal ibadah. Pastikan ku rindui Ramadhan ini, pasti jua ku belum ada pasti mungkinkah akan ku bertemu sekali lagi dengan Ramadhan.

Tanpa disedari, ianya kini sudah berakhir, tamat sudah ia. Tamatlah jua kemanisan nikmat berpuasa. Puasa bukanlah penyeksaan, bukan jua satu penderaan. Mungkin dulu aku tak pernah merasa manisnya nikmat Ramadhan. Yang terlintas cuma difikiranku ini adalah Aidilfitri. Tiada sekali pernah ku rasa kepiluan seperti ini, saat berakhirnya Ramadhan. Sedih rasanya walaupun hakikatnya Aidilfitri adalah kemenangan, tiada se-istimewanya Ramadhan.

Ramadhan, ku harap kan bertemu lagi di Ramadahan mendatang....

Friday, September 26, 2008

Formula Harga Minyak Yang Harus Kita Telitikan...

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)

1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30

Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)

Harga sekarang = RM 2.45 sen
Beza yang RAKYAt bayar lebih= RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.


AMACAM?

Thursday, September 25, 2008

Drive Safely

Semakin hari semakin ramai orang dah beransur balik ke kampung. Bahang Aidilfitri pun kian terasa impaknya. To all, semoga selamat memandu dengan hati yang tenang dan sabar. Sungguhpun begitu, for those yang boleh kira palak dasyat kedak aku, bolehlah kiranya kitak urang balit kampung awal pagi sebab banyak advantage drive selepas kol 1 gia... Maok tauk kenak? Yah...
  1. Jeraya almost clear and sik banyak traffic gilak pada kedua arah.
  2. Suhu yang dingin, so sik perlu gilak pasang air-cond.
  3. Tayar anda pun berada pada tahap optimum sebab suhu jalan juga rendah.
  4. Senang nak overtake sebab kita dapat jangka kedatangan kenderaan dari hadapan.
  5. Dapat isap rokok for those smoker and dapat minum or makan sambil drive.
  6. Yang dah kahwin ya, sik perlu takut tebik posa mun drive malam. Ado malam.
  7. Kurangnya kes mengiringi kenderaan terlalu lama sebab most of lorry driver berhenti rehat at 12am-3am.
  8. Mun dah sampey kampung - Suprise!! Memang terkejutlah family kitak urang sebab sewal pagi kitak urang dah sampey.
  9. Sik ada alasan maok batalkan posa sebab bermusafir.
  10. Sik mudah nak melelat ke tempat-tempat lain sebab destinasi kita hanyalah satu tempat sahaja. So, sekdalah ayat "Singgah Everise lok, mak pesan beli daging cincang".
  11. Kuranglah risiko sik sembahyang sebab awal pagi, kol 5 lebih baruk ada sembahyang subuh.
  12. Bagi yang ada anak, masa tok nang seuai sebab mostly sidak akan tido dan pemanduan akan menjadi lebih teratur.
  13. Dapat speeding se-ngak-ngak nyawa.

Apapun, for those yang drive jauh, mun ngantok, jangan dipaksa mata ya meneruskan pemanduan. Tido 15 minit adalah lebih selamat dari terlelap sesaat.

Ok, ya ajak... Selamat Balik Kampung!

Wednesday, September 24, 2008

Coure Project | Stage 1

Projek Coure sudah bermula. Segalanya telah dilakukan dgn baik. Syukur Alhamdulillah. Stage 1 dah complete dengan pemasangan bodykit Coure Senyum. Ada 3 choice pada permulaannya. TR one set dah RM 4000 depan belakang. So, choice tinggal hanya ada antara Injection ataupun Senyum.


Kelisaku telah dibogelkan dengan penuh seksinya.


Chief Mechanic Lai memberi arahan kepada dua fotographer yang ingin menunjuk skill memasang bumper.

Pada asalnya ku fikir aku akan pakai bodykit Injection. Dah ready Rm 1050. Full complete front. Dah tiba aku colect item ya, lalulah tertemu bumper Senyum ya. Hahaha. Siklah rare tapi nampak lebih smart dari Injection. Finally aku kuar RM1170 untuk one set Senyum ya.


Setelah selesai pemasangan di rumah Lai.

Semua pemasangan dilakukan di rumah Lai. Kondisi pada asalnya calar-balar tapi finally dah polish and cuci, bersih jugak akhirnya. So, buat masa ni, pakai berbelang lah jawabnya. Another project akan menyusul selepas raya.


Setelah dipolish dengan penuh rasa rajinnya.

Sunday, September 21, 2008

Celcom, Be Responsible!!

Please be responsible on the network failure in Debak. I can't even using your fucking Free Sunday call. Really mess up my life and make me miserable. I cant even sent any sms and call my Vyna.

Crap! Sometimes I'm thinking to change my operator service but I can't lost my contact by changing number. See, many things different when you started working. You can't even change your phone number easily.

Back to the story again. Sometimes, this network failure could cause a break up between couple, missing some important news and make me speaking rubbish all day long.

Dahlah.. Celcom tok nyuroh aku nyumpah 2 hari tok. Pegi mampus!!

Featured Artist :: Sami Yusuf


Sami Yusuf is a British composer, singer and an accomplished musician. He was born in July 1980 into a musical family of Azeri origin, thus music played an integral part in his life.

Sami learnt to play several instruments at a very young age and gradually began to show a keen interest in singing and composing. He studied music at several institutions and with renowned composers and musicians including composers from the Royal Academy of Music in London, one of the world most prestigious music institutions.

Sami has been composing from a very young age and his beautiful voice is supplemented by his extensive knowledge of music theory and harmony. He has also a good understanding of the Middle Eastern modes (or Maqams).

To his credit, Sami has sold over a million copies of his debut album 'al-Mu'allim' and his second album 'My Ummah' is exceeding sales of three million copies worldwide.

Sami is a devout Muslim who sees songs as a means of promoting the message of love, mercy, peace and tolerance and encouraging the youth to be proud of their religion and identity.

To date he has performed at sell out concerts in over 30 countries across the world from Istanbul to Casablanca, from USA to Germany. The concert in Turkey drew an audience of over 200,000, his biggest concert so far.

"Sami Yusuf is the biggest name in Muslim Music - anywhere" The Independent

"Islam's biggest Rock Star" - Time Magazine



Rakyat Malaysia memang KREATIF

Rakyat Malaysia memang kreatif, tak habis dengan dunia modifikasi, kekreatifan itu sentiasa berkembang dan tidak terbatas kepada apa jua perkara. Ini turut berlaku dalam dunia hasilan grafik dan seni. Antara hasilan seni KREATIF Malaysia yang menjulang "kehebatan" graphic designer di Malaysia antaranya:

LOGO AGROBANK


Logo Penjenamaan Semula Bank Pertanian Malaysia ke Agro Bank



Logo Airwalk yang sudah digunapakai sekian lamanya.
See: Airwalk Website

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-51


Logo sebelah kiri adalah logo rasmi yang diguna pakai untuk barangan keluaran Taiwan manakala di sebelah kanan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-51 yang jelas diciplak daripada logo Taiwan.

LOGO STESEN NTV7


Logo yang digunapakai oleh ntv7.

Logo yang digunakan oleh stesen TV di Los Angeles.
See: abc7 Website

Kreatif kan orang-orang Malaysia. Banyak lagi yang belum kita tahu tentang penciplakan logo di Malaysia. Tahniah kepada semua "Pencipta Logo" sekalian.

Kelisa Project Update




Last week aku terpaksa tukar juak rim Kelisa ku. Lekak pulang dari Bintulu nang kedak apajaklah rim Atos lamak ya. Abis bengkok rim. Kesimpulannya, aku dah tukar rim and tayar baru. What make it difference right now is rim tok nang ringanlah, so aku terpaksa remastering handling aku. And maybe aku harus pergi polah alignment and balancing lusak after beli bodypart depan untuk Kelisa aku tok.

Minjam keta X-Zhibit lok. "Watch out! coz your wont even recognize your car after this!" Mun ajaklah... Hahahaha. Yang penting aku rasa bersyukur sebab aku mampu ada keta dikpun dengan hasil penat lelah aku bekerja. Syukur Alhamdulillah.



Saturday, September 20, 2008

Sedih tanpa kredit.

Sedih gilak asa ati bila sekda kredit tok. Aku rasa macam dunia tok sekda henpon jak.....
Pleaselah! Bulan tok loso gilak aku...

Merah atau Biru?

\

Merah atau Biru. Petembungan dua gergasi di Stamford Bridge esok adalah benchmark kepada prestasi Manchester United yang bermula hambar musim ini. Berbaloikah pembelian Demetiar Berbatov dan kehadiran semula The Europe King, Christiano Ronaldo kepada percaturan Sir Alex Ferguson.

Pastinya aksi ini akan menjadi satu debaran hebat.

Man U musim tok langsung sekda polah pembelian. Ngak-gak Berbatov ya jak last minit. Apalah! Sak jak team Champion! Lokek ada jak beli pemain. Sepatutnya player lebih berminat ngan team jagoan kedak Man U. Apapun, bohlah diturunkan Ryan Giggs ya. Sak Giggs main mesti gameplay jadi slow sebab nya dah tua.



Video Khas buat Scooterist....

Nang layan abis. Video tok aku rasa nang khas untuk scooterist. Kacak idea Sheila on 7 tok. Sik sabar juak asaku mok mod Nouvo ku lepas tok. Dah lamak sik di start Nouvo ku rah umah nun.



Sheila on 7 - Betapa

Friday, September 19, 2008

Hubungan Kian Hambar?

Oleh : Mohd Khairul Azha Azahari

Seringkali apabila sekian lama dalam sesuatu hubungan, pasangan kekasih pasti mengalami sindrom kehambaran dalam hubungan. Harus diperbetulkan, tiada kehambaran patut lahir dalam ikatan kasih sayang yang setia. Mengapa begitu? Apakah setelah berhempas pulas mendapatkan cinta ia dibiarkan berlalu macam tiada apa yang berlaku?



Keintiman sesuatu hubungan bukanlah perlu sentiasa berdekatan selalu.

Dari segi lahirnya memang kelihatan begitu. Panggilan telefon dan SMS sering sahaja dilakukan pada peringkat awalnya. Usaha mendapatkan cinta ibarat peperangan tampak gayanya. Masing-masing meyakinkan diri mereka tak rugi dimiliki. Namun begitu, setelah masing-masing telah berterus-terang tentang cinta, ianya tampak seperti normal. Sememangnya perkara ini adalah sesuatu yang berada di tahap normal.

Pasangan yang prihatin lazimnya menerima hakikat ini sebagai satu norma yang harus ditempuhi. Ini adalah kerana setiap di antara mereka punyai masa peribadi, teman-teman serta karier masing-masing. Bukan bermakna cinta itu hambar. Nurani lebih kuat merasakan sesuatu yang berlaku antara dua insan. Justeru, kekerapan bertanyakan khabar melalui panggilan sekali-sekala dalam 2 hingga 3 jam adalah lebih baik dari mencurah ribuan SMS yang mungkin akan menggambarkan ketandusan idea. Kekangan kerja harian boleh diredakan mungkin dengan hanya melakukan panggilan pada waktu rehat, tengahari dan masa-masa yang sesuai. Sedikit ungkapan kata cinta di akhir panggilan dapat menyebabkan sesiapa sahaja tersenyum kerana rasa dihargai.



Lakukan panggilan setiap masa yang sesuai sebagai tanda sayang dan kasih.

Jangan terlalu mengongkong pasangan anda kerana kongkongan tahap maksimum sebenarnya telah berlaku di awal percintaan. Lebih baik izinkan si dia bersosial daripada mengetahui si dia bersosial di balik pengetahuan kita. Sebenarnya, pada hakikatnya kita memberi peluang kepada diri masing-masing mengeksplorasi kehidupan. Biarkan berlaku perkembangan positif dari segi perwatakan, penjelakahan pengetahuan dan yang penting, masing-masing perlu enjoy pada usia yang muda.

Umpama belangkas! Tiada yang istimewa sebenarnya setiap masa berdekatan, tiap masa bermadu kasih kerana ini adakalanya menyebabkan kecenderungan berlakunya pertengkaran. Hakikat yang nyata, sungguhpun panggilan telefon dan SMS tidak sehangat dahulu, masing-masing dapat merasai debaran rindu dan getaran kasih saying yang lahir dari hati yang tulus. Adakalanya biarkan pasangan anda melancong bersama rakan-rakannya kerana mungkin dengan kehadiran kita, membantutkan keakraban persahabatan mereka.

Secara kesimpulannya, kehambaran dalam hubungan cinta perlulah dielakkan seandainya masing-masing percaya pada keikhlasan dan keluhuran hati masing-masing. Yang paling penting ialah emotional touch dan sense of homour adalah lebih baik dari ungkapan cinta sepanjang masa yang adakalanya memualkan. Kunci kepada satu hubungan yang berkekalan adalah akrab persahabatan dan rasa memiliki dalam diri setiap insan.



Jalinan yang setia pasti berakhir dengan perkahwinan.

AGM Persatuan Kolok Sarawak

AGM Persatuan Kolok Sarawak memanggil semua pemain kolok professional untuk menghadiri AGM seperti mana berikut:
  • Venue : Pusat Kolok Daerah Masing-Masing
  • Waktu : Sepanjang Bulan Posa
  • Pakaian : Se-simple Yang Mungkin
  • Jumlah Wang Perlu dibawa : Se enggak-enggak nyawa
Sekian, arahan dari HQ Kolok Kuching, Kpg Tupong.


* Sak jak bulan posa jadi lah sidak main "olo" tok. Aku pun eran juak.

Thursday, September 18, 2008

Kakitangan awam dapat bonus Selasa

Dibayar sekali dengan gaji bagi persiapan raya

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam.Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan.

"Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam.

"Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat).

"Mereka perlu hadir ke pejabat masing-masing untuk bertugas pada Jumaat dan bercuti semula pada Sabtu dan Ahad berikutnya. Sekiranya 3 Oktober diberi cuti khas maka anggota sektor awam tidak perlu bergegas pulang dari kampung masing-masing," katanya.

Selamat Hari Lahir Emak.

Happy Birthday to My Mom, Hajjah Hajijah binti Haji Kihok
Happy Birthday Mak!

Hari ni dah genap umur mak 50 tahun. Tak terbayangkan betapa banyaknya usia yang dah mak habiskan untuk jaga kami adik-beradik. Separuh usia mak dah korbankan untuk kami semua. Tak terucap betapa banyaknya pengorbanan yang mak dah lakukan sepanjang masa untuk kami.

Semoga mak dikurniakan kejayaan dalam kerjaya, ditebalkan keimanan kepada Allah, ditabahkan dan dikuatkan hati, dikurniakan kesihatan dan kecergasan, diberikan rezeki yang mencurah-curah dan semoga kami semua dapat menumpahkan kasih yang tiada tertara untuk mak.

Kami semua sayang mak. Sepertimana kami sayang ayah, macam itulah juga kasih dan sayang kami pada mak.



Puasa kedua tanpa Ayah

Ayah, moga ayah tenang di sana.
Dah masuk 2 tahun kami puasa tanpa ayah.
Selera kami tak sehebat dulu ayah.
Saat terhidang bubur pedas, tergambar riak wajah ayah.
Sedih setiap kali berbuka, ayah.
Teringat kepul-kepul asap rokok ayah.
Rindu dengar suara ayah jadi bilal masa terawih.
Tak banyak yang kami makan ayah.
Mak pun tak sanggup masak macam dulu lagi sebab selalu teringatkan ayah.

Ayah, lama dah abang tak nangis.
Tapi hari ini sayu sangat hati sebab kuat sangat ingat ayah.
Sekalung al-fatihah untuk ayah.

Wednesday, September 17, 2008

Kerja Printing Hari Malam

Apa? Ko kerja part-time? Kerja rah off-set printing kah? Nakpa nama kata ko tok. Sekdalah, aku printing rah opis malam-malam tok. Banyak juak kad raya ku moak print malam tok. Mesti siapkan malam tok juak.

Haiya. Sambil ku printing, aku surfing tangga ideological war antara our top leader nok tok. Apa yang aku peningkan nektok adalah bila maok terimak gaji tok. Ada padah esok hari. Mena ndak kah?

Dah nak siap dah aku printing tok. Banyak juak kaler printer abis. Hihihi. Mahal ada jak cadtrige printer ku tok. One set jak dah 180. Sik gila apa. Canon i80. Spesel bah printer ku. Dah merepak panjang ku tok. Dahlah.

Minyak oh Minyak

Minyak, keranamu ramai yang terpaksa tangguh nak ajak orang makan nasi minyak.
Minyak oh minyak, dah berminggu hargamu bawah paras 100 USD tapi tak turun jugak.
Minyak, sampai sekarang banyak orang dah naik minyak.
Minyak, nak raya pun kena beli minyak jugak.

Minyak, bila nak turun? Jual lebih dari harga pasaran, takkan rakyat sampai sekarang tercekik jugak.

Fedap Asa Nyawa

Kenak nya sik, aritok baruk 17 aribulan> Asaku dah 2 ari aku sik bukak wallet ku tegal aku takut tangga isi kandungannya. Apa ada dalam poket ku ya lah ku belanja. Eran, nak nganok paloi pun ada juak aku. Kita rakyat tok tengah terhimpit, pok duak ikok atas nun ilek2 gik tukar portfolio. Ada kaitan kah? Sekda...

Gik seminggu gik maok terimak. Mati kerja. Aku pulang Jumaat tok RM20 pasti akan terbang melayang. Cukup ndak 2 keping kertas rona merah dalam wallet ku tok.

Ngerijik sik tentu masa aku aritok. Ya jak ujan petang ari. Lalu sekda mood maok cuci keta ku yang dah sik kedak upa kelisa kak peng riya... 3 minggu dah ya. Bibir dah kering lalu sik kedak upa sidak rappers dah muka ku tok... Merekah jak bibir.

Dah kol 5.30, pi ku eran kenak jam rah blog ku padah waktu lain. Maka aku grad Computer Science, sikkan ya pun aku sik tauk. Aduh, bisa palak ku tok. Kenak gik esok besday mak. Aku nak beli apa owh pakey berik mak...

Rasaku macam tok jak. Bagus ku abiskan ajak post tok, tutup lab rahsia ku tok and balit umah dahya mandik. Mok pergi umah rona merah nak ada uncle uban putih jak sungkey petang tok.

Assalammualaikum, Selamat Berpuasa.

Tradisi Kad Raya

Kad Raya telah menjadi tradisi sejak zaman dahulu lafi. Adapun dengan perkembangan zaman yang semakin menuntut segala penyebaran maklumat di hujung jari, Kad Raya semakin dilupakan peranannya dalam menzahirkan keeratan silaturrahim sesama umat Islam. Walaupun tiada tuntutan dalam al-Quran tetapi kebaikan jelas terserlah bilamana kad raya menjadi medium ingatan kepada sesiapa sahaja yang menerimanya.

Kebanjiran dan lambakan kad raya digital, teknologi YM dan instant messagging yang lain dan tak dilupakan teknologi SMS, MMS dan 3G menyebabkan semakin berkurangnya penghantaran kad raya tatkalai menjelangnya Aidilfitri.

Namun, tahun ini aku masih lagi melakukan design sendiri untuk kad raya ini. Setelah berkerja di GM Sri Aman, ini adalah hasilan sulung dari aku untuk edisi Raya 2008. Aku taklah sehebat graphic-graphic designer yang ada pada pasaran masa ini. Tapi bagi aku, aku ada identiti untuk setiap hasilan kerja aku.

Outer 1: Ada gambar masjid and logo GM Sri Aman dihiasi kerwang yang simple dan bintang seta bulan
Outer 2: Kerawang yang simple, alamat GM Sri Aman dan potrait hadapan GM.

Inner 1: Ruangan ucapan yang kosong berlatarkan gambar GM Sri Aman

Inner 2 : Gambar Staf serta corak bunga harmoni

Kad -kad ni nak kena hantar dalam minggu ni jugak... Ganbate kudasai!

Bermacam-Macam Jenis Ompuan Gai

:: Copy from Nash's Bulletin on My Friendster.

Untuk ompuan-ompuan gedik n rasa kacak...

1. pegi k.l alu rasa best
2. sakai ngan tmpt nak sikda d cnun
3. mun soping tmpt nak glemer trus posting lam blog..(tauk lah urg kitak anak urg kaya tek
nak)
4. pegi k.l amik gamba rah soping complex ngkah lam fster n not 4getting the CAPTION!
5. nemu urg cnun juak d k.l alu eksen ngn rasa best
6. b4 dtg k.l ngesep besa2 jak..blit cnun alu dressing kedak artis..
7. dtg k.l xmok minum tmpt besa2..rah starbak ngn kopi bean juak tuju..
8. sakai nangga wayang rah k.l hahaha!
9. n lastly,ompuan ya nang sengaja gai duhal..

Add-on gik...

10. gamba makanan pun nk di engkah dlm blog,..
11. beli baju MnG lalu nak ngeso...
12. bila rah kl rasa Chinese look la tek,..hahaha,...
13. lu pikir sendiri laa...hahaha...

Tuesday, September 16, 2008

Coming Soon to My Own Home!

Hihihihi. Sik lamak gik terimak. Bonus oh Bonus!!

This front halfcut will cost me RM1.2k..

InsyaAllah, mudahan jadi kenyataan..
Lai! Oh Lai! Ada kerja ko pakey polah minggu depan.
Itu kebarok! Seset bodykit untuk menyambut Aidilfitri tahun ini...

16 September 2008

Hari ini 16 September 2008. Selamat Hari Malaysia. Genap usia 45 tahun terciptanya gagasan Malaysia. Hari ini menyaksikan Sabah dan Sarawak yang melengkapkan kegemilangan Malaysia menyambut hari lahir penuh bermakna. Namun tiada sebarang sambutan pun berlaku sepanjang usia aku di muka bumi ni. Kenapa? Hanya semalam sahaja pertama kalinya kami di Sabah dan Sarawak merasakan adanya penghargaan terhadap kewujudan dua negeri di kepulauan Borneo ini.


Hari ini 16 September 2008. Selamat Hari Lahir ke-15 Baby! Selamat Hari Lahir Sharifah Siti Salbiah! My cute cousin, dah besar dah kacak kitak owh. Mudahan dapat straight A PMR tahun tok k. Mek doakan segala yang terbaik untuk kitak.


Hari ini 16 September 2008. Selamat Hari Angkatan Tentera. Salute! Tahniah kepada tentera kita kerana menjaga kedaulatan negara selama ini. Peranan tentera kita tak dapat dinafikan dan kehebatan mereka terbukti berada di tempat tertinggi. Tahniah sekali lagi!

Sunday, September 14, 2008

Serikin :: Racun Beli Belah

Bila menyebut tentang Sarawak, ramai sudah menjangkakan ada nama Serikin tersebut dibalik cerita mereka yang pernah ke sini. Berbanding membuang masa melawat Kampung Budaya, ramai yang turun ke Kuching semata-mata untuk ke Pasar Serikin yang tiada seumpamanya di tempat lain. Malah ada yang sanggup terbang dari KL sesudah kerja pada petang Jumaat dan terus ke Serikin pada pagi Sabtu dan kembali pula ke KL pada hari Ahad. Bunyinya memang agak pelik kan? Tapi apa yang istimewa sangat tentang Serikin ni?


Shopping di Serikin, boleh buat rambang mata.

Hmmm. Sah, pasti mabuk dan macam kena racun segala manusia bila pergi Serikin. Bukan setakat perempuan yang gila kain dan langsir, tak terkecuali sang lelaki yang jumpa segala apa mahu mereka di Serikin. Ada yang bising duit tak cukup sebab over bajet, ada juga yang bising terpaksa parking jauh dan ada juga yang berulang-alik ke kereta hantar semata-mata nak hantar barang dek kerana tak cukup tangan. Kini, rakyat jelata termasuklah dari Semenanjung cukup gemar pergi ke Serikin di Sarawak. Berbondong-bondong rombongan, pakai kereta, van, trak askar, bas persiaran termasuklah bas UiTM atau UNIMAS. Popularnya Serikin, pasar mingguan yang melonjak naik sebagai destinasi pilihan di Sarawak.
Nampak lengang tapi sebenarnya kalau peak-time, memang macam pesta.

Dimanakah Serikin? Hmm, Serikin sebenarnya adalah nama kampung. Kampung Serikin, terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia - Indonesia (Kalimantan). Apa yang ada di Serikin? Cakap sahaja apa yang anda mahu asalkan pandai menawar segalanya pasti jadi milik anda. Dari tikar rotan, tikar endon, jam, kacamata, jaket, jeans, telekong, sejadah, comforter, kerusi rotan, candalier, jaket kalis peluru, biker's item, jersi bola, baju team F1, busana muslim & muslimah langsir, batik, pelikat, home decoration, madu lebah, kosmetik, jamu Indon, barangan kristal, minyak lintah, oven, audio system dan banyak lagi.... sehingga tak terkira hendaknya.
Deretan langsir dari RM18 hingga ke puluhan ringgit. Yang macam rumah VIP pun ada.
Kasut-kasut askar pun diorang jual jugak.
Memanglah tak dapat dibandingkan dengan Pasar Besar Bukit Hitam di Perlis or Rantau Panjang di Kelantan tetapi Serikin punyai keunikan tersendiri. Rata-rata pengunjung ke Serikin pasti puas hati. Kalau dahulu Tebedu menjadi pilihan, kini setelah kompleks di Tebedu dipindahkan ke dalam kawasan Indonesia, ramai terus memilih Serikin kerana masih dalam kawasan Malaysia. Usah khuatir sebab abang-abang askar kita berkeliaran kat Serikin. Bayangkan se-set kain untuk baju kebaya siap dengan selendangnya boleh dapat RM 30 walhal diorang bukak RM 45. Cuba try usha kat Jalan Masjid India di KL, diorang jual kain yang sama macam di Serikin dengan harga RM120. Belum lagi masuk kain Samarinda, batik Doa Ibu, kain Palembang dan banyak lagi.

Kedai jual jaket jeans dan eksekutif belambak. Tapi kita sendiri dapat judge kualiti yang kita nak.

"Jaket F1 kat Serikin lagi murah dari Rantau Panjang!", kata husband anak buah aku semasa pergi Serikin 4 bulan lepas. Well, kepada sesiapa yang berkunjung ke Sarawak, khususnya di Kuching, lawatilah Serikin, 45 minit dari Bandaraya Kuching.
Kalau pergi berdua lagi sesuai, bawak anak kecik susah sikit nak menyelit celah-celah orang.

"Kitorang terpaksa berpatah balik ke Bau sebab bajet yang dibawak tak cukup. Rambang mata bila pergi sini. Kalau tak beli takut menyesal nanti," kata isteri arwah sepupu aku dari Kelantan. Begitulah berbaloinya pergi ke Serikin. Mesti penuh kereta bila balik dari sana.
Aksesori wanita pun ada, perfume tiruan belambak, ikut mana yang sesuai.

Kini dah bulan puasa, dekat-dekat nak raya elok jugak kalau berkunjung ke Serikin untuk membeli barangan pada harga yang anda mampu miliki. Serikin boleh dikunjungi dari pagi Sabtu hingga petang Ahad.
Serikin kini menjadi tarikan utama pelancongan.
Topi koboi, handbag brander dan pelbagai bahan berasaskan kulit mudah didapati di Serikin. Kalau panas, boleh beli topi dan terus pakai untuk meneruskan misi shopping di Serikin.

Sekali lagi satu pesanan, kalau ke Serikin:
  • Pakai sun-block lotion. Cuaca kat sana panas sebeb kat garisan Khatulistiwa
  • Bawak payung
  • Kalau nak parking, better parking depan rumah orang. Walaupun dia mintak bayar RM2, bayar je RM3 sebab lagi selamat.
  • Better jangan bawak budak kecik sebab takut tak tahan cuaca panas atau tak tahan nak layan diorang sebab nak beli mainan
  • Better bawak sling bag untuk letak wallet. Takutlah ada pick pocket ke.
  • Kalau nak buat urusan-tawar menawar, tunggu hingga tinggal kita aje pelanggan yang ada dalam kedai tu. Memang diorang kasi harga rendah. Kalau tak pun, carik kedai yang lengang. Kalau orang ramai, sure diorang tak nak bagi harga rendah takut nanti semua orang nak claim harga murah.
  • Bila bayar, contohnya harga RM 45, bagi je duit RM50, sebabdiorang jarang ade duit pecah. So, korang tekan jer RM40. Untung lagi RM5.
  • Jangan bawak kereta masuk ke sepanjang Serikin. Percuma korang kena sumpah semua orang.
  • Survey dulu sampai ke kedai hujung dan belakang. Takut korang menyesal ada kedai bagi harga lebih murah.
  • Pergi ke Serikin mestilah santai dan sempoi. Pakai pakaian yang memudahkan anda bergerak tanpa sebarang gangguan.
  • Masa: Jangan berebut dengan masa. Slow and steady sebab korang akan rasa lebih berbaloi kalau punyai masa yang lebih lama.
Serikin, bukan sekadar pasar biasa.Serikin juga tidak lepas dari tumpuan remaja dan spyshooter.

Itu sahaja dari saya. Selamat membeli-belah di Serikin.

Bengkel IPMa in KL

Last month aku selected untuk wakili GIATMARA Sarawak untuk bengkel pembinaan Profil Institut Pendidikan MARA (IPMa). Nang meletihkan tapi yang paling penting tok adalah titik utama pembangunan kareer aku. Aku start kerja 2 Mei 2008, meaning that aku baruk jak hampir 4 bulan dalam GIATMARA.
Khusyuk lah konon aku tek. Nang bz mena aku pergi bengkel tok.

Yang pastinya, hasil dari bengkel tok, aku akan present dgn bos Isnin tok, submit report dengan GM Sarawak, and present kepada kesemua 24 GM di seluruh Sarawak. Hmmm; another room for improvement for me - communication skill and leadership!

Best friend merangkap adik angkat arwah ayah. Bertemu juak aku dgn En. Sabizi tok.

Kursus tok mementingkan penyeragaman modul kepada kesemua IPMa dan bergantung kepada setiap IPMa untuk menentukan format yang selari. Luckily our team dapat perform the best format yang akan memudahkan pendokumentasian 24 GM kelak. Yang mengejutkan, 2-3 orang jak Tenaga Pengajar yang hadir and yang lainnya semuanya Pegawai and Pengurus. Gerun juak aku bila mula-mula masuk bengkel tok.

Dari Kanan, roomateku, Pengurus GM Jelebu, NS. Kakya Tenaga Pengajar GM Sabak Bernam, Selangor and rah belakang ya Pengurus GM Ranau, Sabah.
Presenter Format Profil GIATMARA (GM Jelebu first pakey format tok) ; Mr. Khairi, Pengurus GM Sik and Mr. Suhaini, Pengurus GM Jelebu

Alhamdulillah, mun boleh aku maok pergi seberapa banyak gik kursus after this. BTP, PPL, VTO and sort of it. Maknanya selepas tok aku akan mempunyai beban kerja tambahan. Chayo! Chayo!

Half of GIATMARA Malaysia Officer bersama Ketua Unit Naziran dan Kualiti MARA serta Pegawai UNQ.

Gelang?

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Saturday, September 13, 2008

45 Tahun Sarawak dalam Malaysia

Dah 45 tahun Sarawak dalam Malaysia pada 16 Sepember 2008 tok. Aku sik tangga banyak pun perubahan yang ada dinikmati rakyat Sarawak lebih-lebih lagi perubahan minda. Sarawak memang kaya dengan hasil bumi tapi sejauh mana rakyat Sarawak sendiri yang bijak mentadbir segala khazanah alam di negeri sendiri.



Apa-apa pun, betul kata DSAI yang 16 September setiap tahun patut dijadikan cuti umum sebab aku tertanya-tanya kenak tarikh ya sik cuti umum since aku darjah 2 lagi... Mun cuti nakkah best. 16 September tok adalah tarikh kritikal di Malaysia dan kami sebagai rakyat hanya sekadar tunggu perkembangan tarikh tertubuhnya gagasan MALAYSA.

New PC! Yahoo!

Having fun during weekend with a brand new PC system is worth actually. I’ve travel to KL last three week and then going to North Sarawak for an exhausting travelling during Ramadhan. It’s fun actually because it makes me move further and in the same time develop my personal skill.

Hmm, sometimes I feel a little disturbed with an extra work but now I’m realize that it was really an enjoyable moment to meet more people, culture and mastering my time management.
Back to my project during this weekend; build a brand new PC. It’s been a years since 2000 when my dad bought me Compaq Presario Desktop PC. What left from that system right now just the Compaq monitor, Compaq keyboard, JBL surround speaker and also Compaq Scanner.

It was a come back actually because right now I’m using Compaq Presario V3000 laptop.
Ok, let me introduce a bit about my new system. Hihihi.

  • Rambo ATX Casing with 450W Power Supply Unit
  • ASRock Wolfdale 1333-D667 R2.0 Motherboard
  • Intel CoreTM 2 Duo Processor E4600, 2.40 GHz, 2MB L2 Cache, 800 MHz FSB
  • 2 x Apacer 1GB DDR2 RAM
  • 2 x WD SATA 160GB HDD
  • 2 x Samsung DVD Super Writemaster
  • Gigabyte GeForce 9600GT 512MB GDDR3
  • Logitech Optical Mouse
  • Logitech Classic Keyboard
  • Logitech R-20 Sound System

It must be an exciting day for this new PC. Hihihi. Can’t wait to upgrade more PC after this.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails