Tuesday, November 29, 2011

Lost

Kaget, apatah lagi saat penghijrahan seorang insan dari keadaan yang buruk kepada yang lebih baik disulami dengan kehadiran teman yang langsung tidak menyokong ke arah perubahan.

Solat adalah salah satu bentuk simple order yang Allah berikan pada manusia dan adakalanya aku lemah dan kecewa dengan persekitaran yang nampaknya adalah satu bentuk gameplan syaitan yang menegahku dari bersujud kepada Allah. Nampaknya blog aku mungkin akan menjadi satu luahan rasa sebab sememangnya itulah yang ada pada diriku. Aku terima seadanya.

Aku sering alpa dengan apa yang dah tuhan berikan. Aku pintar berkata-kata tapi hakikatnya adakalanya ianya satu cerminan berjenama hipokrit yang memotretkan kemuliaan diriku berlapikkan bahasa indah. Aku sedar betapa aku sememangnya perlukan peringatan dan peringatan itulah yang sentiasa tenggelam saat aku cuba untuk bangkit semula.

Bangkit dari kejatuhan dan menerima segala bentuk ujian dari Allah kini adalah lebih baik dari bangkit berbaris menanti timbangan al-Mizan di alam akhirat. Aku tanya padaku sendiri. Aku bukan yang terbaik untuk diriku sendiri.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails