Monday, April 28, 2008

Bermulanya Episod Baru...

Petang tadi sebelum aku menghantar Siddeq ke sekolah, tepat jam 3.27 petang, Nokia 6630(3 tahun usianya) milikku berbunyi. Tertera GiatMARA Kuching sebagai pemanggilnya. Seperti pernah ku dengar sebelum ini, suara Laila mengkhabarkan berita gembira untukku.

"Tahniah anda berjaya untuk jawatan Tenaga Pengajar!" gemersik suara Laila merungkaikan kekusutan yang sekian lama membelenggu kotak fikiranku. "Syukur Alhamdulillah", desis hatiku.

Tak tersangka begitu besar rahmat dan hikmah Allah. Menghampiri setahun selepas pemergian ayah, aku kini akan bekerjaya dan meneruskan impian dan cita-citanya. Menitis airmataku tatkala mengenangkan semua yang berlaku. Sungguh tak tertanggung penderitaan selama ini.

Ayah pasti tersenyum mendengar berita ini. Minggu depan, aku akan mulakan tugasku di GiatMARA Sri Aman. Bnyak yang perlu aku pertingkatkan dalam hidup ini. Segalanya harus berubah segera kerana aku tak boleh berada di takuk lama.

Syukur Alhamdulillah.

P/S: Lamak dah aku sik menulis macam tok..


1 comment:

Nikolai said...

:-) mun mko masok insuran padah ah :-p.. kkeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails