Sunday, March 1, 2009

Lima Sen...

Diolah dalam Bahasa Melayu Standard.

Yah! Lima sen. Ada apa lima sen pada anak-anak sekarang. Dulu, mungkin bernilai. Sekarang kalau korang jumpa pun lima sen atas lantai, mungkin tak ade yang akan ambil.. Kisahnya waktu aku minum dengan Angah di Family Cafe di Jalan Haji Taha. Bila ku terpijak satu kepingan timah, aku sedar, ianya adalah syiling lima sen. MasyaAllah, rezeki ni. Mana boleh amku tak ambil. Kalau aku jumpa satu sen pun atas lantai aku akan kutip. Mesti sesuatu yang unik pada duit lima sen pada kehidupan aku kan?


Aku tak cerita hal 5 sen Indon...


Ni lah 5 sen yang signifikan dalam hidup aku

Ianya berlaku 18 tahun yang lalu di Taman Desa Wira. Masa tu aku masih lagi sekolah rendah, darjah tiga. Believe or not, aku waktu speatah haram pun tak reti nak cakap bahasa Sarawak. Dalam waktu petang, lepas asar, aku pun mudar mandir pakai basikal warna hijau pusing taman. Zaman tu mana ada istilah rempit. Dalam khayalan aku, aku ibaratkan aku seorang pelumba di trek motosikal. Memang boleh tahan kenakalan aku zaman dulu.


Dulu aku teringin ada basikal sendiri masa sekolah rendah. Tapi tak tercapai sebab tak mampu. Ada pun basikal, recycle dari yang orang buang.

Jadi bila dah boring pusing satu taman, aku pun balik rumah dan terjumpa dengan sekeping duit lima sen. So, tanpa rasa malu dan segan, aku pun pecut pergi kedai pakcik jual cucur pisang. "Pakcik, saye nak beli goreng pisang," kata aku dengan lidah Semenanjung yang kuat. "Berapa posen nak beli?", tanya pakcik tu kat aku. "Lime sen je pakcik," ujar aku dengan rasa konfiden. So, pakcik tu pun dengan baik hatinya bagi aku satu slice cucur pisang dengan sos sekali.


Muka aku selambe kodok jer order cucr pisang 5 sen..

Aku yang rasa hepi sangat masa tu taklah sedar mata aku dok diperatikan oleh kawan-kawan ayah yang on the way nak main takraw. Punyalah syok aku, terus pergi gelanggang sepak takraw nak tengoh ayah main takraw. Pastu, member ayah aku pun datang kemudian inform kat ayah aku yang diorang tengok aku beli cucur pisang 5 sen. Punyalah melenting ayah aku masa tu kat aku sebab bagi malu die kat depan kawan die. Pastu die pun terus bagi aku duit seringgit and beli lagi cucur pisang tu balik dan bawak terus makan kat rumah.

Balik je ayah kat rumah, terus die sound aku. "Ko ni bagi malu ayah betul! Satu taman dah tahu ko beli cucur pisang 5 sen," kata ayh dengan penuh barannya. "Kalau nak beli, mintak duit. Jangan bagi malu ayah!", sambung ayah lagi. So, aku pun diam jer sebab kalo aku balas sepatah memang percuma kena pelempang. Sejak dari hari tu, aku malu nak beli cucur pisang kat kedai pakcik tu.

So, bila aku ingat balik kisah 5 sen tu, aku dalam masa yang sama menginsafi kedaifan keluarga kami masa tu. Punyalah kami yang hidup tak seberapa, aku nak mintak duit belanja dari ayah pun, jadi takut. Kitorang hidup susah. Walaupun mak cikgu, dan ayah masa tu dah naik pangkat Staf Sarjan (Army), kitorang tak pernah rasa kehidupan yang mewah. Ini buat aku realize kenapa akhirnya kami sekeluarga dapat hidup dalam keadaaan tekanan kerana kitorang puasd hidup sekat makan.

Sampai sekarang pun, kalau aku jumpa syiling 5 sen atau syiling lain, aku akan kutip dan simpan dalam poket. Kerana aku sedar, dengan 5 sen itulah aku berada di tempat ini sekarang. Apapun, ianya secebis memori yang lucu dan dalam amsa yang sama, mengingatkan aku betapa kita harus bersyukur dengan segala nikmat pemberian Tuhan.

3 comments:

Khairul Onggon said...

Best juak entry kali tok Ha.. mena kata dirik ya... mun urang yg sik openah idup susah, sidak sik akan tauk cemney asa kehidupan yg sebenanr dan dari sia kita tauk cemney rasa urg lain yg lebih susah dari dirik kita.. sekurang2nya kita membesar dah senang lebih dari kelorga kita.. makasih pada mak dan bapak kita...

AweKelisaBiru said...

yalah mr onggin.... sometimes kehidupan susah membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun sedikit...

NuR said...

huhu..time ya angah gik comey2 k baju gaon..hahahahaha..
p adala org y xpernah idop ssh ya mok juak nk jles dgn life kt nektok...heee..makceh ayh n mak sbb ubah idup fmly kita jauh lebey bek dr dolok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails