Monday, December 12, 2011

Bahaya Mandi di Air Terjun

Berkelah bersama keluarga dan insan tersayang memanglah menyeronokkan. Apatah lagi di perkelahan air sejuk dengan suasana yang sejuk nan dingin. Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat wujudnya bahaya ketika berkelah di air terjun.

Kalau diikutkan, bahaya memang ada di mana-mana. Tapi kita selaku manusia seharusnya mengambil iktibar dari pelbagai cerita yang berlaku sebelum ini. Sebagai contoh, kepala air adalah satu fenomena peningkatan kuantiti air pada lata @ air terjun yang menyebabkan pengaliran air deras yang akhirnya boleh membawa maut. Kepala air ini bermula akibat takungan air dah aktiviti hujan di hulu sungai.

Apa yang menjadi bahayanya, ia akan membawa bersama apa sahaja bersamanya. Rempuhan air ini lazimnya boleh membawa maut. Apa tidaknya, dengan kayu balak, ranting kayu, kelodak dan apa sahaja, semuanya terkumpul sekali.

Kita tengok dulu video kejadian yang berlaku di India. Betapa bahayanya fenomena kepala air ni.



FYI, dalam tragedi perkelahan keluarga di India ni, 4 orang dibawa arus. 2 maut dan 2 terselamat.


Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails