Wednesday, November 30, 2011
Gerakan K-Car Sarawak
Gerakan K-Car Sarawak (GKCS) telah diwujudkan kira-kira setahun yang lalu. Bermula dengan kecemburuan terhadap K-Car movement di Sabah dan Semenanjung Malaysia, ianya secara tidak rasminya bermula dari Mini T-T PGX. Antara muka awal yang menubuhkan GKCS adalah dirahsiakan kerana tiada istilah GKCS dimiliki oleh sesiapa. GKCS adalah milik pengguna K-Car Sarawak.
Sebermulanya GKCS tidak mendapat respons yang agak baik kerana ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar GKCS ini ditubuhkan. GKCS menyatukan semua pengguna K-Car di seluruh Sarawak tanpa mengambil kira identiti kelab dan fahaman modifikasi.
Pada asalnya wujud kekecohan akibat salah faham tentang GKCS dimana ianya bukanlah berkiblatkan JDM semata-mata tetapi lebih menumpukan kepada semua jenis K-Car walaupun ianya masih dalam kategori "Showroom Spec". Akan tetapi kini ianya semakin diterima dan uniknya GKCS, menerima semua pengguna K-Car.
Dari MDM, JDM, USDM, VIP, EuroStyle malahan jenis-jenis modifikasi yang lain, GKCS kini telah menjadi medan rujukan dan tempat berurusniaga barangan K-Car. Apa yang baiknya, pengguna K-Car di Sarawak kini boleh menjadikan GKCS sebagai platform rujukan kepada semua pengguna K-Car Sarawak.
Penulis sendiri, setelah kewujudan GKCS, pernah mengalami masalah kerosakan jentera kecil di Serian pada malam Aidilfitri, tetapi syukurlah ada GKCS, rakan di Serian pada ketika itu turun membantu. Inilah yang dimahukan dalam GKCS.
Jalanraya Pan-Borneo merangkumi perjalanan hampir 800 km dan sepanjang perjalanan itu, mungkin banyak yang tidak mustahil berlaku kepada kita. Justeru, kenalan di GKCS mampu memberikan pertolongan dan nasihat seandainya timbul masalah sepanjang perjalanan.
Dengan demografi dan geografi Sarawak yang unik, GKCS diharapkan akan terus bersinar dan usaha memastikan ianya terus utuh akan diteruskan.
Untuk Negeri Ini Tanpa Emosi - UNITE
~End of Part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment