Kecundangnya seorang PRIA
bukanlah kerana wanita
ataupun kerana cinta...
tapi kerana hatinya buta
menilai apa yang ada dihadapannya
kecundangnya seorang PRIA
bukan jua didominasikan egonya
jua dipengaruhi gayanya
tapi kerana dirinya sering terlupa
dirinya tiada yang serupa
kecundangnya seorang PRIA
tertelangkup segala kehebatannya
kerana keangkuhan kata-katanya
tatkala gagal membuktikannya
mungkin kerana dia sering terlupa
dia, sang PRIA bukanlah berkuasa
kecundangnya seorang PRIA
walau hartanya beribu berjuta
walau keturunannya dihormat diperkata
walau tinggi mana tahap ilmunya
walau hebat mana azimat dan keramatnya
walau tak terlawan berjuta jejaka
tetap dia terus alpa
kerana tak kekal semuanya
kecundangnya seorang PRIA
kerna tiada amal jariahnya
dilupakan solat lima waktunya
diendahkan TUHAN pemilik mutlaknya
diabaikan puasa Ramadhannya
diperlekehkan zakat dan ibadahnya
dilupakan bait-bait indah zikirullahnya
dikelukan lidahnya untuk sekelumit doa
tetap kecundang ia
andai bukan di DUNIA
tetap kecundang di Padang Masyar....
kecundangnya seorang PRIA
tak sehebat mana
kerana kita semuanya adalah SAMA.
by me as I'm feel very small and unmotivated today!
No comments:
Post a Comment