Sunday, February 8, 2009

Ladang Sawet di Sabar... Menitis Airmataku Gembira

Pagi Sabtu yang permai, ceria dan damai ditambah gik dengan kehadiran sang suria yang sekian lama bersembunyi dibalik mega mendung..


Dah besar dah pokok-poko siya...

Teringat suatu ketika, tatkala ayah maseh ada dan semangatnya masih berkobar-kobar memperjuangkan tanah peninggalan arwah datuk. Segalanya bermula apabila ayah menyuarakan hasrat untuk menjadikan tanah 8 ekar di Sabar untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.

Ianya adalah gagasan dan cadangan ayah pada asalnya tiada mendatangkan sebarang respon dari adik-beradik mak tapi atas rasa kasih dan betapa aku memahami cita-cita ayah, aku teruskan memujuk dan menyokong ayah untuk meneruskan projek tok.

Signifikan disebalik penggunaan tanah yang dikongsi tujuh adik-beradik mak ialah meneruskan legasi peninggalan arwah datuk. Sepertimana kata aayah yang ku anggap wasiat, namakan ladang tok sebagai "Kelapa Sawit Anak-Anak Haji Kihok". Pasti aku rasakan ada yang membantah dan yang akan padah nama ya sik komersial. Tapi yang pastinya buah fikiran dan perancangan rapi ayah sebenarnya menampakkan hasil.

Buah Sawit yang besar dan lebat...

Diterangkan oleh ayah kriteria projek tok. Semua tujuh beradik mak terlibat dalam projek tok walaupun arwah Makyah dah sekda. So, hasil dari projek tok akan dibahagi kepada lapan syer iaitu satu kepada pihak pengurusan iaitu famili kamek urang.

Bertahun menanti akhirnya mendatangkan hasil jua projek tok. Mungkin ada yang beranggapan projek tok ayah yang empun tapi sebenarnya ia adalah projek keluarga dan ayah bertindak selaku perancang utama. Nektok segala urusan dan pentadbiran diturunkan kepada Angah selaku pemegang amanah Azha Enterprise. So, no wonderlah mun urang sik tauk perkara sebenar, jadikan ayah sebagai mangsa cemburu..


Syukur Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah;
sik henti-henti mak nyebut ucapan syukur bila tangga hasil di ladang..


Dipendekkan cerita pagi Sabtu tek aku, mak dan Siddeq pergi polah surveying ke ladang dan kami dapati segalanya dalam keadaan yang begitu memberansangkan. Kewujudan kami ditambahkan lagi dengan kehadiran Mak Ngah, Mak Udak, Kakni and Abang Man. Terharu dan aku rasa kalau ayah masih ada, pasti dialah yang paling sibuk dan paling gembira melihatkan hasil yang telah dibina sekian lamanya...

Siddeq yang terlalu enthusiat gilak ngan DoTA...


Inilah hasilnya penantian ayah yang tidak kesampaian...

Ayah, usahamu tidak sia-sia.
Sekali lagi, di ladang ini, airmata ku menitis dalam diam dan tanpa diketahui sesiapa.
Mungkin kerana itulah pagi itu aku bermimpi ayah dan arwah Pakwak serentak... Ada sesuatu yang mungkin harus aku terjemahkan...

1 comment:

NuR said...

eyeay..xlame lg dpt hasilnye...heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails