Panas terik terus membakar kulit. Diselang-seli dengan bunyian deruman kenderaan dijalanan. Pagi itu pagi Ahad yang ceria ceria. Farish berskuter dalam keterikkan mentari menuju ke Wisma Saberkas sekadar untuk membeli sesuatu yang bermakna untuk Zahra. Dalam mundar-mandirnya dia terus ke kedai hadiah untuk mendapatkan sekeping kad ucapan. Ucapan Selamat Hari Guru....
Dia lantas gembira, lalu petang itu, setelah adiknya Mashita memulangkan kembali kereta Farish, Farish lantas memecut ke BDC dengan harapan dapat bertemu sebentar dengan Zahra. Bertemu sementara melunaskan rindu, menyerahkan kasih, mendambakan sayang...
Kelisa Farish memceut laju lantas menjemput Zahra... Sekeping kad terletak kemas di dashboard menantikan respons dari Zahra. "Selamat Hari Guru Sayang...", ungkap Farish pada Zahra. "Pensyarah pun guru juga kan....,"telah Farish pada Zahra sambil mengharapkan Zahra suka dengan pemberian ringkas itu...
"Awak ni.. Buang duit je belikan kad ni untuk saya! Dahlah awak memang selalu pokai, sekarang ni kad-kad awak menyemak je dalam almari rumah saya tau!," kata Zahra dalam nada penuh tegas sambil menolak pemberian tersebut. Farish terdiam seraya berkata, "Takpelah, kalau tak nak, biarkan aje kad tu kat situ, saye tak kisah..", ujar Farish ceria menyembunyikan rasa kecewanya..
Kini kad tersebut masih lagi di dalam dashboard keretanya... Tak bersentuh, Taj Dibuka, Tak Dihayati Isinya. Farish kecewa dan rasa rendah diri kerana dia telah sedaya upaya membahagiakan cintanya tetapi segalanya kini hanya tinggal serpihan cinta untuk dikutip.. dihayati...
Hari terus berlalu... Farish keliru bagaimana harus dia menyulam lagi rasa kasih Zahra pada dirinya...
6 comments:
uih tok cita berdasarkan kisah benar ka ada sambungan gik kakya..? heheh..
hahaha... kisah benar
menangis mek maca~~ good luck k babe~~
..if someone bnr2 syg kita..xkira pa pon kite berik smda bhrga@x..ny ttp akn trima..tndany mhrgai bnda dr y tsyg..ayok...(dlm ati tpk,adkh nya swai utk abg.brubh mgkin krn nya rs dirikny da jauh lbey bait dr abg)
sedih juak ati mek baca..:( mun kamek di polah gia kah..aduh lah, tah apa respons kamek..:(
Kepada farish.. Boh sedeh.. byk gk org yg lebih menghargainya d luar nun...
Post a Comment