Friday, July 11, 2008

Bertuahnya Badan....

PULAU PINANG 11 JULAI - Ratu skuasy negara, Nicol Ann David dianugerahkan Darjah Setia Pahlawan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun ke-70 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, esok. - Utusan

* Wah! She deserve it!

Thursday, July 10, 2008

Dato Seri Anwar Ibrahim vs Datuk Ahmad Shabery Cheek

"Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!"

Debat antara



Dato Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)


vs


Datuk Ahmad Shabery Cheek
(Menteri Penerangan Malaysia)



pada


15 Julai 2008


di



CAN'T WAIT TO SEE IT!

Silent Enemy

Tok antara kategori manusia yang sik guna jadi kawan kita:

  • Nya akan nangis bila kita berduka. Tapi sik akan gembira bila kita gembira.... Nya akan carik jalan jatuhkan kita balit.
  • Nya akan coba raut segala kesempatan dan peluang yang dikongsikan bersama dan yang keluar dari mulut kita, untuk kepentingan nya sorang dirik.
  • Kedekut, taik idong masin.
  • Yang nampak bait dan helpfull bila kita perlukan bantuan but in the same time mintak ganjaran.
  • Nya sik tauk langsung bila masa yang harus diberikan sebagai masa privacy kita.
  • Nya maok kerja nya jak didahulukan, macamlah hidup nya penting gilak.
  • Suka ambik kesempatan atas kebaikan kita walhal dalam beberapa urusan dengannya, kita gik yang menanggung beban kerjanya.

Well, berkasih biar satu, berkawan biar bukan macam hantu.

Wednesday, July 9, 2008

Huruf dan Negeri...

Masih ramai yang blur tentang plat-plat kenderaan negeri di Malaysia tok. Macam-macam pihak bertelagah tentang apa plat bagi setiap negeri. Well, setakat ni Sarawak dan Sabah punyai no plat yang unik..

So, sebagai pengetahuan bersama, kita tengok setiap huruf-huruf ni mewakili negeri apa....


  • SEMENANJUNG MALAYSIA
  • ABX 1234 -PERAK
  • BCF 2387 - SELANGOR
  • CAD 643 - PAHANG
  • DBA 9897 - KELANTAN
  • JLB 5632 - JOHOR
  • KCD 1653 - KEDAH
  • KV 4321 C - LANGKAWI
  • LA 3421 - LABUAN
  • MBQ 6917 - MELAKA
  • NBD 9834 - NEGERI SEMBILAN
  • PGW 6652 - PULAU PINANG
  • TAS 2312 - TERENGGANU
  • WRN 6565 - KUALA LUMPUR

  • SARAWAK
  • QAC 4572 - KUCHING
  • QKV 9016 -KUCHING**
  • KQ 4737 Q - KUCHING *
  • QCB 3443 - KOTA SAMARAHAN
  • QBA 3413 - SRI AMAN
  • QRB 678 - SARIKEI
  • 6D 6344 Q - SARIKEI*
  • QSH 2340 - SIBU
  • SC 2345 Q - SIBU *
  • SG 4422 A - SARAWAK GOVERNMENT
  • QP 9972 - KAPIT
  • 7D 2332 Q - KAPIT *
  • QTE 3321 - BINTULU
  • B 2121 Q - BINTULU *
  • QME 4262 - MIRI
  • MD 2564 Q - MIRI *
  • QLA 3888 - LIMBANG
  • L 2423 Q - LIMBANG *
* Sistem plat di Sarawak dibuat dengan penambahan huruf Q dihujung plat kerana terdapat pertindihan dengan plat di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

** Plat Bahagian Kuching sebelum digantikan dengan QA.
  • SABAH
  • SAA 7342 U - KOTA KINABALU
  • SB 7056 A - BEAUFORT
  • SD 3423 D - LAHAD DATU
  • SK 7534 - KUDAT
  • SS 3723 L - SANDAKAN
  • ST 8434 L - TAWAU
  • SU 9196 A - KENINGAU

  • ZA 2131 - TENTERA DARAT
  • ZL 8234 - TENTERA LAUT
  • ZU 6232 - TENTERA UDARA

Walaubagaimanapun huruf Z tidak boleh digunakan dalam apa jua plat di Malaysia. Z mewakili abjad khas untuk tentera.

Huruf I dan O pula tidak digunakan kerana persamaan dengan numbor 1 dan 0.

Sekian!

Monday, July 7, 2008

Sunday, July 6, 2008

Rindu tiba-tiba mengetuk....

Entah sik tauk kenak, hati aku tersentuh gilak all the way returning back from Kuching this night... Aku rindu gilak dgn ayah... Miss him so much! Yalah, itulah yang terbaik Tuhan berikan untukku dalam hidup tok..



Well, mun kitak urang still have your dad, HARGAI dan DEKATI ayah kitak urang.. Banyak gilak pengorbanan ayah yang kita sik pernah nampak....

Well, singing this song on the way back make my tears drop....



Terima Kasih Ayah!

06:07:08 at 06/07/08

I want to say that I love her very much!

Saturday, July 5, 2008

Pemandu tidak berhemah..

Last night, around 7 pm, aku start drive back to Debak from my home in Sri Aman. Cuaca agak mendung and ada hujan rintis-rintis. Well drive waktu senja memang menyakitkan bagi aku yang rabun silau. Lebih-lebih lagi pertukaran siang dan malam polah aku jadi rabun ayam.

Nak dijadikan ceritanya, hari makin gelap and aku start pasang headlight Coure aku. So, bila aku start iring kereta Proton Saga plat QB 4**2, dibawa oleh seorang Melayu, kereta ni susah sangat nak bagi aku overtake. So, aku yang mengiring kat belakang carilah peluang kalau-kalau dapat overtake. Hampir 2 minit aku belakang keta nie. So, dah jumpa jalan clear, aku pun pecut and overtake kete ni.

Yang suruh aku angin satu badan. Siap je aku masuk balik lane, si driver ni terus bagi high beam! Macam sial je aku rasa. Sedangkan waktu aku follow doe tadi takde pulak aku pakai high beam! Bodoh punye manusia. Melayu tak Melayu. Tapi ni keturunan kurang ajor! So, aku pun dengan taktik lama, bagi signal suruh die potong balik. Pastu aku kejar die dgn SUPER HIGH BEAM aku! Geram aku. Brake mengejut malaun nie. Pastu aku pun speeding and tinggalkan kete die walaupun die balas balik dengan high beam die. Well, aku dah flip up rear mirror aku.

Pengajaran die kan... Jgn mess up dengan driver macam aku. Then, selalu-selalulah servis lampu keta korang tu. Lampu aku terang sebab aku alert dgn lampu aku. Lampu diorang malap sebab diorang tukar bila dah angus. So, semua pengguna jalan dari Kuching - Miri, kalo korang jumpe QKV 9016 iring keta korang, aku tak pakai high beam waktu follow korang. Janganlah main highlight iring dari belakang. Sakit Mata and Sakit Hati Tau!

Well, ada tips sikit dari aku.

  • Kalau iring lori or bas, sebelum overtake, bagi high beam kejap, sure diorang akan beri laluan ngan korang.
  • Kalau korang drive pakai high beam, turunkan lampu waktu just after keta dari depan muncul depan mata sebab diorang akan tahu yang korang dah turunkan lampu. So takdelah salah faham.
  • Elakkan pakai lampu keputihan sebab kalau hujan, cahaya putih akan diserap hujan. Cantik memanglah cantik tapi tak guna jugak kalo drive macam orang buta.
  • Kalau ada fog lam, better pakai lampu kecil bila follow orang.
  • Pasang lampu bila berkabus walaupun siang.
  • Kalau lampu hangus sebelah kanan, better cepat2 tukar sebab waktu malam orang akan fikir keta korang tu hanyalah motosikal dan boleh sebabkan kemalangan.
  • Pasanglah spotlight or fog light untuk mudahkan anda dalam pemanduan jarak jauh pada waktu malam.
  • Jangan pakai HID light, percuma kena saman RM3,000.00 nanti.
Akhir kata....

Selamat memandu dan check out headlight keta korang.

Friday, July 4, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah Ya Rabbil Alamin..
kerana mu ku masih bernafas di muka bumi-Mu penuh keberkatan
tanpanya ku tak mungkin mengerti makna kehidupan

Alhamdulilllah...
ku dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM
tanpanya aku mungkin tiada hala tujuan

Alhamdulillah...
ku punyai seorang ayah yang tegas dan penyayang
tanpanya pasti ku tidak seperti sekarang

Alhamdulillah...
ku punyai emak yang tak putus memberi dorongan dan kasih sayang
tanpanya pasti ku tak pernah kenal erti belaian dan dakapan

Alhamdulillah...
ku punyai adik-adik yang banyak karenah dan telatah
tanpanya aku mungkin akan menjadi lebih manja dan tidak matang

Alhamdulillah...
ku punyai si Vyna yang menerima segala apa tentang diri ini
tanpanya ku takkan pernah mengenal kemanisan dalam persahabatan

Alhamdulillah...

ku punyai teman-teman yang mengerti segala apa mahuku
tanpa mereka takkan jauh kembaraku di dunia ini

Alhamdulillah...
ku punyai separuh yang ku hajatkan dari seribu impianku
kerna ia mengajarku erti mensyukuri segala nikmat...

Alhamdulillah...

Tuesday, July 1, 2008

Manas pok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails